04
Kopi Itali Yang Unik
Published by WaWa, under Dunia. 30 Comments.
Pernah tonton movie Mary-Kate & Ashley, “When In Rome”? Selepas menonton baru saya tahu yang orang-orang Itali sangat mementingkan kopi. Ia macam satu gaya, kata kawan saya. Minum kopi sambil menghembus asap rokok sangat cool kata beliau lagi. Manakala instant coffee adalah sangat tidak diterima di sana, ia adalah sh*t!
Petang tadi, saya berpeluang belajar daripada seorang kawan dari Milan bagaimana cara untuk membuat kopi versi Itali. Pada mulanya saya menyangka untuk membuat kopi Itali adalah sukar, sebagaimana yang ditunjukkan dalam movie “When In Rome”. [Lain kali jangan terpengaruh dengan filem]. Ia sebenarnya tidaklah sesukar mana dan boleh dipraktikkan dimana saja.
Mari, hari ini saya tunjuk cara-cara membuat kopi Itali yang unik.
Anda hanya perlukan sebuah Italian Moka yang comel dan kopi mengikut citarasa anda. Kopi Tenom atau Kopi Kluang dialu-alukan.
Pertama: Tuangkan air sehingga penuh di bawah sekali, iaitu di bahagian A. Suka hatilah, nak letak air masak ke air tak masak ke dalam tu, janji air!
Kedua: pada bahagian B pula, penuhkan ruangan kecil itu dengan serbuk kopi anda. Penuhkan sehingga memenuhi ruang ye. Tutup dan panaskan di atas hot plate.
Ketiga: Tunggu sehingga air mendidih dan naik dari bawah ke atas, iaitu di bahagian C.
Langkah seterusnya apa lagi, ambil gelas dan tuangkan. Hah~ siap dah! Kopi Tenom atau Kopi Kluang anda akan jadi kopi Itali yang sedap!
Mudahkan? Oh, jangan lupa letak gula secukup rasa selepas kopi siap.
Biasanya dengan Italian Moka yang comel ni, hanya cukup untuk satu gelas saja. Tetapi Edoardo kata, tidak mengapa minum sedikit kopi Itali daripada minum segelas instant coffee yang sh*t! Maka petang tadi, saya hanya minum setengah cawan kopi Itali.
Sambil menikmati kopi Itali yang enak dan pekat, kami berdiskusi tentang pelbagai isu. Saya melihat Edoardo sebagai seorang lelaki Itali tipikal, menghirup kopi sambil mencucuh rokok dan menghembus asapnya keluar. “Cool-lah sangat~”. Hoho.
Lewat petang, saya meminta diri untuk kembali ke flat dan bersama saya, saya bawa pulang asap-asap rokok yang melekat di tudung dan baju selain isu-isu perbincangan yang belum selesai.
Oh, kepada anda, sila nikmati kopi Itali anda dengan tertib. ![]()

The Kopi Itali Yang Unik by FaWaRi dot net, unless otherwise expressly stated, is licensed under a Creative Commons Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia License.
30 Comments
2 kaSyah
haha kopi tenom memang sedap cuma bagi aku di semenanjung susah sket mahu dapat..
kopi kluang pun mmg sedap..kopi yg mana satu? cap televisyen @ kluang rail coffee?
nampaknya ko sudah pandai ya… dan minum kopi dan hisap rokok itu kool?
ohh…aku mahu cuba hisap rokok pula…hahaha..gila
Written on July 5, 2007 at 12:58 am
wawa, yang step last sekali tu, air akan naik dari bahagian A ke C, itu proses pengewapan kan?
maka, serbuk kopi tadi akan sebati dengan wap2 air td, dan membentuk Kopi Itali? Begitu ye?
he he.. kurang faham sebenarnya ni… *ketuk2 pala!
Written on July 5, 2007 at 3:23 am
4 coops
wawa, i nak gi cari la Italian Moka ni, nak kena try ni. Baru ada feel minum kopi sedap sambil perah otak buat assignment ;). Ha, satu lg..pelikla..takke otak lg weng kalau minum kopi pastu isap rokok? Tp cooool punya pasal, apa salahnya ek.
Written on July 5, 2007 at 4:28 am
Waduh, kok menambahkan kafein ke dalam badan. Hummm, sedar atau tidak, dengan cari sebegitu, kamu akan minum, tanpa zat. Ya zat dari air. Seperti membancuh kopi menggunakan air suling!!! Cuba kamu perhatikan, bagaimana membuat air suling?
Written on July 5, 2007 at 5:17 am
Sedap ke kopi Itali ni… macam sedap jer heheh
Written on July 5, 2007 at 6:01 am
7 sankai
kopi tenom.?? wahahahhahaa..nais..nais…
Written on July 5, 2007 at 9:29 am
8 amna
org itali mmg sgt mementingkan kopi. aku dapat taw bila selalu melihat ‘passport to europe with samanta brown’.. hehe. owh. aku pon nk bli satu la mocka tu. tapi, lepas dapat secawan kopi.. x bole digunakan da la serbuk kopi tu? byk la pulak nk kua duit bli serbuk kopi. x bole minum selalu la italian coffee. x taw la mane lg byk gne duit, isap rokok ke, minum kopi itali. yg pasti aku xkan try keduanya sekaligus. nghee
Written on July 5, 2007 at 9:40 am
9 minci
eishhh… mcm manalah aku boleh tk pass ‘add maths’ nih..haha
anyway, as i was saying… it seems that similar to France, Italy is also a coffee-drinking nation.
Britain on the other hand is a tea-drinking nation
[i hope i add it correctly this time]
Written on July 5, 2007 at 1:30 pm
10 sampulnak
wawa, eduardo tu masih single ka?
sebab aku mau kawin dengan orang italy. aku ras dorang macho.
Written on July 5, 2007 at 3:10 pm
11 WaWa
aku rasa ya! kalo ko mahu, dtg sini. aku kenalkan ko dgn dia. haha.
Written on July 5, 2007 at 4:15 pm
12 WaWa
haa. btol! yg femes tak silap ialah earl grey tea. try lah. bau & rasa dia unik sikit. org suka, tp aku ntah.. x berapa suka. :p
Written on July 5, 2007 at 4:17 pm
13 WaWa
moka lah cik kak. tak ada “c”. hurm. bagi aku la kan, bole je pakai 2 atau 3 kali serbuk kopi tu. sbb byk weh nak letak, kan kene memenuhi ruang. bazir gak la..
Written on July 5, 2007 at 4:18 pm
14 WaWa
camne buat air suling? haha.. sori2, x reti la benda2 nih.
Written on July 5, 2007 at 4:19 pm
15 WaWa
weh. otak dowg kebal kot. haha. sbb dah mmg style dowg kan.
Written on July 5, 2007 at 4:20 pm
16 WaWa
begitu la lebih kurang. hoho. tapi bukan la wap. nnt air tu dia naik dr bwh.
(aku kene wat demo live ni. hehe..)
Written on July 5, 2007 at 4:21 pm
17 azrn
heh.. kopi?! yucks….. urghh… aku pun tatau kenapa tekak aku tak boleh terima kehadiran kopi mahupon nescafe. nanti ajar cara2 buat teh sedap plak k.
Written on July 5, 2007 at 4:58 pm
18 dhiey
owh, tanpa pedulikan tentang kopi..
akak lebih tertarik tentang *isu-su* yg wawa bincangkan bersama eduardo.
bagaimana? ehehe.
Written on July 5, 2007 at 9:42 pm
ya… ko wat demo live dan upload ke youtube… baru senang faham
Skang nih, aku suka kopi aik cheong. masa kecik2 dulu, kopi cap janda baik… baik sungguh janda tu..
Written on July 6, 2007 at 5:23 am
20 amna
aku cari kat briscoes xde dowh. aku ade ternampak dalam satu kedai yg mcm eksklusif. aku rase konpem mahal. aku pon x masuk. haha. aku bli coffee maker yg biase je. baru $50. hehe
Written on July 6, 2007 at 9:40 am
21 WaWa
hah! nnt aku buat. aku blom beli lg moka tu. sabo ye. akn ku tunjuk juga cara2nya. haha.
Written on July 6, 2007 at 9:59 am
22 Azhar Ahmad
Hummmm menggunakan, wap air, dan disejukkan serta merta….
Written on July 6, 2007 at 11:46 am
23 Rjuna
Semalam baru je ber-YM dgn orang itali, Lorenzo nama dia, fasih gak english dia, aku la terbelit2 jari nak taip wakaka, dia tanya pasal router.
Aku suka instant coffee (nescaffe, Indocafe, Pawer rut tongkat Ali cafe), hoh TAHI? (shit) uwaaa diskriminasi betul kawan mu itu
Written on July 6, 2007 at 3:59 pm
24 WaWa
ya. ko belom tgk lagi cara dia ckp tuh. hoho.
Written on July 6, 2007 at 7:39 pm
25 13may
waa…menarik!
![]()
Written on July 7, 2007 at 3:34 am
26 abah
hayoo nampak sodap! mehla banjer aku secawan sehh
Written on July 7, 2007 at 7:28 am
27 chika
i suka semua jenis minuman bercaffein.
kopi org kampong suka minum tu lagi i suka.
tp i migrain.
semua caffein tak dibenarkan oleh ibubapa.
tp kadang2 i minum hendap-hendap..
itulah namanya ‘PENAGIH’
Written on July 7, 2007 at 1:34 pm
28 azmie
aneh…ku ingatkan ku sudah pn meletakkan link anda ke dalam page ku…tidak mengapa…akan ku letakkan kembali link anda
*sorry out of topic lak…huhu
Written on July 7, 2007 at 4:11 pm
29 Enjoy Your Coffee! -- FaWaRidotNet
[...] tempoh hari saya ada berjanji untuk membuat satu demo live bagaimana membuat kopi Itali yang enak dengan mudah. Kerana minggu ini saya agak sibuk sedikit, baru tengah hari tadi saya [...]
Written on July 8, 2007 at 9:24 pm
30 DeeN
La tgh dok google pasal kopi, dibawaknya kite ke sini. PatutLah macam penah tahu jer nama WaWa nih HeHeHe … Mm.. macam sodap jer kopi Itali neh. Nak cuba, nak cuba…!
Salam cik adik ![]()
Written on March 24, 2008 at 8:33 am
1 Wizurai
omputih ni suka minum kopi kan?
*aku pernah bekerja di kafe coffee…
Written on July 5, 2007 at 12:45 am