FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Jun
27

Era Gordon Brown

Published by WaWa, under Dunia. 9 Comments.

Tempoh seorang Perdana Menteri di UK untuk memegang tampuk pemerintahan adalah 10 tahun maksimum. Selepas 10 tahun, mahu tidak mahu, Perdana Menteri semasa akan turun dan menyerahkan kepada pengganti yang dipilih sendiri dan dilantik oleh Queen atas nasihat PM.

Tony Blair menjadi Perdana Menteri sejak tahun 1997. Selepas 10 tahun, hari ini secara rasminya, Gordon Brown, yang selama 10 tahun telah bertindak sebagai Chancellor, dilantik oleh Queen Elizabeth II (atas nasihat PM semasa) sebagai Perdana Menteri yang baru. Jika tidak silap saya, esok Mr Brown akan umumkan barisan kabinet baru.

I will try to do my utmost. This is my promise to all of the people of Britain.

Pilihanraya terakhir Britain adalah pada tahun 2005. Ikut kebiasaan, pilihanraya umum diadakan 5 tahun sekali. Tetapi pada era Blair, pilihanraya dijalankan pada 1997, 2001 dan 2005 (iaitu 4 tahun sekali). Tidak mustahil tahun hadapan, Mr Brown akan isytihar pilihanraya umum, untuk menunjukkan yang dia popular. Kata lecturer saya, Mr Brown, jika dibandingkan dengan Blair, lebih bersikap dingin. 3 penggal Labour menang dalam pilihanraya. Kita tengoklah nanti berjaya atau tidak Mr Brown mengekalkan kekuasaan Labour. (Pada teori, Mr Brown boleh kata dia tak mahu buat pilihanraya sebab UK tidak ada perlembagaan bertulis. Tapi ia memang tak praktikallah dan belum pernah lagi terjadi).

Oh ya.. sekadar untuk pengetahuan, Mr Brown itu Scottish. :)

Bacaan lanjut di sini: Brown is UK’s new prime minister

p/s: Di Malaysia, tidak ada konsep 10 tahun maksimum untuk Perdana Menteri. Jika ada.. err.. elok juga. Haha..

p/p/s: Tony Blair? Dah ada kerja lain. :p

9 Comments

1  shutterspeaks

Aku rindukan Dr M. Titik.

ps: mungkin ada 2 komen, komen sblm ni aku x lulus math wakakaka. poyo.

Written on June 27, 2007 at 5:01 pm

2  WaWa

itu la. kalo ada pengganti sehebat dia..
p.s lerr.. math senang pon x boleh pass ke?

Written on June 27, 2007 at 6:04 pm

3  Azhar Ahmad

Kenyataan ini agak provokasi.

Perasan atau tidak Scottish dan Briton agak bermusuhan. kenapa ya. Mereka patut belajar dari negara Asia yang lain. Macammana, Malayalam, dan Tamil boleh duduk sebumbung, macammana Hokkien dan Hailam, boleh berkongsi meja makan, dan macammana Banjar dan Jawa boleh disatukan……

Tetapi dek sombong, mereka masih begitu…

Written on June 28, 2007 at 11:35 am

4  sampulnak

huahua… xsedar pon UK dah tukar presiden… percuma je tgl sini

Written on June 28, 2007 at 2:51 pm

5  WaWa

weh.. prime minister la, bukan presiden. ko ni sah2 tak baca paper. haha.. buat malu kaum aje..

Written on June 28, 2007 at 4:34 pm

6  WaWa

erm.. term “britons” tu bukan scottish pun termasuk ke?

tapi kan, salah sorang student dlm kelas kata kat lecturer, england patut berhati2. haha.. sbb scotland pun bukan lagi ditadbir oleh labour, tp oleh SNP. tapi itu la.. eih.. diaorg ni.. tak tahu la nk ckp apa..

Written on June 28, 2007 at 4:37 pm

7  shutterspeaks

hehehe.. tuh la tuh… aku rasa dia tanya 9 + 0 kot. aku jawab berapa ntah, wat malu jek.

Written on June 28, 2007 at 5:25 pm

8  azrn

aku bace paper! hahaha… siap tahu lagi kasut Encik Blair tu mmg dah lama beliau pakai. huhuhu… weih…sebut2 Mr. Brown, terasa nak makan brownies la plak. hahaha… Di Malaysia, tempoh 10 thn x cukup! 10 thn baru nampak 45% hasil pemerintah.

Written on June 28, 2007 at 6:24 pm

9  kaSyah

oh di sini 50 tahun merdeka, baru 5 org PM…haha…. *gila kuasa..opppsss…

Written on June 29, 2007 at 1:24 am

Leave a Comment