13
Why Do I Have You?
Published by WaWa, under Pendapat. 25 Comments.
Setiap penulis blog mempunyai sebab dan tujuan sendiri membina blog. Ada yang hanya suka-suka, ada yang mengikut kawan, ada yang mahu kelihatan cool, ada yang menanggap ia satu trend, ada yang mahu mengganti diari dan pelbagai sebab lagi.
Saya pernah melayari pelbagai jenis blog, daripada dahulu sebelum ramai orang mengetahui kewujudan blog sehinggalah blog boleh menjadi medium yang menakutkan sesetengah pihak. Daripada blog yang menulis kisah bermula dia bangun pagi sampailah masuk tidur sehingga ke blog yang mengupas isu-isu di seluruh dunia, semuanya pernah saya layari. Ada blog yang menarik dan ada blog yang sungguh merepek serta tiada asas. Daripada itu pelbagai jenis, stail dan skil penulisan pernah saya jumpa.
Sambutan terhadap sesetengah blog juga pelbagai. Ada blog yang mempunyai ramai peminat dan pembaca (hi there!) dan ada blog yang memang kurang sambutan la..la..la..la.. tapi masih tetap gah dan setia menulis (hi me!). Bukan mahu membangga, tetapi jika saya memblog hanya kerana mahu populariti (Ops, populariti itu tidak salah. Ia satu bonus! :p) mungkin sudah lama blog ini, atau blog dahulu terkubur.
Semua yang saya sebutkan ini, sebenarnya bergantung dengan sebab sebenar dan tujuan asal anda menulis blog. Pernahkah anda terfikir atau bertanya kepada diri sendiri, apakah sebab dan tujuan anda membina sebuah blog? Tolong, beritahulah saya.
..akan bersambung di bahagian #2..

The Why Do I Have You? by FaWaRi dot net, unless otherwise expressly stated, is licensed under a Creative Commons Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia License.
25 Comments
2 sankai
sebab saya memblog bleh lihat kat sini…sini..sini…
Written on July 14, 2007 at 3:22 am
3 azrn
ahaks…
ko kena lengkapkan ayt berikut:
“Saya membina sebuah ladang blog bersaiz __ Gb kerana ____(tidak melebihi 30 patah perkataan)____”
hahaha…
kisah aku pula, berjangkit dengan orang. tgk org berblog, aku pon terblog. pastu bila dpt “agak” ramai pembaca, aku pon teruskan je laa memblog. kalo xde idea, aku bubuh arr sebarang gambar yg boleh dikongsi bersama.
Written on July 14, 2007 at 3:23 am
4 duez
Pada aku..aku stat blogging nih sebab aku nak mencari kenalan melalui medium yang baru.Dan kekadang aku rasa rakan-rakan alam maya nih lebih memahami disamping dapat belajar perkara baru.Aku tak nafikan juga mungkin apabila mencapai satu tahap,kita akan rasa untuk menjadi popular.Tipulah kalau tak rasa begitu.
Written on July 14, 2007 at 10:51 am
everyone+have+their+own+reasons.+dan+aku+suka+kalau+visitor+ke+blog+aku+maintain+at+manageable+size.
Written on July 14, 2007 at 10:52 am
6 Rjuna
kenapa saya bina blog saya? sebab dia beshhh..-tiru iklan petronas
Saya terpengaruh buat blog setelah lama membaca blog Nizam Zakaria, saya tak fikir apa pon time tu bina buat dan tulis (time tu takder idea jer, bantai buh lirik lagu),
bina blog cuma suka2 dan mencuba benda2 baru tentang blog, kira hobi la time tuh, dari zero saya tahu apa itu html, apa dia frontpage, camner nak crop gambar, nak ubah kulit blog, hosting gambar kat mana, nak letak mp3, nak download, dan sekarang dalam latihan ke blog wordpress.
lihat secara tak langsung saya belajar sesuatu dari tak buat apa-apa bila surf internet
Written on July 14, 2007 at 10:57 am
7 mimi
wawa…gamba pompuan mne yg ko letak ni? ish3…maksiat2
Written on July 14, 2007 at 11:27 am
kenapa ada + + plak dekat komen aku neh :-/
Written on July 14, 2007 at 11:57 am
Kenapa blog? saja nak share something dgn orang lain…
p/s: Ish, dah dekat sejam dok selesai math dekat comment box ni.. tak lepas2 jugak!
Written on July 14, 2007 at 3:02 pm
10 kaSyah
kenapa saya memblog?
kerana cik fawari!
hehe
Written on July 14, 2007 at 3:48 pm
11 sampulnak
aku kenal blog mula-mula sebab AF,
aku rasa menarik sebab aku boleh tulis apa aku suka.
tidak payah diedit-edit orang.
pandangan aku sukahati aku.
tapi lepas tu jadi medium untk kawan-kawan aku yang apa terjadi dengan aku.
sekarang ni ntah la, diary kalik.
Written on July 14, 2007 at 4:00 pm
12 WaWa
weh.. tu gmbr bridget jones diary la. haha.. sila abaikan gmbr tersebut.. :p tutup mata smbl baca blog aku. haha.
p/s: komen2 lain akn dijwb bila sy tiba dirumah ye.. skrg ni sy di london victoria railway station. penat lak aku berdiri nih.. dah la keyboard mcm taik.. haha..
Written on July 14, 2007 at 7:32 pm
13 WaWa
huhu. tak tau. bengong gak kdg2 commenting system aku ni.
p/s: baru balik.. hoho. penat seh.
Written on July 14, 2007 at 10:37 pm
14 dhiey
salah satu hobi mengisi masa lapang, boleyy???
oh ya, akak tak ske populariti. dan kalu boleh tanak orang datang ke blog akak. hahaha. *ingin lari dari kenalan*
Written on July 15, 2007 at 6:03 am
15 mohdismail
menulis blog adalah kool kerna kau akan bisa mengorat gadis2 cantik… mereka sekarang lebih memandang lelaki yang pandai menulis blog dari lelaki yang punya kereta mewah dan berperut petak.. betul!
ha ha haa..
*itu link aku ada di’sana… terima dengan kasih la wahai Wawa.. kau naik’kan populariti aku satu aras lagi..
Written on July 15, 2007 at 6:23 am
16 Azhar Ahmad
Yuppp… kalau disebabkan populariti, dah lama Teratak berkubur… Saya lakukannya sebagai hobi, dan ia satu terapi minda untuk saya dan kawan-kawan saya… Percayalah, dengan satu tulisan blog boleh memporak perandakan dunia, membuka mata, mendapat ilmu, dan 1001 macam perkara lagi!!!
Written on July 15, 2007 at 9:09 am
17 aarin
Saya mula2 tergerak hati untuk start memblog sbb mahu berhubung dgn bekas teman sekerja yang begitu rapat ngan saya, dia memblog so kami mahu mengenali dunia masing2 setelah dia resign..mula2 saya mmg tak mahu kerana sya bukannya pandai menulis, (diari tulis kat buku pun kadang2 jer) tapi lama-kelamaan kami sedar itu adalah medium yg terbaik utk berhubung selain daripada sms @ call..
Written on July 16, 2007 at 5:04 am
18 amna
kanapa aku memblog? ko agak kenapa? haha.. aku bukan org yg menulis diary, bukan juga orang yg suka menulis. tapi kadang2.. terdapat perkara2 atau ayat2 bes yang merayap dalam otk, minta keluar. haaa.. blog lah mangsa. hehe
Written on July 17, 2007 at 7:34 am
19 WaWa
atas desakan aku barangkali? haha.
Written on July 17, 2007 at 2:12 pm
20 WaWa
mungkin, ada juga rasa mahu jadi popular. tapi ada tak, yang semata-mata sebab mahu popular, dia buat blog? tu yang aku nak cari sebenarnya. haha.
Written on July 18, 2007 at 12:32 am
21 WaWa
hoho. amik kalkulator.. haha.
Written on July 18, 2007 at 12:32 am
22 WaWa
aku jumpa blog kau pun sebab aku nampak nick kau beria-ia sokong af, si sapa ntah nama dia tu.. oh.. (amik masa 10 saat berfikir).. ebi. haha.
Written on July 18, 2007 at 12:33 am
23 WaWa
menarik.. hurmm…
Written on July 18, 2007 at 12:34 am
24 yomomoi
buat ayat dengan baik…
Written on March 20, 2008 at 3:27 pm
25 nana
blogg ni dah makin popular, dari yang muda sampai ke yang tua, segalanya dapat di buat percuma, ada baik dan buruknya, pandai2lah arahkan matlamat berbloging ni…supaya sama2 dapat manafaatnya..
Written on July 7, 2008 at 12:06 am
1 minci
I initially blog because i find blogging interesting ( main template, boleh letak macam2)..
Now, it has kindof replaced me writing in my diary because it’s much faster to type than to write especially when you’re in a real spirit to jot your thoughts down.
cuma tka bolehlah kan nak potong2 gambar dari majalah pasuth main lekat2 dlm jurnal buku.. huhu
Written on July 13, 2007 at 10:43 pm