Ouch. Saya baru tahu Yang Amat Berbahagia Pak Lah dan isteri rupanya bercuti di Australia selama 10 hari. Ohoho.. Selamat pulang Pak Lah dan isteri. Bagaimana Melbourne, best? Tapi saya agak musykil sedikit, bolehkah diterima akal jika pesawat khas Perdana Menteri digunakan untuk tujuan peribadi? Tambah lagi, tiada masa lainkah untuk YAB bercuti sehinggakan memilih untuk tidak mengiringi DYMM Tuanku menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-211? (Ketika entri ditulis, Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah selesai). Hurm..
Haa, jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Kerana diejek, dipersenda dan digelar “Saddam” selama 4 tahun, Iqbal Rasheed akhirnya menerima pampasan £42,500! Kepada yang tidak tahu, di UK mereka ada apa yang dinamakan The Race Relations Act 1976. Akta ini membenarkan mana-mana individu yang mengalami direct or indirect racial discrimination untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah atau tribunal. Eii.. kalau perasaan takut dianggap terrorist atau mendapat tanggapan buruk, boleh kira tak? Kalau ya, huyoo.. kaya weh!
Malaysia memang pemurah. Anda setuju? Sungguh! Hanya menetap di negara ini selama 2 tahun dan menyumbang bakti kepada negara, dengan mudah anda diberi status penduduk tetap! Saya taklah menafikan kelayakkan jurulatih import untuk badminton negara itu mendapat status penduduk tetap, tapi kenapa bagi mereka yang sudah berhijrah ke negara ini lebih 20 tahun, sudah mempunyai keluarga dan beranak pinak di sini, tambahan lagi tinggal di Sabah, walaupun sudah memohon taraf warganegara/penduduk lebih 10 tahun tetap masih amat sukar dan tiada jaminan. Makanya, anak-anak mereka yang walaupun ada yang bijak pandai, hanya mampu belajar sehingga STPM tapi sukar mendapat peluang pekerjaan di agensi kerajaan apatah lagi bermimpi mahu melanjutkan pelajaran di IPTA. Fikirlah!
Saya quote: “Each of you is British. You were born here, your families live here, you went to school and university here. You hold British passports. You live under the protection of its laws, which give you freedom of speech and religious observance. Yet each of you was prepared to break its laws”. Itu kata Judge Peter Beaumont, ketika menjatuhkan hukuman kepada 5 remaja Islam British atas tuduhan membuat persediaan menjalani latihan di Pakistan dan kemudian berperang di Afghanistan menentang askar British. Di akhir artikel berkenaan, ada bahagian Have Your Say. Baca komen-komen yang ditinggalkan pembaca The Times dan beritahu saya, apa pendapat anda.
Nampaknya tahun ini musim panas di UK bukan di antara musim panas yang terbaik. Jumaat minggu lepas hujan lebat tidak henti-henti sehingga mengakibatkan beberapa laluan jalan raya dan kereta api ditutup akibat banjir. Hari itu saja mengakibatkan 141 penerbangan di Heathrow terpaksa dibatalkan akibat cuaca buruk. Isnin minggu ini pula, Abingdon di Oxford juga banjir. Hoho. Terima kasih kepada yang prihatin dan bertanya keadaan saya di sini. Ya, city centre tidak apa-apa, tapi hari itu banyak juga kedai yang tutup awal. Ada terlintas di fikiran saya tempoh hari, bagaimana jika banjir sampai ke sini? Err.. ada sesiapa mahu hadiahkan kasut but getah atau err.. pelampung? Yay! Bot pun boleh juga. Hehe.
Dan satu fakta menarik mengenai bumi UK ini. Tahukah anda di Scotland mereka mempunyai 4 jenis not wang kertas termasuk wang kertas yang dikeluarkan oleh Bank of England. Mahu tahu lebih lanjut? Mari, layari blog encik Fajar di Fajar Seluas Angkasa.
boot getah oke x? keke.. hmm.. kesian juga org yg x dpt hak kerakyatan tu. bukan kesian pd mereka sgt, sape suro dtg ddk msia. tp kesian la kat masa depan anak2 mereka. kalo di negara mereka sniri.. pastu bole pf jaoh. yg isu yg atas2 sket tu.. x bole nk komen. sebab aku x amek taw. haha
boot getah pon jadi la.
cantek. nanti kita sama2 shopping ye =)
ok, jom shopping. =P
pasal kerakyatan tu…humm.
aku bleh bangkitkan 100 sebab kenapa ada segolongan yang senang dan segolongan yang susah…teramat susah….dan aku boleh bagi isi²,kes² yang dilaporkan serta bukti…dan aku bleh digg sendiri tu cerita sampai bleh masuk ke front page supaya org lain bleh tau….
aku rasa kau pun tau macam mana kes di sabah kan….buang semua protokol, buang semua polisi, buang semua undang2…apa yang penting bangsa kita naik….ko paham kan..?? dan pasal itu aku memang tidak puas hati…sebab aku rasa sabah adalah negeri yang merdeka…tidak ada soapan patut menganggap org lain adalah pendatang asing sedangkan mereka pun sama.!!
cuma aku xmau bangkitkan isu politik..dan yang lebih penting, isu perkauman di csankai-dot-org bab aku bukak blog tu just to entertain people with my story…
sori…ter emo…hihiihihihiihi….
dan aku rasa, ko patut baca buku kabinet april fool yang di tulis oleh syed hussien al attas….such a great book from a great author….
weh, lek-lek sikit. nnt kalo kena tangkap, aku sorang jak. ko duk diam2 di rumah. haha. aku ada kwn ni, stpm sungguh la bagus, tp x bole g mana2 sbb dia bukan pr. kerja pon susah mo cari, kesian ni. sakit pula hati aku dgn biroksi yg ada.
Wah…. wawa, banayk sungguh. Tapi, memang best banget entri nih… Huhuhu… Emmm nak komen apa yek…
p/s Sesekali terasa seperti, ringakasan berita di tali besen
hehe. nama pun entri semua jadi satu.
ahahaha… warta berita jam 1 pagi.
Disebabkan Malaysia pemurah la ramai sgt PATI menghinggap kat negara kita.
haih~
no, no. aku bukan ckp psl PATI. aku ckp psl mrk yg dah bermastautin di negara kita, especially di sabah, tapi still susah nak dpt taraf PR. diaorang ada mykad, tapi mykad diaorg tu kena renew ntah setiap berapa tahun. susah tau!
oic..ade eh? sori, tak sedar plak wujudnya situasi mcm ni. Patot la, aku ada kawan, sabahan no kp dia mcm pelik…huhuhu~
apa no kp dia? kalo kat tengah 49, tak payah nak pelik psl ic aku pon 49 juga. haha. tapi weh, aku mmg anak jati sabah. :p
bkn 49 arr… aku taw la 49 tu mmg wujud. mcm 70 lebiih kot x silap. tah ar x igt.
ko tauw wawa,
mama aku salah sorang contoh org yg tgl di malasyia selama 20 tahun lbh tapi x dibagi kerakyatan.
sekarang ni aku tgh bingung, sebab jabatan pendaftaran refuse mau bagi adik bongsu aku kp sebab mama aku teda kp.
bangang ka apa. mana lagi adik aku mau pgi?
lagipon bapa kami warganegara. pening.
nah, itu la yg aku bilang, biroksi. bangang bah diaorg ni. kwn aku pon begitu. adik-nya dapat taraf warganegara, jadi boleh la apply upu. tapi kwn aku sendiri tu, nda ada apa-apa. kesian juga. aku pon bingung mcm mana bah juga sistem diaorg ni. pelik kan?
he he he.
seperti membaca ringkasan berita dalam buletin utama saja.
Pening aku baca, ingatkan cerita cerita tu berkait, tapi tak berkait.
aku nak jadi warganegara jepun, senang tak nak mintak..har har
ni kalo JPN baca, boleh ditarik baLik kewarganegaraan ni.
aku tatau psl jepun, tp kalo nak jadi british, senang saja. haha.
[...] upon a time, I was tagged by Fawari and today i give her favor. So, let [...]