02
Hidup Mesti Ada Arah Tuju
Published by WaWa, under Pendapat. 35 Comments.
Minta maaf kepada sesiapa yang tak berasa selesa dengan entri-entri yang agak cenderung membabitkan isu keagamaan sejak kebelakangan ni. Bukannya saya berniat mahu menukar konsep blog kepada perbincangan isu dan permasalahan agama, cumanya semua yang saya tulis tu adalah masalah dan pengalaman yang saya alami sendiri. Kalau ada yang tak selesa, bolehlah tinggalkan blog ini dengan aman kerana saya tak menganggu orang lain pun.
Petang tadi timbul satu persoalan yang menarik di antara saya, Ella (Nigeria), Janet (Hong Kong) dan June (China). Janet dan June tidak mempunyai pegangan agama sedang Ella pula seorang penganut kuat agama Kristian. Perbincangan bermula daripada persoalan gadis-gadis Melayu Islam di Malaysia yang tidak memakai tudung, kenapa saya pakai tudung, adakah satu hari nanti saya akan terfikir untuk membuka tudung, dan semua tu. Saya pun berceritalah sambil mereka mendengar penuh minat. Kemudian beralih pula cerita pasal kahwin la..la..la.., apakah orang bukan Islam mesti memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengan orang Islam, adakah saya akan menukar agama saya jika bertemu dengan lelaki bukan Islam yang saya suka dan kenapa mereka perlu memeluk Islam tapi kita tak akan tukar agama. Ella kata tidak adil sebab hanya mereka saja yang akan sanggup memeluk Islam sedang kita tidak. Wait.. sebelum ada yang mahu membidas blablabla, rileks. Bukan itu yang menjadi hangat. Kemudian saya pula tanya Ella, mahukah dia berkahwin dengan lelaki Islam? Dia kata, mungkin tidak tapi siapa tahu, kan? Kami kemudian beralih tentang isu poligami dalam Islam dan juga poligami di China yang diamal masa dulu.
Yang menjadi hangat ialah apabila saya bertanya Ploi (Thailand), apakah agama yang dianuti. Dia mengatakan keluarganya beragama Budha, tapi dia sendiri tidak begitu berpegang pada Budha. Saya tanya soalan yang sama dengan Janet dan June. Mereka kata mereka tidak percaya pada Tuhan dan mereka tak memerlukan agama. Wah, ketika ini saya dan Ella mengatakan dengan yakin, bahawa seseorang yang tiada agama ibarat hidup tanpa hala tuju. Nah! Saat itu satu perbincangan menarik berlaku. Kedua-dua gadis Cina ini tidak setuju. Dakwa mereka, kerana mereka tiada pegangan agama, maka hidup mereka hanyalah untuk mereka dan mereka yang tentukan corak hidup yang bagaimana mereka mahu. Saya dan Ella berada dalam satu team, Janet dan June dalam satu team dan kami saling menyuarakan pendapat masing-masing. Ploi hanya duduk diam dan ‘menonton teater’ percuma. Hehe. Masing-masing tidak mahu mengalah, dan apabila kami hampir mahu menamatkan perbincangan, saya minta mereka berdua fikir, jika mereka tidak percaya pada Tuhan, maka siapa ciptakan mereka? Woah, persoalan yang sepatutnya menjadi penamat kemudian menjadi penyebab naik satu lagi isu!
“Bagaimana kamu tahu Tuhan itu wujud walhal kamu tidak pernah lihat Dia?” Janet.
“Asal saja kami selalu mengingati Dia, mengetahui Dia Maha Mengetahui apa saja yang kami lakukan, maka Dia sentiasa ada dihati walau dimana saja kami berada..kami yakin bahawa Dia wujud!”. Ella. Janet menggeleng, tidak setuju. (Hujah lain saya tidak mendengar, sibuk membalas hujah June).
June pula menggunakan sains, bercerita bagaimana bumi boleh terbentuk dan sebagainya, mengatakan bumi terbentuk dengan sendiri selepas terjadi satu letupan blablabla.
“Jika begini, hurm..saya meneka anda tentu percaya pada teori Darwin?” Saya. Menguji.
“Ya!” Jawab June dengan yakin. Daripada cerita bagaimana bumi terbentuk, bercerita pula kami kesahihan teori Darwin. Saya bernasib baik ada Ella di sebelah, walau berlainan agama, sekurang-kurangnya kami berada di pihak yang sama. Tapi kali ini perbincangan hanya tertumpu pada saya dan June, bercakap pasal sains dan teori Darwin. Ella kadang-kadang mencelah, menyokong hujah saya dan begitu juga Janet, menyokong hujah June. Kemudian datang Muzzammil (Nigeria), seorang lelaki Muslim. Kerana pengetahuan sains Muza lagi baik, Muza tanpa sedar telah mengganti tempat saya menerangkan kepada June bagaimana bumi terbentuk, hukum kejadian alam dan teori Darwin. Saya rasa dia agak bijak, tanpa mengaitkan dan membalikkan persoalan kepada agama, dia sedaya upaya untuk menimbulkan keraguan di hati June tentang pembentukkan bumi dan juga teori Darwin.
Tapi akhirnya, masing-masing masih lagi teguh dengan pendapat sendiri. Tiada pihak yang menang, tiada pihak yang kalah. Kami keluar dari kelas, berjalan kaki balik ke hall, bercerita hal-hal biasa, seperti di dalam tadi tiada apa-apa yang hangat berlaku. Best kan? Terhenti disitu dan tiada siapa yang mengungkit kembali. Tidak diskriminasi, tidak sensitif, tiada caci mencaci, tiada ejek-mengejak dan yang paling penting, no hard feeling.
Nah! Siapa kata gadis-gadis hanya bercerita tentang lelaki atau ah!-apa-saja-yang-remeh-temeh bila lelaki tiada disisi? Kadang-kadang, isu yang kami ceritakan pun menarik dan hebat, sehingga lelaki-lelaki boleh turut serta. Maka, tidaklah susah sangat mahu memahami wanita, kan Mael? ![]()

The Hidup Mesti Ada Arah Tuju by FaWaRi dot net, unless otherwise expressly stated, is licensed under a Creative Commons Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia License.
35 Comments
2 pakdi
1. perkahwinan dalam Islam adalah penyatuan fizikal, mental dan kerohanian. Perkahwinan dalam Islam bukan sekadar menghalalkan hubungan fizikal semata-mata, tetapi juga sebagai leverage dalam ibadah. Perkahwinan tidak akan bahagia & kekal kalau kerohanian tidak bersatu dalam satu kepercayaan aqidah. hal ini agak sukar dirungkai kerana “kerohanian” itu satu perkara yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
analogi cam ni la, Ahmad sokong Liverpool. Siti sokong Manchester United, kalau tengok bola nanti mesti ada sikit konflik. tapi lepas habis game, mesti ok balik. tapi perkahwinan bukan sekadar tengok EPL 90 minit, ia adalah komitmen spjg hayat. hehe…
2. persoalan tuhan tidak wujud kerana tidak nampak perlu ditanya dengan soalan begini (antaranya)
- “Adakah kamu ada otak? Aku tidak pernah nampak otak kamu.”
perbahasan dengan orang sebegini usah dijawab directly, tetapi dipersoalkan kembali dengan soalan utk mereka berfikir.
3. wawa, artikel tu nanti saya tulis ye. take time sikit sebab kena bukak balik buku. hehe… kalau ada yang tak puas hati, biar diorang rujuk balik buku2 tu.
Written on August 3, 2007 at 4:02 am
3 So'od
memang menarik wa..
kalau aku ada, aku pun nak join.. heheh..
aku dulu penah jugak borak pasal agama dengan colleague i.e. hindu & buddha, but it was more of an open discussion than a debate mcm ko tu.. so lebih peaceful.. heheh..
Written on August 3, 2007 at 8:09 am
4 duez
Aku suka wawa pasal benda2 macam nih..
Sebab ,boleh menambahkan lagi pengetahuan aku pasal agama nih.Kalau takde perbahasan ke perbincangan ke,tak jalan aku.haha
Aku ada gak kenal cina dari China kat sinih.Dia kata dia Islam,tapi idup mcm cina lain yg bukan islam.Bangla pon sama.Dalam masjid ok,kuar masjib bantai abes segala yang tak boleh..
Written on August 3, 2007 at 8:20 am
Nahhhh…. saya rasa tak salah pun…. Cik wawa berbicara tentang itu. Malah, ini blog kehidupan cik Wawa. Bila disebut kehidupan, maka ia banyak cabang. Sedangkan hati itu boleh dibolak balik, inikan pula pemikiran dan kehidupan, bukan?
Apapun, sebagai satu Usaha da’wah, mintalah si June tadi cari buku Quranic Science. Segala keraguan InsyaAllah terjawab.
Hummm, wawa, tahniah ye… Anda berda’wah sebenarnya.
Saya, bilalah sempat. Hanya si pencinta petunia itu sahaja, tempat saya menimulkan persoalan…
Written on August 3, 2007 at 10:18 am
6 amna
pencinta petunia???
Written on August 3, 2007 at 12:51 pm
7 amna
hmm..waras akal aku sekadar berfikir begini… mereka yang tiada agama, hidup mereka akan berakhir saat nafas terhentii(mati).. “lepas mati apa jadi pada aku ya?”…. haa, cuba tanya pada mereka, apa mereka mahu buat lepas mati? main carrom ke, poker ke, atau sekadar mahu jadi santapan ulat sambil carbon dalam badan semakin berkurang? oh, mereka boleh hidup cara mereka sendiri.. mungkin mati pun cara mereka sendiri. nah, rekalah dunia hantu kaw!
Written on August 3, 2007 at 1:00 pm
8 abah
Wahh bagus2…. perbincangan yang sihat. Entri kau tak bosan la wawa….aku suka skali membacanya…
Di kala aku menaip ni…fikiran aku sedang ingat mengingati ada satu cerita guru bersama anak muridnya kot… yang bertanya bagaimana nak tahu tuhan tu wujud atau tidak sedangkan kita tak nampak tuhan tu.
Guru kata sumthing bout angin… erkk aku lupa la nak terangkan..kang salah pulak…jadi kes. Zat Allah…
Hummm *sedang mengingati…mebi u can help me here
Written on August 3, 2007 at 1:06 pm
9 azrn
nanti lah komen. haha..baca pon x sempat!
Written on August 3, 2007 at 2:28 pm
10 WaWa
haha. kitaorang pun open discussion la. :p cuma hangat sikit. hehe.
Written on August 3, 2007 at 3:44 pm
11 WaWa
kadang-kadang kita ber-open discussion bukan sebab mahu cari gadoh, cuma, macam kau kata, menambah pengetahuan. ![]()
Written on August 3, 2007 at 3:45 pm
12 WaWa
itulah.. tapi ada orang marah-marah pula. eii.. macam-macam. tak boleh tengok org senang sikit. :p
Written on August 3, 2007 at 3:47 pm
13 WaWa
main poker barangkali. haha. dgn hantu2 yang lain. kot.. kan? entahla. aku tanya, siapa yang jadikan diaorg pon x boleh jwb, melalut2 sampai ke sains pula kan?? :p
Written on August 3, 2007 at 3:49 pm
14 WaWa
nak tolong mcm mana? aku pon tak tau apa ko nk ckp.. hurm.. teruskan mengingat. ![]()
Written on August 3, 2007 at 3:50 pm
15 mimi
isu pakai tudung? bukan kat malaysia jeh..kat cni pn ramai je muslim xpkai tdung…aku pn xtau yg die muslim..outfit hot gile..last2 jumpe kt surau…ooh..muslim rupenye die ni..kt uni ni aku slalu lepak kt surau sbb kelas aku kol 8-9..pastu 1-5..antara 9-1 aku malas balik umah wlaupn umah dekat so aku lepak surau..time zohor nnt mcm2 org aku leh tgk..uhu..ade yg gothic..pkai serbe hitam..skirt paras lutut..masuk2 surau pkai tlekung teros solat..eih..bile mse ntah die amek wudhu’…agaknye wudhu’ die b4 kuar umah lom batal kot..aku besangke baik..uhuhu..pnah satu notis tazkirah ditampal kt notis board dlm surau tu…menasihati para muslimah supaya menutup aurat..definisi aurat…cara menutup aurat yg betul dan sempurna…bagus notis tu..tp xtahan lame..esoknye aku dtg surau dh hilang dh…ade la tu org yg buang..uhuuhu..haa..kn aku de ckp kt ko pasal mr galloway bg talk kt uni aku kn…mse hr tu..ade 3org lg speaker selain die..sorg free thinker..sorg kristian…n sorg lg islam..yg wakil islam tu pompuan…xpkai tdung…aku rse cm..pegi mampos ah die ni..nk becakap bg pihak islam tp xtutup aurat..uhuhu..alamak..terpanjang plak..uhuh..ade byk lg nk ckp..cite kt ym laa nnt..ihihi
Written on August 3, 2007 at 4:29 pm
16 akirasuri
huhuhu.
dulu masa sekolah-sekolah selalulah topik macam ni terkeluar masa burak-burak dengan kawan-kawan non-muslim.
ada saja yang dihujahkan.
sangat menarik dan kadang-kadang mengujakan.
hahak.
sungguh!
Written on August 3, 2007 at 6:18 pm
17 sampulnak
best juga wawa. ko selalu jak berbincang benda2 serius dengan orang lain. hahhha… kalau aku diam2 jak buat bodo.
Written on August 3, 2007 at 9:55 pm
18 sankai
satu perbincangan yang hebat….
dan memahami kaum hawa adalah tetap perkara paling sukar buat aku..hahahaha…..
Written on August 4, 2007 at 5:40 am
19 Syafrizal
Bagus blog entri ini, membincangkan isu2 yg bernas hehe.
Written on August 4, 2007 at 7:01 am
20 WaWa
kadang2 buka minda bagus juga. :p
Written on August 4, 2007 at 12:01 pm
21 WaWa
hurm… aku perasan mimi selalu sensitif dgn hal2 tudung. hurm…
ape pula pendapat ko psl topik yg aku highlightkan dlm entri ni?
Written on August 4, 2007 at 12:02 pm
22 nazirHF
::nice2 harap dapat ade suasane macam ko bile aku fly nanti. =D
Written on August 4, 2007 at 3:30 pm
23 WaWa
wah.. suke ke ade suasana mcm ni? hoho.
Written on August 4, 2007 at 3:41 pm
24 karlbum
once upon a time, scientists all believed in darwin’s theory, they were called darwinians
then came the creationist they believed god created us. then…….
nowadays dah terbahagi tiga, 1 darwinian, 2 creationist 3 yg percaya sekerat2
aku hanya ujarkan satu pendapat, siapa la yg nak mengaku dia beruk/monyet, aku tak mo. aku rasa tuhan jadikan aku lebih mulia dr monyet ekekek ![]()
Written on August 4, 2007 at 5:19 pm
25 mimi
pasal mcm mne nak jwb klu org tnye soklan2 yg ditanye kt ko tuh?? hmm..klu org2 mcm ni tnye soklan..ko jwb dgn soklan balik..n pastu ko kasik jwpn analogi..n jwb dgn berhikmah..jgn emosi..ihihi…mcm soklan yg die tnye knape percaye Tuhan wujud padahal xpnah tgk Tuhan tu? tnye laa die balik…pnah tgk udara x?? pnh nampak? pnah pegang udara?? pecaye x udara tu ade?? pas tu kan die kate die pecaye dgn teori darwin..die percaye bumi terbentuk dgn sendirinye…suruh die tgk langit…suruh die tgk awan…tnye die mne dtg awan tu?? klu blaja sains die mst tau pasal proses penyejatan..awan terbentuk bile air disejat dr permukaan bumi(sungai,laut etc)…ps air disejat jadi awan smplah awan tu berat..lepas berat air tu akan trun semula kebumi dalam bentuk air hujan…suro die pikir balik..mcm mne air yg disejat dr permukaan bumi tuh boleh menenggelamkan bumi (i.e. banjir) mcm mne molekul air yang byk dan berat tu boleh terapung kt langit?? pstu mcm mne air yg disejat dr bumi boleh tenggelamkan bumi? suro die pikir laa…xmungkin semua tuh terjadi dgn sendiri…hmm…mcm ko kate hidup ni ade tujuan…cube tnye ape tujuan hidup die..nak blaja tinggi2 supaya dapat keje sedap? gaji sedap? umah besar? kete besar? ituke tujuan hidup? cube tgk bill gates..donald trump..bahagiekah diorg tu? rsenye tujuan hidup diorg dh tercapai blom?? die pecaye mati x?? knape nk penat2 n susah2kumpul harta byk pastu mati n hanco kne makan dgn ulat dalam tanah?? jd ape tujuan hidup? tnye die soklan tuh..ihih..sbnrnye aku xtau nk ckp ape..aku rse aku merepek…kekeke..sori pajang bejele..
Written on August 4, 2007 at 8:54 pm
26 WaWa
psl hidup tu mst ada tujuan, aku dan ella dah ckp dah kat diaorg. diaorg kata, since diaorg tade agama, maka diaorg sendiri la yang membuat arah tuju sendiri. nak cari duit byk2 and blablabla.. ntah pape kan? sains tu kan, aku pelik la, apsl diaorg ajar teori darwin tu kat sekolah? eii.. tu bukan sains, tu teori. aku mmg terkejut bila june ckp dia belajar psl teori darwin di sekolah. ntah pape skolah diaorg tu. haha…
Written on August 4, 2007 at 9:21 pm
27 WaWa
betul! logik lah weh~ sape nak mengaku datok nenek dia beruk/monyet. eii.. aku tak nak!
Written on August 4, 2007 at 9:23 pm
28 mimi
aku pn blaja teori darwin last sem…lecturer aku menyokong teori itu sbb die kate ape yg dlm bible xbtol…aku patut suroh die bace quran! uhuhu…
Written on August 4, 2007 at 10:18 pm
29 WaWa
hahaha. ok2. ade pula dlm silibus ko teori darwin tu ek. kagum ah! ntah pape la lec kau.. aih.. bible pon x percaya, apatah lagi quran. sabo aje la.
Written on August 4, 2007 at 10:26 pm
30 mimi
die xpecaye bible sbb bible kate bumi terbentuk 6000 tahun dahulu..sains membuktikan bumi dh wujud berjuta2 tahun dahulu…dan ape yg ade dlm al-quran mmg same dgn ape yg org2 sains jumpe..sbb tu laa patut suro die bace quran…biar die tekejut..uhuhu
Written on August 5, 2007 at 6:29 am
31 chika
agama. adalah antara isu between me and kekaseh.
Written on August 5, 2007 at 10:24 am
32 WaWa
kalo mcm tu, bagi la dia quran. sbg hadiah besday. hoho. ![]()
Written on August 5, 2007 at 12:53 pm
33 jet
kerusi..ada tukang kayu buatkan..
kapal terbang..ada jurubina yang binakan…
kek..ada baker bakekan..
itu faktanya..kenapa manusia dan seluruh alam ini ada Penciptanya, masih ada yang nak bangkang?
Written on August 10, 2007 at 6:04 pm
34 Ahli sukan
Isu awak nie bagus …tapi nama yang awak gunakan tu boleh meagaibkan orang lain….blah lu bro….
Written on March 3, 2008 at 3:08 am
35 WaWa
aib macammana pula? ini kan diskusi. sekadar memberi situasi agar cerita yg sy sampaikan ni senang difahami. terpulanglah macammana anggapan ahli sukan.
Written on March 4, 2008 at 9:51 pm
1 ady
Gula, rasanya manis. Cuba lukiskan rasa manis.
Garam, rasanya masin. Cuba lukiskan rasa masin itu.
Cuba juga lukiskan angin.
Tentu kita tidak melukisnya bukan? Sebab kita PERCAYA rasa itu manis. Kita PERCAYA rasa itu masin dan kita PERCAYA itu adalah angin. Namun pernahkah kita melihat kesemuanya?
Written on August 3, 2007 at 2:24 am