FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Nov
19

Pejam celik mata

Published by WaWa, under Studi. 23 Comments.

Autumn term ni saya cuma ada 1 kertas saja iaitu pada 11 Disember. Minggu ini sudah pun masuk minggu 8, semua kelas sudah sampai ke penghujung. Tutorial EU Law berakhir minggu lepas, silibus untuk seminar ILS juga telah habis pada minggu 6, awal seminggu daripada yang ditetapkan. Minggu ini (hari ini) sepatutnya ada kuliah ulangkaji untuk EU Law tapi profesor masih berada di hospital, sejak khamis minggu lepas (yang sepatutnya ada kuliah 2 jam EU Law).

Hurm.. Jadi bayangkanlah betapa terluangnya masa saya. Jadual kelas saya pula hanya pada hari isnin, rabu dan khamis. Rabu itu pun cuma tutorial 50 minit. Saya ada membaca apa yang coursemates saya tulis di Facebook antara mereka, dan saya seakan bersetuju. Bila kuliah asyik dibatalkan, ia seakan menjadikan kami semakin malas. Yang menjadikan saya sibuk sedikit adalah coursework. Tapi saya sendiri pun tak faham apa yang saya tulis dalam esei. Terutamanya EU Law. Pening betul. Nasib baiklah ini modul wajib, kalau tidak memang saya tak mahu ambil modul ini. Kononnya syarat kelayakan mendapat ijazah undang-undang English. Padahal periksa sejam tiga puluh minit modul ini tidak lama lagi, sebelas disember itu lah. Dan kami cuma dibenarkan bawa buku EU statute masuk ke dewan periksa. Setakat statute tak membantu langsung.., membantu juga (kot) tapi kalau boleh bawa masuk buku macam Nutcases EU Law, lagi bagus. :P

Pada masa yang sama, saya mulai bosan. Saya mahu tahun ini berakhir dengan pantas. Mahu mulakan semula dengan wajah baru, mood yang lebih meyakinkan. Kerana mood untuk term ini sudah mati. Tidak tahu lah, persekitaran yang pada mulanya menarik akhirnya membuat saya mengeluh panjang, menyesal barangkali. Atau saya yang tersilap membuat percaturan?

23 Comments

1  dk

aku rasa ko silap percaturan..
ko mesti gerakkan kuda dulu kan??
patut gerakkan askar dulu..
ahaks :p

Written on November 20, 2007 at 2:12 am

2  hafifi

hehe..hebat2..amik course law rpnya wawa ni..wawa tau pasal business law x?sem depan ade paper law la..klu ade note bley la bg ek?

Written on November 20, 2007 at 2:30 am

3  CypherHackz

nak tukar wajah baru? nak buat facial teraphy ke cik puan? hu3.
btw good luck la untuk exam tu nanti ye…

Written on November 20, 2007 at 3:06 am

4  azrn

ceh…satu je paper exam ko? hish2… ermm…kadang2 bukan salah kita sebab silap mencaturkan hidup. (cewahh~)

Written on November 20, 2007 at 11:20 am

5  azrn

ahahaha…. aku suke je gerakkan askar dulu. tapi berterabur juga “percaturan” aku..camne tu? ahahaha…

Written on November 20, 2007 at 11:21 am

6  Azhar Ahmad

Ahha, Allah dah beri kesempatan untuk berehat tu. Rehatlah. Jangan jadi cam saya, walaupun telah diberi amkaran minta rehat. Saya tersukan juga. Sudahnnya, penyakit pun datang… Hummm

Written on November 20, 2007 at 12:21 pm

7  dk

ko mayb salah masa next step.. mula2 gerakkan askar tu betul. mayb ko gerakkan semua askar dulu..
mana leh.. haha :p

Written on November 20, 2007 at 6:30 pm

8  zaki

camana boleh bosan nie….mesti buat something yang best2 dan happy2…Jalan2 la around sana tu….

Furthermore, life lepas belajar adalah lagi boring dan tensen ….
So appreciate la dan try to enjoy life sbg student….

Written on November 20, 2007 at 11:13 pm

9  sampulnak

same here.xsabar mahu habiskan term autumn ini. sudah lah winter mula awal.menambah-nambah kemalasan aku untuk bergerak ke kelas.

pelik juga kelaskamu selalu dbatalkan.sesuatu yang jarang-jarang berlaku di sini.tiada pensyarah ganti?

Written on November 21, 2007 at 4:35 am

10  azrn

ahahaha..mana ade. aku tak mungkin gerak semua askar. goyah laa pertahanan istana aku nanti. urmm… “rook” aku ngan “bishop” takan duk goyang kaki je…haha

Written on November 21, 2007 at 5:31 am

11  WaWa

sebenarnya aku tak pandai main catur. hehe.

Written on November 21, 2007 at 11:05 am

12  WaWa

@hafifi ~ saya tak amik business law. sorry. :)
@cyperhackz ~ haha. facial therapy? hehe.. lain kali je lah.

@azrn ~ a’ah, satu je. best x? hehe. bukan salah kita? habis salah siapa?

@azhar ahmad ~ hurm.. btol juga tu.

@zaki ~ bosan la. tak tau knp. hehe..

@sampulnak ~ kan? makin sejuk oo skg. sabar je lah. buat aku malas mau keluar rumah. pensyarah ganti? ntah. kelas EU2 ada la pensyarah ganti, tapi kelas EU1 mcm belum ada apa2 makluman lg. hoho. lain uni lain cara mungkin.

Written on November 21, 2007 at 11:10 am

13  dk

hahahaha…serius lawak..
rook apa eik?
bishop aku kenal.. rook kuda ke?
ke castle?

wawa..ko patut bljr main..
baru percaturan ko lebih jitu..

azrn: ko kena gerak kan queen baru mudah..

Written on November 21, 2007 at 11:17 am

14  a.o

wawa, satu ayat untuk anda..

“kau ni memang, macam-macam!”

sekian

Written on November 21, 2007 at 11:19 am

15  WaWa

tak nak la. pening la nak main. sakit otak aku.

Written on November 21, 2007 at 3:09 pm

16  azrn

to dk: haa..rook pon tatau? yup..mcm castle2 tu..dia duk ujung. hahaha…

gerak queen? mmg pownn slalu buat camtu. yelaa… cepat skit makan askar. hahaha…. tp tu la..queen yg dianggap kuat pown..kalo dah terperangkap..kena juga mati..huhuhu…

to wawa: best main chess ni….cuba la. rasa mcm berperang! hoyehh!

aipp??? ada mamat separm tu tak merajok ngan aku kat sini. ahaks.

Written on November 21, 2007 at 11:51 pm

17  WaWa

@amna ~ haha. biasa lah kan, jeles? :P
@azrn ~ ko dgn dk mmg x leh blah. nak merajuk smp kat sini. hoho. dan aku mmg x suke gak main chess. :D
hurm.. aku baru siap esei pasal incidental horizontal direct effect. wallah~!!

Written on November 21, 2007 at 11:58 pm

18  mrozaidi

Kena berfikir sebelum membuat keputusan dan jika salam jatuhkan semua buah catur itu..akan bermula semula dan seterusnya..Haha…

Written on November 22, 2007 at 7:06 am

19  dk

eh soma.. tul aaa castle.. bende rook tu.. tp ni aa first time aku dgr org call castle tu rook..huhu.. bagus kenyataan ko tu.. queen dianggap kuat pun leh terperangkap.. haha.. aku suka kenyataan tu.. penuh makna n kebenaran dlm realiti..

wawa ko tlg nasihat minah soma ok..

Written on November 22, 2007 at 6:16 pm

20  dk

ko patut bljr main chess tu sepam.. baru ko tau.. abis apa permainan yg ko main eik? aku curious..

Written on November 22, 2007 at 6:17 pm

21  megat

rasanya hidup insya allah semakin terancang klu dapat kita menguruskan plan hidup untuk terkehadapan.

Written on November 23, 2007 at 12:19 am

22  azrn

ishk! ada lagi sepam tu wawa…hahaha…. kalo ko rasa annoying sgt, haramkan je penggunaan ayat tu di blog ko. ececececeh….

wawa…nasihat lebih skit kat mamat sepam,ok

Written on November 23, 2007 at 3:28 pm

23  WaWa

nak buat mcm mana. mamat sepam tu x makan saman. haha.

Written on November 23, 2007 at 3:34 pm

Leave a Comment