Terbang tanpa sayap
16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25.
10 hari!
Adoi, sangat sibuk. Ditambah dengan ketiadaan akses ke internet, juga salah satu faktor.
Nanti bila dah ok, saya kembali. Tak lama lagi kot. Minggu depan, barangkali.
Tapi, hei, terima kasih kepada SMD dan Cicak, yang memetik entri Malaysia 44.
Menjawab beberapa komen pembaca dalam entri sebelum ini, hei, bukan kerana bulan Ramadhan, atau saya patriotik maka saya naikkan isu ini. Cuma ia sesuatu yang patut kita fikirkan bersama, dan berkongsi pendapat. Dan, oh, kita rakyat Malaysia, dan sememangnya harus berbangga kerana memegang status warganegara. Tapi berbangga saja, tanpa tahu asal usulnya, dan mengambil ringan tentang sesuatu yang sepatutnya kita tahu, memang tak cukup.
Oh, dan, sambutan merdeka sepatutnya bukan hanya satu hari, atau tiga puluh hari, tapi setiap hari pun kita patut sambut merdeka, dari persepsi yang halal1. Maka, tiada salahnya jika secara tiba-tiba saya menulis tentang merdeka pada dua puluh lima disember, sebagai contoh. Kan?
Selamat menyambut Ramadhan, kawan-kawan.
Sampai nanti.
- Saya tinggalkan untuk anda mentafsir maksud ‘persepsi yang halal’. Kalau anda rasa ia membawa maksud kita bebas lakukan apa saja, contohnya merempit tak ingat dunia, atau bersosial hu-ha-hu-ha, terpulanglah. Itu untuk anda untuk menilai [↩]