Blog FaWaRi dotNET

Fast Update

with 22 comments

Saya hanya ada dua soalan.

Pertama:

Berapa jam dalam sehari masa yang anda peruntukkan untuk mengunjungi blog rakan-rakan dalam blogroll anda dan juga RSS yang anda subscribe?

Saya sendiri memperuntukkan 2 jam (kadang-kadang lebih) hanya untuk membaca blog rakan-rakan dalam blogroll, dan juga RSS yang saya subscribe. Kalau mahu cepat, saya selalunya hanya akan menggunakan Google Reader dan baca hanya RSS yang di-subscribe. Ada sesetengah blogroll, yang saya subscribe juga, itu adalah antara blog-blog yang memang wajib baca. :) Sebab tu kadang-kadang, saya tak tinggalkan apa-apa komen di blog anda.

Kedua:

Untuk menulis satu entri, berapa lama masa diperlukan?

Masa standard untuk setiap entri yang saya perlukan ialah satu jam. Ia termasuk menulis, menyusun ayat, mencari sumber (jika perlu), membaiki struktur ayat, membina dan menyusun perenggan dan akhir sekali proofreading.

Saya utarakan soalan-soalan ini atas dasar ingin tahu.

Written by WaWa

June 28th, 2007 at 10:12 pm

Posted in Santai