Blog FaWaRi dotNET

6 Yang Pelik

with 14 comments

Oh, saya telah ditagged oleh Kasyah. Hanya sekadar hiburan di hujung minggu, maka terimalah 6 yang pelik tentang saya.

Rules & Regulations:
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!

1# Saya mempunyai lebih 500 mp3 tersimpan di ext hard disk, tetapi jarang diputarkan sekalipun saya duduk di hadapan komputer 24 jam. Selalunya kalau ada lagu baru yang best, saya akan download, simpan di desktop, dengar 2-3 kali sebelum saya pindahkan ke ext dan tak tahu bila akan dengar lagi.

Saya juga tiada kegemaran mendengar radio, semenjak zaman sekolah lagi. Saya hanya mula mendengar radio selepas tamat SPM, kerana saya perlu memandu sendiri jika hendak kemana-mana. Jika ada lagu yang saya suka berkumandang, saya akan ikut sama menyanyi dengan penuh perasaan dan gaya. Oh! Tetapi kelakuan ini hanya dipraktikkan di KL, terutama sekali apabila berdepan dengan kesesakan lebuh raya.

2# Sungguhpun saya seorang gadis yang muda remaja, saya sangat tidak suka shopping. Semasa di KDU, boleh dikira dengan jari berapa kali saja saya ke OU. Itupun selepas dipaksa oleh kawan-kawan kerana saya akan cepat bosan apabila terpaksa untuk berulang-alik ke Old Wing dan New Wing sementara kawan-kawan saya seronok membeli belah. Jadi jangan terkejut bila saya katakan saya hanya berjaya meluangkan masa ke KLCC sebanyak 4 kali, dan ke MV sebanyak 2 kali dalam tempoh 2 tahun. Itupun bukan untuk shopping, tetapi hanya pergi menonton wayang.

3# Saya juga seorang yang sangat suka berahsia. Bagi saya, less is better. Tak semua perkara itu saya senang untuk berkongsi, walaupun sesuatu perkara itu baik. Contohnya daripada sekecil-kecil perkara baik, jika saya fikir saya tidak mahu berkongsi, saya akan simpan. Paling tidak, hanya kawan-kawan rapat yang tahu. Dan ada di antara kawan-kawan rapat saya, yang masing-masing memegang lain-lain apa yang saya kategorikan sebagai “rahsia”.

Saya memang tidak begitu gemar bercerita terlalu banyak tentang latar belakang saya. Konsep saya senang saja. Semakin banyak yang orang tahu tentang saya, semakin banyak yang mungkin akan terdedah pada masa hadapan dan mungkin tidak akan menguntungkan diri sendiri. Sebab itu saya tidak suka konsep dunia glamour yang turut mendedahkan kisah peribadi artis-artis. Kerana ini juga, saya tidak suka bertanya kawan-kawan tentang sesuatu perkara yang mereka sembunyikan sehingga mereka sendiri memberitahu saya.

4# Saya tidak sukakan filem-filem popular yang terlalu mendapat sambutan meluas dari pelbagai pihak. Filem-filem seperti Spiderman, Superman, Pirates Of The Caribbean dan Lords Of The Ring, Harry Porter (sekadar menyebut beberapa nama) memang bukan menjadi kegilaan saya. Ini termasuk filem Cinta dan Heart yang kononnya diwar-warkan sebagai filem mesti tonton. Kepelikan ini juga boleh dirasai dalam memilih lagu-lagu. Jika anda kata lagu Dealova tu sungguh merdu, saya tidak dapat merasainya.

5# Saya tidak menggunakan otak kiri sepenuhnya. Otak kanan saya lebih pantas memproses dan penggunaannya berada di tahap maksima. Kerana itu saya suka membaca pelbagai genre buku, daripada satu genre yang ringan sehinggalah kepada genre yang berat. Namakanlah: Falsafah, politik, agama, sastera, humor, ekonomi, fiksyen, sejarah, teknologi ataupun misteri. Walaupun menyedari sesetengah buku adalah ekstrim untuk diri saya, saya tidak kisah membacanya jika ia mempunyai intipati yang menarik dan memberangsangkan (dalam ertikata yang baik).

Kerana kepelikan ini, ada seorang kawan saya yang asalnya berniat meminjam buku-buku saya terus membatalkan niatnya dan mengatakan saya seorang yang pelik. Satu-satunya buku yang boleh menarik kawan-kawan saya meninjau rak-rak buku saya ialah komik Detektif Conan! Haha.

6# Otak saya sentiasa berfikir, sentiasa sibuk bekerja. Kadang-kadang terlalu banyak yang difikirkan dalam satu-satu masa. Ia membuatkan saya bingung dan resah jika masih ada kerja-kerja tertunggak yang belum diselesaikan. Untuk masalah ini, saya mengajar diri untuk membuat to-do-list setiap hari. Kadang-kadang saya mempunyai 2 atau 3 to-do-list untuk satu hari yang sama, jika ia melibatkan hal-hal penting yang memerlukan persiapan yang spesifik. Mulanya kebiasaan ini hanyalah apabila menghadapi saat-saat genting saja. Tetapi kemudiaanya ia menjadi kebiasaan yang amat pelik apabila perkara yang mudah pun mahu dibuat to-do-list.

Fuh.. nasib baik hanya 6 saja yang perlu ditulis. Untuk melengkapkan 6 perkara pelik pun sudah sesukar ini. Nasib baik tak suruh tulis 10, ho ho. Selepas no 3#, saya berhenti seketika dan hanya menyambung semula pada pukul 11.37pm. Okay, itu saja. Oh ya! Nak tag siapa ya? Erm, belasah aje lah siapa-siapa. :p

  1. Mimik0
  2. Mieya
  3. Dhiey
  4. SMD
  5. Firdee
  6. Heliza

Kalau free tu, sudi-sudilah jawab tag ini ye. Tapi dalam list ni, tak jamin yang no 6 tu akan jawab. :)

Written by WaWa

June 10th, 2007 at 4:35 pm

Posted in Santai