Ramadhan 1428H

Ini tahun pertama saya berpuasa di perantauan. Seorang! Amna, Mimi, Hane, Aimi dan kawan-kawan di KDU dulu yang sekarang ‘tercampak’ di merata tempat di NZ masih ada ramai rakan-rakan Melayu untuk berpuasa dan berbuka bersama-sama. Saya di sini, dah lah seorang saja *rakan-rakan Islam antarabangsa tak kira ok*, bazaar Ramadhan pun tak ada. Adoi~
Apapun, sempena bulan mulia penuh berkat ini, saya dengan sukacita ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca FaWaRi.net dan kepada pelajar-pelajar di rantauan, selamat berpuasa di rantau orang.
Semoga Allah memberkati kita semua.