Blog FaWaRi dotNET

Mahu bertaraf dunia

with 26 comments

Dulu, UM pernah menduduki 100 universiti terbaik dunia. Itu dulu, dulu. Sekarang ni, mahu cari nama Malaysia dalam 200 universiti terbaik dunia pun tidak ada.

Minggu lepas, Agensi Kelayakan Malaysia, melalui kajian yang dijalankan mendapati tidak ada satu daripada 17 IPTA di Malaysia mencapai taraf dunia, dengan USM mencapai tahap cemerlang diikuti UIA, UiTM, UKM, UM dan UPM.

Hari ini, Datuk Mustapha kata kementerian akan mengenal pasti beberapa universiti untuk dinaik taraf sejajar usaha mencapai matlamat untuk mempunyai universiti bertaraf dunia, melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

Kata Datuk Mustapha lagi, kementerian juga mahu meminta pensyarah-pensyarah Malaysia yang bertugas di luar negara untuk kembali mengajar di Malaysia selain mahu menambah bilangan pensyarah-pensyarah asing dari Eropah.

Kita memang berminat untuk menambah bilangan pensyarah asing terutama dari Eropah, bagaimanapun masalah kewangan menjadi antara kekangan utama yang dihadapi ketika ini1.

Hi hi. Sampai part tu saya ketawa mengekek-ngekek. Belanja RM95 juta hantar seorang pelancong angkasa (baca: angkasawan negara) ke ISS tidak pula jadi masalah.

Ha ha. Adeh, sakit pula perut aku ketawa.

UPDATE 081107 2158:
Untuk tahun 2006, melalui Times Higher Education Supplement, UKM menduduki tangga ke 185 (289 pada 2005) manakala UM berada di tangga 192 (169 pada 2005).

Footnotes:
  1. Dua universiti bakal bertaraf dunia []

Written by WaWa

November 5th, 2007 at 10:16 am

Posted in Malaysia,Pendapat