FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Smoking Ban

Yay! Smoking ban di England bermula hari ini. Maksudnya tak akan ada lagi yang boleh merokok dalam premis yang ada atap dan dinding. Hoho. Pejabat, kompleks membeli-belah, hotel, pub, sekolah-sekolah, universiti, halls of residence, kenderaan awam, namakan apa saja. Hanya merokok di rumah dibenarkan. Tapi, jika anda usahawan internet yang bekerja di rumah, anda perlu jadikan ia kawasan larangan merokok jika anda mempunyai staf dan jika anda turut menerima kunjungan kerap encik posmen.

Jika ada yang menyangka undang-undang ini dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah menggalakkan orang ramai untuk berhenti merokok, tanggapan itu silap. Motif utama ia dilaksanakan sebenarnya adalah untuk mengurangkan kadar kematian mereka yang menyedut asap rokok. Hei, kajian menganggarkan lebih 600 orang yang mati setiap tahun adalah daripada mereka yang tak merokok! Ya lah, kau hisap rokok tapi kau hembus asap rokok keluar. Tengok siapa yang sedut? Orang-orang di sekeliling kau. Dalam tidak sedar, kau dah jadi pembunuh! Tujuan kedua barulah berharap agar perokok tegar berhenti merokok.

Bagaimana pula di Malaysia? Asyik cerita pasal England saja. Saya tak tahu sejauh mana keberkesanan kempen “Tak Nak”, tapi saya sendiri, jika saya sebagai perokok tegar, setakat kempen “katakan tidak kepada rokok” itu tidak akan memberi apa-apa kesan kepada saya. Tambah lagi jika saya sudah merokok selama 20 puluh tahun. Setakat kempen begitu, anggap saja ia macam angin yang berlalu! Penguatkuasaan juga tidak ketat. Err.. contoh terbaik, kalau anda masih ingat tahun lepas timbul isu ahli-ahli parlimen merokok di dalam bangunan parlimen, yang merupakan kawasan larangan merokok. Jangan sekadar berkempen menghabiskan wang untuk pengiklanan, tapi pelaksanaannya tidak segah seperti yang dihebahkan.

Pesanan saya, daripada anda menghabiskan duit untuk membeli rokok untuk membunuh diri dan orang yang tersayang, adalah lebih baik, err.. anda tanam pokok bunga!

Lawatan sambil belajar:
Smokefree England

26 Comments

1  amna

aku sudah mem-bookmark kan fawaridotnet.
semoga mendapat lbey byk lagi komen dar aku.
cheers! keke.
p/s:ada sesuatu yg klaka yg aku nk btaw ko dr bulan lepas lg. salu aku lupa. dem. haha.

Written on July 1, 2007 at 12:20 pm

2  WaWa

welkem to da klub, arm. haha. err.. ape yg klaka yg ko nk btau aku? meh sini bisik. hoho. weh, bek ko g tdo. esok ko ade orientasi kan? haha.. nnt bgn lewat, pdn muka.

Written on July 1, 2007 at 12:27 pm

3  kaSyah

yes…kat mesia menghabiskan lagi duit rakyat adakah. buat iklan2 yg tak berkesan sgt..

jgn la merokok..malas aku nak ckp byk kali kat dorang…huhu

ps- aku sudah upload lagu Way Back Into Love . ada pun mybloglog :D

Written on July 1, 2007 at 12:43 pm

4  dhiey

dah nama pun malaysia kan…
“hangat2 tahi ayam je” biasanya..
*berniat mahu berhijrah ke england
hahaha.

Written on July 1, 2007 at 2:27 pm

5  Syafrizal

Hehe kat malaysia mmg ramai sgt merokok. Tk kira laki ke pompuan ke. Abis duit kerajaan buat iklan tapi macam takder benda je. Apa2 pun kalau nak berhenti merokok, kene la start dari diri sendiri.

Written on July 1, 2007 at 2:59 pm

6  mohdismail

*angkat tangan*

saya cik wawa… sy tak merokok… suci bersih dada sy dari asap rokok…

he he.. cik wawa benci sy lagi?

*senyum penuh harapan*

Written on July 1, 2007 at 3:17 pm

7  WaWa

tp kat msia, kalo tgk pompuan merokok, rasa mcm janggal. entah lah.

Written on July 1, 2007 at 3:20 pm

8  Wizurai

Mail, tapi mesti ko terdedah dgn asap rokok jugak kan w/pun ko tak isap rokok?
aku teka je… sebab yg lebih parah org yg terdedah pd asap rokok kepunyaan perokok lain… bukan aku cakap… Kementerian bgtau… bermakna dada tak suci dr asap rokok agaknya…

Written on July 1, 2007 at 3:43 pm

9  zaki

Kempen tak nak kat mesia macam nak tak nak….

cuba jual dunhill 20 RM 15 sekotak…baru padan muka…

Written on July 1, 2007 at 5:14 pm

10  azrn

kempen “tak nak merokok” dah mcm jadi kempem “nak tak merokok?” hahaha…

Written on July 1, 2007 at 7:04 pm

11  azrn

wieh aku pon nk taw gak ape benda kelakar tersebut… huhuhu…buat la cara org semangat nk berorientasi skit! chaiyok!!!~

Written on July 1, 2007 at 7:06 pm

12  WaWa

haha. sebok la ko. ntah2 ni rahsia antara aku dan amna je. oh ye, kat sana dh pagi. die tgh bersiap2 nk g orientasi kot. haha.

Written on July 1, 2007 at 7:12 pm

13  WaWa

kalo perokok tegar, dia akan beli! haha.

Written on July 1, 2007 at 11:34 pm

14  adila

adeh….penat tangan ni naip.
tadi lupa nak jawab 8+7 tu soklan tu…
alangkah indahnya hidup ini kalau sentiasa diliputi udara segar dan nyaman…bebasdari kepulan asap rokok yang dihembus…

Written on July 2, 2007 at 12:58 am

15  shutterspeaks

berita yg aku baca hari ini, singapura juga telah haramkan rokok di kelab2 malam, perrghh, Malaysia patut ikut ini, dan Malaysia patut tambah, haramkan sekali minum keras di kelab2 malam.

Written on July 2, 2007 at 5:30 am

16  azrn

hahaha…. dah selesai kot orientasi beliau skrang ni… hahaha…kan dah ptg.

Written on July 2, 2007 at 5:49 am

17  Yattie

iyer la cik wawa.
sian aku tgk abg2 aku.asik batuk2 je skg ni sbb mrokok.

ala,poyo je wat kempen tak nak tu tak nak ni.
kalo haramkan jualan dia kan snang.
biar prokok tegar alami kemurungan skejap.haha.

merokok..ehm..sdap..haha.

Written on July 2, 2007 at 6:50 am

18  aarin

Saya menyokong larangan merokok ini..paru2 ini dah tak larat nak sedut semna asap rokok yg dihembus2 oleh perokok tegar ini…

Written on July 2, 2007 at 9:53 am

19  Rjuna

saya tidak merokok, jadi berapa agaknya kebarangkalian yang saya perolehi, untuk menjadi bakal suami kamu? ngahaha aje giler

Written on July 2, 2007 at 10:44 am

20  WaWa

err.. tu tak masuk dlm topik kot. haha.

Written on July 2, 2007 at 11:00 am

21  mohdismail

oit… potong line aku!

Written on July 2, 2007 at 11:09 am

22  amna

pasal aku orientasi pon bole terdedah di ruangan komen ko kan. mmg http://WWW. haha

Written on July 3, 2007 at 11:23 am

23  WaWa

biase la. ko tau la aku ngan azrn. haha. jgn la marah sis! :p

Written on July 4, 2007 at 10:49 am

24  Ringkasan Esklusif : Julai 2007 -- FaWaRidotNet

[...] Katakan Selamat “Jalan” Kepada Asap Rokok Kempen tak nak kat mesia macam nak tak nak…. cuba jual dunhill 20 RM 15 sekotak…baru padan muka… - Zaki [...]

Written on August 1, 2007 at 1:20 pm

25  rizman

jangan la mahal sangat mati la aku.tak nak! haha

Written on September 11, 2007 at 3:25 am

26  Kembara Santai #2 2007 at FaWaRi dot net

[...] England memulakan bulan Julai tahun ini dengan menguatkuasakan undang-undang larangan merokok di premis-premis seperti bar, restaurant, hotel, ofis, universiti, sekolah dan tidak ketinggalan [...]

Written on December 31, 2007 at 1:21 pm

Leave a Comment