16
Jom beli bola!
Published by WaWa, under Dunia, Kritikan, Malaysia. 33 Comments.
Thaksin beli kelab bola sepak Manchester City dengan kos RM554.2 juta. Akhbar tempatan pula mendakwa Thaksin menggunakan medium bola sepak dengan tujuan bermain (dan mencampuri) politik Thailand. Dalam masa yang sama, mereka memuji Thaksin kerana keputusan mengambil tiga pemain tempatan untuk bermain dengan Manchester City.
Nah! Apa yang ditunggu lagi Malaysia? Kita belanja setakat RM95 juta untuk program angkasawan. Kemudian ada perancangan untuk membeli kapsul Soyuz yang membawa angkasawan negara pertama yang dikasihi rakyat Malaysia (terutama sekali gadis-gadis pingitan) ke angkasa. Maka, apa salahnya kita belanja pula RM544.2 juta untuk beli kelab bola sepak Inggeris? Kemudian serapkan beberapa pemain tempatan ke dalam pasukan itu. Nah, dengan mudah kita berjaya mencapai impian sekian lama untuk melihat orang Malaysia beraksi di Liga Perdana Inggeris.
Kemudian pak menteri boleh usulkan tarikh bersejarah dan anggap sebagai cuti umum kemasukan pemain tempatan ke kelab bola sepak Inggeris.
Harum lagi nama Malaysia. Yay! Malaysia boleh.

The Jom beli bola! by FaWaRi dot net, unless otherwise expressly stated, is licensed under a Creative Commons Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia License.
33 Comments
Hahahahah, jom beli bola sama2
Written on November 17, 2007 at 3:49 am
3 Qaiyum
Aku Cadangkan Malaysia Beli Kelab Bola Sepak Divisyen 2 Iaitu Wycombe FC. Hahaha..
Written on November 17, 2007 at 4:53 am
Aku nak beli bola cap Adidas tu. Berapa sekilo?
Written on November 17, 2007 at 5:23 am
5 WaWa
Wycombe FC? hah. bagus juga. dekat je dgn aku. boleh aku lawat diaorang, pemain2 tempatan yang berjaya diserap masuk ke kelab bola sepak Inggeris. ![]()
Written on November 17, 2007 at 10:23 am
6 azrn
aku terpikir ade ke kelab bola inggeris yang nak berurusniaga dgn kita? hurmm…
Written on November 17, 2007 at 12:17 pm
7 syuxx
wahh, btol tu ! malaysia boleh !!
sampai bila2 pun boleh2 je. btol tak?
Written on November 17, 2007 at 12:35 pm
8 mimi
boleh land…anything also can..nothing is impossible…impossible is nothing
Written on November 17, 2007 at 1:01 pm
9 kumb@ng
sebelum harga naik…baik beli cepat-cepat… ![]()
Written on November 17, 2007 at 1:47 pm
10 WaWa
haha. asalkan ade duit.. nak je diaorg tu. ![]()
Written on November 17, 2007 at 2:17 pm
11 WaWa
perli baekkk punya. haha.
Written on November 17, 2007 at 2:18 pm
12 ryann
memang penuh sinikal bunyinya. tetapi cara apa lagi untuk kasi orang faham kan. orang malaysiakan minat bola. mesti ramai sokong punya
Written on November 17, 2007 at 5:06 pm
13 zaki
Maybe better beli EPL. Ada good exposure and credibility.
Proton pun la nie tgh sponsor Norwich City apa….Adalah sikit campur tangan anak syarikat Mesia kat sana….
Tapi dulu kata nak bawak player mesia main kat norwich tapi tak tau la cam na….
Written on November 17, 2007 at 6:35 pm
14 zaki
wawa….
mintak tolong nak tanya sikit..out of topic sikit….harga petrol la ni kat sana berapa pound? Saja chek mau tanya….
dulu time chek kat sana 1999…harga dia around 0.60 - 0.70 pound per liter…
La ni mesti dah mahal kan…..
Written on November 17, 2007 at 6:37 pm
15 WaWa
nanti saya pegi tengok berapa. hehe. beberapa minggu lepas ade tengok, tapi x ingat dah. tapi memang dah tinggi dari 0.70 tu.
Written on November 17, 2007 at 6:52 pm
16 WaWa
wah! kiranya idea saya dah basi la ye? haha. lagi cekap mereka rupanya. kagum! ![]()
Written on November 17, 2007 at 6:55 pm
17 od3n
chop! aku nk masuk~ ambikla aku. ball picker pn xpe.
Written on November 17, 2007 at 7:20 pm
18 sampulnak
hhooho.. sekrg harga petrol 1 pound satu liter.
haha. tiba2 menyampuk.
aku pelik sebenarnya sebab negara kita ni gila glamer.
hahah.
Written on November 18, 2007 at 6:42 am
19 tentangseseorang
masalahnya pasukan bila sepak negara kita, peringkat asia pun teruk nak lepas yet nak kata pasukan badminton dan hoki negara pun mengalami kemerosotan dari kutipan pingat dan ranking. walhal badminton dan hoki kita kemerosotan di peringkat dunia dan bola sepak di peringkat asia.
maybe setelah kita membeli kapal Soyuz (kalau negara kita beli la) pasukan bola sepak negara kita boleh menyertai liga angkasa dan mewakili bumi dalam pertandingan bola sepak. ahahahahaha
Written on November 18, 2007 at 8:53 am
20 od3n
aku setuju psl liga angkasa tuh. mentarik.
Written on November 18, 2007 at 9:10 am
21 eMpTycuBe
program “angkasawan” negara itu anyalah untuk mendapatkan NAMA bagi malaysia, ianya adalah satu program yang sangat membazir. dan pembetulan diperlukan. program tersebut menelan belanja hampir 100Juta USD dan bukan nnya 100juta Rm di mana berdasarkana statistic daripada ayahanda saya sendiri yang merupakan pegawai tertinggi kerajaan menyebut jika malaysia menggunakan duit tersebut untuk diberi kepada keluarga fakir dan miskin malaysia (yang tersenarai dalam jabatan kebajikan) sebanyak RM500 satu keluarga sebulan cukup untuk diberi selama 10-15 tahun kepada SEMUA fakir dan miskin berdasarkan turun naik quantity statistic. Fikirkanlah. perlukah kita berbangga program seperti angkasawan.
dan bayngkanlah project lain yang hanya membawa nama kepada sesetengah orang dan bukan kepada kebaikan rakyat sendiri. wajarkah.?… ehmm
Malaysia mmg boleh… tapi boleh tak tengok orang lain.. ceh
Written on November 18, 2007 at 6:08 pm
22 WaWa
komen yang menarik. tapi siapa yang bercakap pasal isu angkasawan di sini? kita cakap pasal bola lah kawan.
cuba fikir, kalau setakat bagi RM500 sebulan kepada setiap keluarga fakir dan miskin, masih tak dapat menampung jumlah perbelanjaan mereka sekeluarga setiap bulan. bayangkan lagi kalau setiap keluarga fakir atau miskin ada 7 orang ahli, 2 ibubapa dan 5 orang anak. hah, memang tak cukup. tapi ini kes lain lah pula.
err.. kita kan sedang bincang pasal bola. hehe.
Written on November 18, 2007 at 10:40 pm
23 Black Zedd
Greetings Wawa.
If we can’t manage our own local football team, then EPL is too much for us. I think the money will be better spent by ‘buying’ the team managers. Think of what 500mil bucks can do. We can then influence them to:
-Adopt all local players to represent the team.
-Get Malaysian GLCs to sponsor the team with a ridiculously cheap funding
-Chanting ‘Malaysia Boleh!’ every time they score
-Enforcing ‘no outside food allowed’ policy except for our ketupat and rendang during match days
-Don batik jersey for each match (It’s not going to be a good sight)
This is far more effective in promoting the Malaysian culture to the world, with greater ROI. Best of all, people will not realize we’re behind the move!
More on Malaysian corporate sarcasm in my blog
Written on November 18, 2007 at 11:40 pm
24 Nasha
Thaksin banyak duit bolehlah beli, al-maklum ler…
Malaysia? 500 juta? Dulu F1 pun..sampai tarik2 rambut. ![]()
Written on November 19, 2007 at 12:52 am
25 megat
apa yang derang maksudkan dengan “malaysia boleh”!? jangan hanya boleh dimulut kan!? mahu disertakan sekali dengan plan dan usaha!
Written on November 19, 2007 at 1:39 am
26 a.o
presiden thaksin tu kapir. HAHAHA
Written on November 19, 2007 at 3:16 am
27 hafifi
membazir je sume 2..klu derma kat anak2 yatim dah betul..
Written on November 19, 2007 at 3:42 am
28 azrn
hahahahaaha… nak gelak! nak gelak! ahahahhahaa…. urmm… wawa, tetiba teringat kisah “pelik tapi benar” tu. hahaha… sorry off topik sat
Written on November 19, 2007 at 7:47 am
29 eMpTycuBe
haha itu perumpamaan kes sbenar wawa/// kalau duit tu buat bende lain lagi bagus.. isu bola nie sebenarnya terletak pada yang menguruskannya..hal nak beli2 nie..ehmm kalau bagi aku..membazir..macam black zedd cakap… betulnyer agak ketara di situ… byk lagi kalau nak kait kan..cume berita di malaysia tak open semua… sama seperti kes proton taja norwich dulu..ada isu tersembunyi… norwich skang pun dah jatuh division…ehmm… itu sume populariti… hutang malaysia puluh billion nak beli bende lain..ceh
Written on November 19, 2007 at 8:51 am
30 WaWa
amna, thaksin bukan lagi presiden. kasihan kan. ![]()
Written on November 19, 2007 at 9:45 am
31 a.o
kesiannya. anak bini dia sapa nak tanggung? ![]()
Written on November 19, 2007 at 10:26 am
32 Adiratna
Bola skang harga sekilo berapa?
Written on November 27, 2007 at 6:05 am
33 fadhilalfarouq
Saya memang minat dgn isu bola ni……
coz saya pemain bola sepak(tp peringkat sekolah je)…
sememmangnya Malaysia sudah menempah nama di Liga Inggeris…….
tp bukan dari para pemain….
ianya hadir melalui industri pelancongan kita sempena Tahun Melawat Malaysia……
dengan menggunakan kelab gergasi dunia Man.Utd….
kita mempromosikan negara kita…….
perjanjian termeterai antara tiga pihak(Air Asia, KPM, MUFC)……
namun kita masih ketagih utk melihat pemain Malaysia beraksi di Liga mereka yg di nobatkan sebagai Liga Terbaik Dunia……
kita menunggu klon SuperMokh kembali semula…..
tp apa yg dapat di simpulkan dunia sukan hari ini di campuradukkan dgn POLITIK…….
memang tidak dinafikan politik memainkan peranan
penting dlm memajukan sukan sesebuah negara……..sebagai
contoh pasukan Myteam yg ada di Malaysia…..
semoga Malaysia terus maju dlm mengejar arus pembangunan negara kita…….
biar kita mengambil dan meniru peradaban barat tetapi
jgn mengambil budaya mereka yg jelas lari dr landasan agama kita………
![]()
Written on December 5, 2007 at 9:35 am
1 farhan
sarcastic la ko punya entri ni..tp dgn KJ sbg timb pres FAM, takde yg mustahil baginya..
Written on November 17, 2007 at 12:58 am