Ada apa dengan Malaysia?
Saya telah di-tagged oleh Rjuna, sempena hari kemerdekaan 50 tahun Semenanjung Malaysia (dahulu Tanah Melayu) pada 31 Ogos nanti. Tag ini dinamakan ‘Pesta Tag Merdeka 50′. Syarat penyertaannya adalah:
- Sebarkan tag ini dengan memilih 5 orang penulis blog yang kita suka
- Entri untuk tag ini mestilah panjang
Baik, sila mulakan entri anda dengan:
Saya bangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana…
Saya bangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana dengan Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan etnik, setiap seorang daripada rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis makanan tradisi DAN mempelajari adat resam serta budaya sesebuah kaum dan etnik. Ini secara tidak langsung menjadikan saya sendiri sebagai seorang rakyat Malaysia yang kaya dengan keunikkan tradisi, adat resam, budaya dan jenis makanan dari setiap kaum dan etnik. Beritahulah saya, negara mana lagi yang penduduknya memperakui budaya sesuatu kaum itu juga adalah budaya mereka? Hanya di Malaysia saja. Satu bonus kepada saya ialah saya berasal dari negeri Sabah di bawah Bayu, yang terletak di pulau Borneo selain Sarawak Bumi Kenyalang, dan berketurunan Dusun. Etnik Dusun asal-usulnya juga sudah unik, apatah lagi dengan keunikkan negeri Sabah sendiri di dalam Malaysia. Maka, selain dari menjadi Dusun-Bumiputera Sabah, saya juga adalah Melayu. Oh ya, pastinya, saya juga adalah bangsa Malaysia.
Selain daripada apa yang saya senaraikan di atas yang menjadi kebanggaan saya, tiga orang rakyat Cina Malaysia di sini pernah memberitahu rakan saya yang berbangsa Cina dari Hong Kong tentang uniknya rakyat Malaysia ialah apabila rakyatnya boleh menguasai TIGA bahasa. Bahasa Melayu (sekarang bahasa Malaysia), bahasa Inggeris dan bahasa Cina (Kantonis atau Mandarin atau kedua-duanya). Bila rakan saya ini menyatakan kekagumannya kepada saya, saya juga turut berasa bangga, walau pada hakikatnya, saya tidak boleh berbahasa Cina (tapi saya boleh faham Dusun). Anda tidak boleh ketawakan saya kerana kebanggaan saya itu, kerana apabila mendengar seorang rakyat Cina Malaysia memberitahu begitu kepada seseorang dari negara lain, itu menunjukkan betapa beliau juga bangga dengan Malaysia. Maka, kenapa tidak saya juga berasa bangga atas perkara sama?
Sampulnak sendiri pandai bahasa Tagalog dan Cina selain bahasa Melayu dan English, dan Sankai pula, saya percaya pandai bahasa Bugis, kan?
Seperkara yang terakhir, saya mengharapkan agar Malaysia akan menjadi sebuah negara multiculturalism yang bebas dari sebarang anasir rasis keterlaluan yang tidak pun menyumbang kepada kemajuan negara samada secara ilmiahnya, ekonominya, politiknya, sosialnya, budayanya, kemajuan pembangunannya ataupun agama anutan bagi masyarakat majmuk.
Baik! Karangan tamat. *mod-mengesat-peluh* Tiba masanya untuk meng-tag pemblog lain pula. Jeng, jeng, jeng… Pesta Tag Merdeka ini saya hadiahkan dengan penuh sukacitanya kepada:
- Miss Amna of Wellington
- Miss Mimi of Auckland
- Miss Aimi of Dunedin
- Miss Azrn of Skudai
- Mr Sul of Edinburgh
Sahabat-sahabatku yang berempat dan rakan baru dari Edinburgh, sudi-sudilah kiranya untuk menjawab tag ini ye. Dan kalau dah sudah, sila beritahu kami di sini, mahu juga membaca pandangan pelajar-pelajar luar negara ni (Dan! Luar Kuala Lumpur! Hehe..).
Oh ya ini! Buah tangan dari Haneza untuk tatapan anda (disimpan, ditampal dan dipamer dengan izin):