*Kadang-kadang, untuk mengetengahkan sesuatu perkara, tak perlu entri yang panjang.*
Pagi tadi, Rashid dari Bahrain mengatakan tidak perlu (atau bolehkah saya gantikan dengan “wajib”?) seseorang untuk memasuki Islam jika mahu berkahwin dengan seorang Muslim. Dakwa beliau, seseorang itu hanya perlu percaya kepada Tuhan; contohnya seperti Kristian. Asal saja dia percaya wujudnya Tuhan, maka tidak perlu meminta mereka untuk masuk Islam, jika sebaliknya, barulah mereka diwajibkan untuk memeluk Islam terlebih dahulu sebelum berkahwin.
Nah. Saya speechless. Saya tahu saya jahil tapi, oh.. aduh.. sungguh.., speechless.
ah!
mcm2 jela org2 Arab neh..
(harap2 lepas komen kali neh)
wah.. so’od in the house.. hehe..
serius weh, aku terkejut gila bila dia ckp mcm tu. asal eh?
(selama ni ko try komen, tak lepas ke?).
wa,
aku penah try komen 2-3 kali.. tp time tu tahap kebengongan (bukan aku!) melampau-lampau.. x lepas komen aku.. ingat ko boikot aku.. heheh..
bukan Arab je weh.. org Indon pun ade gak camtu.. nauzubillah.. kene refer ustaz balik ar..
oh ye ke? haa.. skrg mungkin dah takde hal dah. aku dah disable-kan tu pengiraan math. insyaAllah, xde masalah kot.
apa yg dia cakap tu betul tp tak habis cerita, dulu perkahwinan antara islam dan kristian di benarkan atas dasar bahawa rumpun agamanya adalah sama. memang ada pon hukum ni. dia sebut sebagai perkahwinan dengan ahli kitab, atau perkahwinan dengan yg agamanya berasaskan kitab Allah. injil zabur quran.
tp macam di malaysia sendiri pon dah dikeluarkan fatwa bahawa perkahwinan ini sudah tidak dibenarkan kerana sudah tidak mengamalkan agama mereka sebagaimana yang sepatutnya (dah takda ahli kitab sejati). tp di Indonesia katanya masih boleh.
tp basically what he said tu ada betul ada salah, like always arab tu tak faham cerita/hukum
yaps..di indonesia masih mengamalkan benda nie…sebenarnya memang di benarkan kan pun seorang lelaki muslim berkahwin dengan perempuan yang beragama asal saja si lelaki itu mengikut ajaran inslamyang betul dan dia mampu menjaga isterinya…..kalu masuk islam pun tapi perangai cam haramm pun tak guna jugak…..
itu cerita dulu kan en karlbum? bila en karlbum cerita, baru saya igt blk psl sejarah2 islam mase di ajar di sekolah agama dulu. tapi skrg ni, ia masih dibolehkan ke dlm islam (kecuali msia yg mmg dh keluar-kan fatwa)?
hukum islam adalah tetap dari dulu hingga sekarang..yang berubah cuma islam di negara malaysia..gua negara jepun…ha ha ha….
btw perkahwinan ini satu hala sahaja, meaning muslim lelaki boleh kawin dengan christian/jew perempuan tetapi tidak sebaliknya
oh..begitu ke?
aku masih jahil pasal mende ni
mcm tu pulak? aih.. tapi logik juga sbb dlm islam pun, isteri cuma bole menasihati si suami kalo si suami mengamalkan sesuatu yang bertentangan. dan mmg menjadi tugas si suami untuk membimbing isteri. kan?
Inikah yang dikatakan ISLAM LIBERAL?
Tak silap aku Shah Rukh Khan dia ikut macam tu, pastu anak dia bila dah cukup umur, boleh pilih or anut agama yang mereka suka.
kat Malaysia ada pihak yang mahu laksanakan Islam sebegini, namun ditentang habis-habisan.
hummm citer tak abis ni kot… kang kompius plak orang
Kalo memang abis setakat tu, mmg jahil ar. Huhuh.
wuh. panas betul konversasi di atas. aku senyap sebab aku pon jahil. sama-sama islam la senang. jamin tak salah. =)
betul tu. kalo sama-sama islam, mmg jamin ar..kan?
betul. sebab aku rasa aku jahil, sama-sama islam lah senang. tak pon, orang itu bersedia untuk memeluk islam dan mengamal ajarannya.
Hihi… perkara ni ada dibincangkan dalam kelas Islam & Isu-Isu Semasa aku pagi tadi.
Tp tatau laa…hal berkaitan dgn kahwin tanpa perlu masuk Islam ni macam mana.
Cuma ada ustazah aku ckp, mmg pada zmn pemerintahan islam dulu, adanya peraturan kahwin tanpa perlu masuk agama islam. Yang penting, orang tersebut kenalah berasal dari agama samawi. Antara tujuan dia, supaya dpt menghasut secara slow2 org kristian or jewish masok islam. Perkahwinan kan salah satu cara meluaskan agama.
Pemahaman Org-org arab maybe masih berada di takuk yg lama. Bak kata ustazah aku lg, diorg tu ibarat Misguided Muslims. setengah Org indon pon mcm tu jugak. Pernah ko tgk citer indon, dlm umah ada mcm patung berhala. Tapi dia ngaku Islam or maybe ni lah Islam Liberal. Ishk2…
Apa lah nak jadi dengan dunia kan…?! Just my 2cents of thoughts… no offense.
wah.. ko bawak isu ni masuk dlm kelas atau secara kebetulan isu ni dibincangkan dlm kelas ko? hurm.. itulah. bila jadi misguided muslims, kalo diantara diaorg2 saja tak mengapa. ni dia announce dlm kelas ok. dan tanpa explaination lanjut. menyebabkan org-org bukan islam MUNGKIN akn slh faham. hah! camne tu?
tq…aku banyak belajar today.
aku pun xperasan skrang ni banyak misguided muslims.
kiranya zaman dulu ada sebab-musabab perkahwinan begini.thanks again.
tp coP! bukan kawin dgn org biasa, hanya ahli kitab je bole…
so kasyah, amek lah subjek Islam & Isu-Isu Semasa. Dengar nama subjek pon kiter bole tahu pasal isu2 tentang Islam. hehehe…
betul tu wawa, itu kalo dpt ngan org bukan islam, diorg salah faham takpe lagi. kalo dpt dgn org islam yang tak kuat iman, jenis fikir betul je kata org arab, haaa..lagi naya. silap2 diorg pon ikot jadi Misguided Muslims.
betol. kalo org islam yg taklid buta ni, haa.. mst dorang akn fikir, ok, islam benarkan diaorg kawin dgn penganut agama samawi. pastu sesuka hati je la. susah!
bukan islam berfikiran serong, bole tahan lagi. tapi kalo islam, dan terpesong, satu penyesalan besar. kerana gagal membimbing, atau salah bimbingan, bakal kehilangan satu saudara kita. alangkah ruginya. nauzubillah. bicara kristian, banyak btol para penyebar kristian di kolej aku. promot gila2 kat orang pkai tudung je tuh. bagi flyers, tapi jalan 2-3 tapak, aku campak dalam tong. baca pon tak. baik aku x payah baca. selamat mata dan mata hati aku. huhu
oh oh!
sungguh serong itu lelaki.
emmm. indon pun macam gitu.
erk! mamat tu muslim ke wa?
hoho. ya, dia muslim. nama pon rashid. hehe. oh, sahabat dia, yang bernama muhammad mengiyakan dakwaannya itu.
dulu boleh pakai kawin interfaith ni, tp skarang ni setahu aku dah takleh, sebab takda ahli kitab/penganut agama samawi (agama langit) yang betul betul mengamalkan ajaran agama dia sendiri. sbb cam kita ngan yahudi, kita boleh makan masakan dia sbb dia pon tak makan babi (kosher) tp kalau dia dah tak amal memang tak bleh la, tu la dulu keluar fatwa takleh kawin interfaith ni dah.
apa-apa pun boleh google sbb ni dah kol 4 pagi and otak aku baru bangun tido and masih weng :p
bile dah kol 9 pagi, boleh explain lagi, bila otak dah tak weng. hehe.
mungkin org arab ni masih berpegang dengan ajaran dan mengaplikasikan dengan keadaan sekarang. entah.
[...] Contact « Kepercayaan Kepada Tuhan [...]
hehe… isu perkahwinan lelaki muslim dengan wanita kitabiyah / ahli kitab ini boleh dikatakan “pelik” di Tanah Melayu.
Saya kurang bersetuju dengan pelabelan “Islam Liberal” kepada pihak tertentu dalam isu ini kerana hukum perkahwinan sebegini disebut dalam kitab fiqh.
kendatipun, saya tidak mahu mengulas lanjut sebab … ini adalah blog wawa! hehe… dalam blog saya pun saya enggan mengulas lanjut sebab tidak sesuai dengan audiens pembaca.
blog saya yang dulu (yang sosio-politik tu) pernah saya tulis pendek isu ini, tetapi biasalah, masyarakat Tanah Melayu “pelik” dengan pendapat sebegini. tidak semua yang tertulis dalam kitab fiqh itu perlu kita tulis dalam blog khususnya apabila keadaan setempat tidak begitu membenarkan.
apapun, pokok utama dalam isu ini adalah bermula dari:
“siapa ahli kitab?”
hmmm…klu ada 1000 orang, of course mesti ada 1000 perangai dan fikiran yg berlainan…ni la salah satunya…masyaallah…sepatutnya dorang la yg lebih arif tentang agama, tp ni dah mcm terbalik dah ni…dah akhir zaman dah ni…
Dlm al-Quran tlah jelaskan bahawa lelaki Muslim dibenarkan berkahwin dengan wanita Islam & wanita yang menganuti agama Samawi(Christian,Yahudi & Hanif) & tidak kepada agama selain golongan AlKitab seperti Hindu,Sikh,Buddha dan sebagainya…sebaliknya wanita Islam diharamkan drpd berkahwin seorang lelaki selain Muslim.mengapa orang Islam pada masa kini sering kali membuat Fatwa yang direka sendiri tentang perkahwinan antara lelaki Muslim & wanita Kristian di Malaysia & hanya bergalak seperti Allah?sedangkan Allah SWT telah menghalalkan juga perkahwinan antara lelaki Islam dgn wanita Kristian@Yahudi dan bulat2 dijelaskan.hal hukum perkahwinan ini bukannya seperti hukum meminum arak di mana ayat2 tentang hukum minum arak telah diturun kan secara beransur2 & akhirnya Allah berfirman bahawa Orang Islam dilarang meminum arak.Hukum ini amat jelas sekali.Kenapa umat Islam kini menidakkan hak seorang lelaki Muslim berkahwin dengan wanita Kristian yang disahkan bulat2 oleh Allah.ini kerana hukum ini ada hikmahnya & ada sebab Allah menghalalkannya.Seperti dalam perlembagan Malaysia yang direka oleh makhluk2 yang mempunyai DOSAnya,mereka sengaja me-reka2 hukum Allah ini.Allah maha pengasih terhadap umatnya.Golongan Kristian & Yahudi ialah golongan yang asing daripada Kaum Musyrik seperti Hindu,Buddha,&lain2 di sisi Allah & hanya Allah sahaja mempunyai kuasa untuk menghukum & mengadili golongan ini.Saya tidak bersetuju dengan undang2 Islam yg menidakkan ayat Alquran serta Hukum Allah SWT.Seperti kebanyakan negara seperti Indonesia,perlembagaan Indonesia tidak mengharamkan perkahwinan antara lelaki Muslim dgn wanita Kristian.Hal ini bersesuaian dgn Hukum alquran.hanya Malaysia sajalah yang Hipokrit terhadap kaum manusia yang tidak kira agama &bangsa pun.perlembagan Malaysia menyatakan “RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI KEBEBASAN MENGANUT AGAMA YANG MEREKA SUKAI” tetapi sebaliknya wanita bukan Islam harus menukar agamanya kepada Islam sekiranya berkahwin dgn lelaki Islam.memang patut!tapi tak patut terhadap wanita Kristian kerana mereka masih mempercayai Tuhan.Kenapa pihak berkuasa di Malaysia amat prejudis terhadap golongan ini?jadi siapa yang mempersoalkan pendapat saya nih fikir2la?.Nak menghukum sesuatu bukannya berdasarkn Nafsu,haruslah berdasarkan hukum Allah.
“siapa ahli kitab?” ,soalan ni dari PAKDI.
Jawapannya ialah Ahli Kitab = YAHUDI & KRISTIAN!
bukannya susah sangat pun soalan ni nak dijawab nye! yang pastinya lelaki Muslim boleh berkahwin dengan wanita ahli kitab iaitu Yahudi & Kristian.hukum perkahwinan ini masih halal hingga ke hari Kiamat!
Kita sebagai lelaki Muslim haruslah membantu kaum Kristian & Yahudi ke jalan yang benar & cuba memmperbetulkan akidahnya.Allah telah berfirman bahawa sesungguhnya Allah menghalalkan Kaum lelaki Muslim berkahwin dengan wanita Ahli Kitab(iaitu Kristian & Yahudi) & mengaharmkan Seorang wanita Muslim Berkahwin dgn Lelaki selain Muslim.kita tidak boleh memaksa mereka memeluk Islam.Ini adalah salah satu Dakwah Islamiah.
assalamualaikum!
Sebagai rakyat malaysia, topik di atas agak kontroversi & telah membawa saya dlm pencarian kpd persoalan yg dibincangkan disini & ingin berkongsi maklumat dgn anda semua. Perkahwinan diantara seorang muslim dgn nasrani & yahudi adalah DIBENARKAN dlm agama islam, walaupun pada zaman sekarang tidak ada lagi apa yg dikatakan sebagai ‘ahli kitab’. Sheikh Al-Qaradawi, Sheikh Ahmad Kutty dan ulamak2 yg terkemuka dunia telah memfatwakan perkara diatas berdasarkan Al Quran & hadis.
Namun begitu terdapat peraturan2/perjanjian & syarat2 yg ketat yg perlu dipatuhi sebelum seorang lelaki muslim mengahwini wanita nasrani ataupun yahudi. Secara ringkasnya:
Pertama:Sekiranya wanita tersebut benar2 ingin mengahwini lelaki muslim, dia hendaklah mengikut/menurut/mematuhi syarat2 & tatatertib atau halal/haramnya sesuatu perkara yg telah termaktub dlm islam. Contohnya, dia tidak boleh membawa patung/berhala utk disembah di dlm rumah, membawa minuman keras, memakan khinzir & sebagainya, tidak boleh memakai pakaian yg menjolok mata(tapi tidak perlu memakai tudung) & pergaulan antara bukan muhrim perlu mengikut ajaran islam.
Kedua:Isteri yg beragama nasrani & yahudi ini tidak boleh mengajar/memujuk/menyeru anak2 mereka dlm mempraktikkan amalan2 nasrani atau yahudi. Anak2 mereka harus didedahkan dgn ilmu2 agama islam sahaja yg sepatutnya menjadi tanggungjawab suami.
Ketiga:Sekiranya berlaku perceraian, anak2 mereka perlu mengikut ajaran islam & didaftarkan sebagai seorang muslim dr semenjak mereka lahir lagi. Bekas isteri boleh menjaga mereka tetapi tdk dibenarkan membawa mereka ke tempat2 suci seperti gereja, kuil & sebagainya.Tidak ada kompromi dlm perkara tersebut.
3 syarat atau perjanjian tersebut perlu dipatuhi oleh seorang wanita yg bersetuju utk mengahwini lelaki muslim walaupun enggan memeluk agama islam.’Perkahwinan campuran’ ini dibenarkan dlm islam adalah utk mengelakkan zina & sebagai usaha utk meyebarkan/menerapkan dgn penuh keikhlasan akan keindahan agama Allah ini secara halus(bkn dgn paksaan dgn memeluk islam) kepada isteri, ibu kpd anak2 mereka, insyaallah.Pokok pangkalnya adalah terpulang kpd suami. Adakah dia seorang yg patuh/taat/penyabar serta kuat amalannya?
Terakhir..namun begitu, perkahwinan antara lelaki muslim dgn wanita nasrani/yahudi masih TIDAK digalakkan kerana drpd kajian di seluruh dunia mendapati perkahwinan ini kebanyakannya berakhir dgn perceraian, kes mahkamah & pertikaian hak2 penjagaan anak2.
Wassalam.
Daripada pemahaman saya, bukan sahaja Kristian, Yahudi dan Hanif sahaja agama ahli kitab. Agama Hindu dan Buddha juga ahli kitab. Sila rujuk pada http://pasnationalunity.blogspot.com/2009/04/adakah-hindu-itu-ahli-kitab.html. Juga ahli kitab ni tetap kekal sampai ke hari kiamat tak kira berubah ke tak. So, apa conclusion dia?