FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Babak 1:
Anda berjalan-jalan di shopping complex, ditarik masuk ke kedai menjual barang-barang elektrik untuk satu peraduan gores dan menang. Janji mereka, anda boleh membawa pulang barang-barang yang dinyatakan dalam kad gores jika anda berjaya tanpa membayar apa-apa. Maka secara lumrahnya anda pun bersetuju sebab bagi anda, anda tidak akan rugi apa pun jika sekadar mencuba.

Babak 2:
Anda masuk ke dalam kedai, diminta mengisi borang yang entah untuk tujuan apa dan kemudian diberi kad gores untuk anda gores. Ada empat goresan. Goresan pertama anda berjaya mendapat ketuhar elektrik, goresan kedua anda kononnya berjaya membawa pulang pengisar makanan, goresan ketiga mendapat alat senaman perut dan goresan keempat anda mendapat set dapur elektrik. Wah, bertuahnya anda hari ini! Kesemua staf yang berada di kedai itu menjadi kecoh, kerana kononnya kejadian ini jarang-jarang berlaku. Mulalah mereka menyatakan kekaguman terhadap tuah anda dan meluahkan rasa tidak percaya. Anda pun berubah menjadi excited, terpengaruh dengan reaksi mereka agaknya. Seorang dari mereka akan kata, kita kena tanya bos dulu sebab tak pasti ini betul atau tidak.

Babak 3:
Mereka akan buat panggilan kepada “bos” dan “bos” itu akan minta untuk bercakap dengan anda. Anda pun akan ditanya, apakah anda mempunyai hubungan dengan salah seorang staf nya. Bertanya itu dan ini hanya sekadar untuk buat anda rasa lebih percaya anda akan membawa pulang keempat-empat hadiah yang baru saja anda menangi tadi. Telefon beralih kepada staf tadi, dan “bos” memberitahu bahawa anda layak untuk menang kesemua hadiah itu. Staf-staf lain akan bawa keluar barang-barang yang anda menang tu untuk tunjuk di hadapan anda.

Babak 4:
Salah seorang dari staf tu akan mula mencucuk jarum. Kata mereka, untuk bawa pulang hadiah-hadiah tersebut, anda perlu membeli satu daripada barangan promosi yang tertera di dalam majalah mereka. Mereka akan syorkan salah satu barangan yang kononnya adalah sepakej dengan salah satu hadiah anda. Dengan voucher yang anda dapat pada awal nya (dengan mengisi borang) anda boleh mendapat harga yang sedikit murah dari harga asal. Dalam contoh ini, voucher anda bernilai RM100. Maka, jika barangan harga yang mereka syorkan itu bernilai RM2799, anda hanya perlu membayar RM2699. Anda pun kata anda tidak ada wang tunai pada masa itu dan hanya mahukan hadiah-hadiah tadi. Voucher yang anda dapat itu juga anda mahu simpan dan akan gunakannya lain kali. Staf tersebut akan terus mendesak anda membeli barang promosi tadi, menggunakan kad kredit. Kata nya, anda juga boleh mendapat bonus jika menggunakan kad kredit.

Babak 5:
Pilihan 1 - Anda bayar RM2699 (samada dengan wang tunai atau kad kredit), bawa pulang kesemua hadiah yang anda menangi tu, menjadi duta mereka dan mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam majalah. Hati anda seronok kerana anda kononnya bertuah dan hati mereka juga senang kerana komisyen telah masuk dalam kocek masing-masing.
Pilihan 2 - Anda menolak kesemua hadiah dan hanya mengambil mug yang memang dah diberikan kepada anda semasa anda mula-mula mengisi borang. Anda pulang dengan rasa sedikit kecewa sebab tidak mendapat hadiah tersebut tapi lega kerana tahu anda tidak tertipu dan mereka pula mula bercakap-cakap sesama mereka betapa mereka gagal untuk mendapat seorang pelanggan hari ini. Oh ya, dan muka mereka begitu kelat sebab tidak mendapat apa-apa komisyen jualan.

Babak terakhir tu korang tentukan sendiri penamatnya. Terpulanglah kepada anda mahu membuat keputusan yang bagaimana. Termasuk hari ini, sudah kali ketiga saya bertemu dengan tiga orang yang hampir-hampir diperdayakan dan orang yang dah diperdayakan. Pertama kali adalah lebih kurang 7 tahun dulu, pakcik Chai, driver saya yang hampir diperdayakan. Kali kedua, diceritakan oleh seorang kawan bagaimana ayahnya membayar untuk hadiah yang dah dimenanginya (tapi tidak lah saya beritahu pada kawan saya tu yang mereka dah ditipu) dan kali ketiga terjadi kepada abah, petang tadi. Bila saya dipanggil masuk ke dalam kedai itu oleh abah dan tengok situasi mereka, saya dan Anwar masuk dengan selamba sambil membuat muka bosan. Orang kat kedai tu rasa pelik agaknya tengok saya tidak ghairah dengan “tuah” abah.

Lepas kami masuk ke kedai, abah beberapa kali cuba berdiri dan mahu keluar untuk hisap rokok. (Dalam kereta abah cakap dia mahu saya yang setel-kan.). Tapi masa tu, saya pula yang cakap kat abah “Abah, duduk.. duduk”. Lepas tu saya ajak Anwar pergi beli tat telur, haha. Lepas beli tat telur kami patah balik ke kedai itu dan lihat abah sudah tiada di sana. Saya tengok muka staf-staf tadi semuanya muram saja sambil berbual tentang sesuatu. Masa itu saya tahu lah yang abah cuma mengambil mug itu saja.

Diaorang tu cuma mahu duit saja. Eii.. bikin panas betul. - Abah

Tahukah kedai mana yang saya maksudkan? Nama kedai tu cuma ada empat huruf, bermula dengan huruf A dan berakhir dengan huruf A juga. Yang saya cuma boleh kasihankan mereka adalah, taktik menarik pelanggan tu memang dah basi. Bayangkan jika situasi ini terjadi dengan driver saya 7 tahun lepas, maka taktik mereka ni dah hampir 1 dekad. Haha. Oi oi, upah perancang strategi baru lah wei! Yang lama tu kau suruh dia bersara. Haha.

16 Comments

1  azrn

hurmm…. menyampah je aku kalao ade situasi mcm ni.
diorg igt kita ni tak baca newspaper, tak tengok tv kot?

Written on January 5, 2008 at 3:31 am

2  megat

Mungkin ia tak mungkin terjadi bagi seorang yang bijak.

Written on January 5, 2008 at 6:04 am

3  mimi

adoih…ade lagi ke org wat strategi pemasaran mcm ni? huhuh..sungguh kasihan

Written on January 5, 2008 at 7:14 am

4  dk

apa ni cite gores n menang..
nk cite bukit merah lake town resort..
lama x gi main kt situ..
ada naik ferri x kat situ?

kalo gores dn menang ni..
aku penah wat..
smpai semua kad diorg aku gores..
then aku hambat diorg kuar..
padan muka…
smpai ke kete proton wira beb..

Written on January 5, 2008 at 8:25 am

5  Wizurai

kerajaan dan haramkan gores dan menang… so, takkan org taktau benda ni nampak sangat la tak betul…
aku w/pun kerajaan tak haramkan sebelum ni, dah tau benda camni mesti tipu punya… ingat senang² ke org nak bg itu-ini dengan percuma atau murah? if murah pun maybe barang tak berkualiti atau barang curik… hehe… sebab matpit pun boleh jual laptop RM100…

Written on January 5, 2008 at 11:18 am

6  firdee

mcm² cara org cari makan…

Written on January 5, 2008 at 4:02 pm

7  gie

tak pernah kene lagi..hehe..salu tak layan je…

Written on January 5, 2008 at 5:32 pm

8  me yginsaf

just say ‘no’.. thank u

Written on January 6, 2008 at 1:36 am

9  Rjuna

Aku dan family hampir terkena camni, tapi dia tukar taktik pulak, pilih sampul dan menang, diorang nih tak pandai berlakon, aku tak rasa bertuah pon bila dia umum aku menang hadiah, muka memang muka penipu, kecewa lah mereka hari itu.

Written on January 6, 2008 at 5:29 pm

10  Azhar Ahmad

tengah guess ni… Syarikah empat huruf bermula dengan A dan habis dengan A…. Hummmm…..

Written on January 7, 2008 at 9:50 am

11  WaWa

dah dapat jawapan? hihi. ini klu - huruf kedua adalah huruf selepas ‘N’ dan huruf ketiga adalah huruf sebelum ‘X’. :)

Written on January 7, 2008 at 10:54 am

12  ruslina

thanks for the story., i’ve heard some similar incident, us perempuan really need to be aware this scene playing, cos perempuan memang mudah teruja dan mudah serba salah, anyway, why didnt you should just drag your dad out from the store?

Written on January 8, 2008 at 5:06 am

13  Iskandar

Aowa ni agak famous gak,

Dan barang2 dia pun agak canggih. Tapi tak faham mengapa diorang resort utk guna strategi begini.

Aku percaya sykt2 begini ada org kuat (org politik) di belakangnya. Sama macam Along - kalau tiada org politik & support dari polis2 yg kenyang makan rasuah, masalah begini dah lama terhapus.

Bapak aku pun pernah kena gak, org tua - dah dekat 80 - dan masa tu baru je dpt duit.

Tapi akhirnya bila dah tertipu, bapak aku ke Kementerian Perdagangan, & Polis utk buat aduan.

Last2 dpt balik semua duit & barang2 tu pun dpt sekali hari tu jugak.

Akhirnya bapak aku untung RM700. Padan muka kambing2 tu!

Written on February 3, 2008 at 11:52 am

14  nUUr

kekadang bile da gores,pyh nk lari sbnrnya,mcm serba salah gtu bak kata ruslina.tu la rmai yg wat pilihan pertama.dpt brg jadi jgk la.xdpt tu xle..thanks 4 da info.ni nk wat gak kat kdai tu nih..pi pedajal mrk. wahwahhwa

Written on February 12, 2008 at 6:07 pm

15  Syahid A.

Ada sekali tu datang rumah, dah cerita macam macam. Dia keluar je bahan goresan, aku balas dengan hentaman pintu. Kahkahkah. Padan muka.

Written on February 16, 2008 at 8:28 am

16  alpha

sekarang ni taktik baru pulak, buka dan menang. lagi mengarut. dapat cash rm6000, atau myvi dengan tak bayar ape2. ajak pegi opis..tak berani la saya. saya cakap pas zohor saya datang. sebenarnya tak mau datang pun.mana tau datang2 opis je kena kepung takle kuar kan.

Written on April 12, 2008 at 4:57 am

Leave a Comment