15
(Adakah) Kita Ekstrimis Agama
Published by WaWa, under Kritikan. 28 Comments.
Lebih kurang pukul 7pm tadi aku, Janet dan Adnan ke city centre untuk dinner. Agak awal tapi Janet bagitahu yang Adnan tak makan tengah hari, so aku pun ok aje lah. Adnan bawa aku dan Janet ke ASK, sebuah restoran Itali. Aku memang sebenarnya tawar hati sebab aku tak makan pasta atau spegeti. Ya, aku memang pelik tapi nak buat macam mana kalau aku telan pasta atau adik beradik pasta aje aku boleh muntah. Tak percaya tanya Amna, atau Mimi. Kan, kan??
Janet kata ade je dia tanya Adnan restoran tu halal atau tak sebab dia tahu aku cuma akan makan yang halal saja (eh, mestilah kan!) tapi Adnan dengan gaya “it doesn’t matter” nak juga ke ASK. Tak sensitif langsung! Berbuih aje mulut aku explain konsep “baca Basmallah dan makan” tu tempoh hari. Sampai kat luar restoran, aku dan Janet berdiri kat luar tengok menu ASK tapi Adnan yang memang tak gentleman tu terus masuk tanpa menunggu kami. Dia siap dah duduk tengok menu bila kami masuk.
Duduk. Aku tengok menu. Iskh.. semualah pasta dan segala macam adik beradik sepupu pasta. Ada piza tapi sahlah aku tak makan juga kan dengan size yang besar untuk aku seorang dan err, tak dijamin ke-halal-an piza tu. Tak silap aku, tak ada piza untuk Vegetarian. Aku mulanya nak ambil risiko order spegeti tapi entahlah, takut tak lalu makan nanti. Hah, mahu tahu akhirnya aku order apa? Garlic bread dan diet coke! Janet order spegeti, Adnan order lasagna.
Sementara tunggu makanan dihidang, Adnan minta maaf sebab bawa ke ASK. Dia kata lain kali dia akan ikut mana tempat yang aku nak pergi. Kepala hotak kau, dah tak ada lain kali dah. Aku tak mahu keluar makan dah dengan kau. Aku macam pelik, apalah masalahnya makan kat restoran Arab ke, India ke. Boleh tahan sedap dan diyakini halal lagi. Dia kata dia tak suka makan kat restoran Arab. Ceh~ mengada! Kemudian dia tanya, apa pasal aku hanya order garlic bread. Aku pun kata, aku akan muntah kalau makan pasta dan definisi halal aku dengan defisini halal kau tu lain. Bermula dari situ, kami berselisih pendapat. Sikit lagi aku hilang sabar, eiii..!!
Hujah dia, takkan kita perlu berpuasa sepanjang masa kalau tiada makanan halal. Kalau konsep “baca Basmallah dan makan” tu tak boleh digunakan? Dia bagi contoh pelajar Saudi di US yang memang susah nak cari makanan halal tu, takkan tak payah makan? Tegas dia lagi, takkan hari-hari dia kena berulang alik ke Cowley Road semata-mata untuk dapatkan makanan halal disitu? Dalam hati aku, “bongok seh mamat nih”. Aku katalah, konsep “baca Basmallah dan makan” tu hanya boleh dipraktikkan kalau kau darurat, memang dah tak ada benda nak makan. Masa itu, bolehlah kau makan apa saja yang ada. Tapi kalau setakat kau tak dapat cari sandwich tuna atau sandwich telur kat student union, ada makanan lain kau boleh beli. Contohnya, tanya dia. Aku pun kata, snacks ke, buah-buahan ke, yang penting bukan chicken sandwich yang tak ada tanda halal. Aku tambah lagi, dan kalau di Cowley Road saja yang ada makanan halal, kau kenalah berusaha ke sana juga walaupun sedikit leceh. Tidak bermakna kerana perlu mengambil bas lain yang bertentangan dengan jalan ke kampus atau hall, kau diberi kelonggaran untuk mengguna konsep “baca Basmallah dan makan”!
Aku memang dah panas oo tadi, rasa macam nak keluar dari situ aje bila dia macam memperlekehkan aku. Janet pula asyik nak mencelah suruh aku beli apa-apa sebelum balik. Duduk diam sudah..! Adnan pula bila bercakap tak tengok muka, asyik main dengan kunci dan pandang meja. Eii.. geram tak terkata! Dia asyik ulang hujah yang sama, dan aku pun asyik ulang pendirian aku sebab dia sungguh tak faham-faham. Kemudian aku menemplek, orang-orang di Malaysia secara umumnya menganggap orang Arab macam kau ni lebih mengetahui dan memahami setiap konsep dan ajaran kerana bahasa Al-Quran adalah bahasa Arab. Ia satu kelebihan, bukan mengambil mudah setiap perkara terutama konsep halal dalam Islam!
Mahu tahu apa dia kata seterusnya? Dia kata sambil senyum dan meminta maaf sebelum melafaz, orang Malaysia ni ekstrimis agama. Cet! Memang darah naik terus ke muka aku, panas! Aku pun boleh rasa kepanasan muka sendiri. Tegas aku, ini bukan masalah ekstrim atau tidak. Ini masalah salah faham konsep. Kau orang Arab selalu memudahkan konsep yang sebenarnya mudah untuk difahami. Janet cuba menyampuk, suruh Adnan memahami budaya orang Islam di Malaysia. Aku kata ini juga sebenarnya bukan sebab budaya. Tapi ini pemahaman terhadap konsep yang asas dalam agama. Takkan isu halal dan haram pun kau sebagai orang Arab susah nak faham? Adnan tanya samada orang Islam lain di Malaysia akan setuju dengan pendapat dia. Sambil mengingati pendapat-pendapat yang kalian berikan dalam entri sebelum ini aku kata dengan yakin, tentu tidak! Aku meminta maaf sebelum menyambung untuk mengatakan, mereka kata kau orang Arab ni gila! Dan Adnan hanya ketawa. See, dia tak kisah pun!
Dan aku tak ingat lagi apa yang berlaku seterusnya, tapi sebelum kami menamatkan perang, Adnan dengan bangganya kata mereka orang Arab lebih mengetahui dari orang lain kerana bahasa di dalam Al-Quran adalah bahasa mereka, bahasa Arab. Dan yang menyakitkan hati aku lagi bila dia kata, “In Saudi, we have Mecca and Madina. You, what do you have in Malaysia?”, sambil sengih-sengih macam kerang busuk. Bencikan??
Arghh!! Kalau aku tak fikirkan aku sedang berada di negara orang, memang lama dah aku keluar dari restoran tu dan tinggalkan Janet seorang bersama Adnan. Nasib baik aku masih ingat mahu jaga air muka dan ego aku! Hoh! Aku rasa aku emosi dan Adnan bersikap acuh tak acuh, tapi sungguhlah, aku angin betul sebab dia tak ambil berat pasal konsep halal ni. Aku sebenarnya ok je kalau pun nak ke restoran Itali (salah aku sebab tak makan pasta) tapi aku sungguh-sungguh tak faham kenapa diaorang ni boleh ambil mudah tentang konsep halal ni. Susah sangat ke nak faham konsep sebenar? Tak kisahlah dia nak menghalal apa-apa pun, tapi respect pendirian aku, boleh?

The (Adakah) Kita Ekstrimis Agama by FaWaRi dot net, unless otherwise expressly stated, is licensed under a Creative Commons Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia License.
28 Comments
2 sankai
lain org lain style..
mungkin itu mamat sudah muak di ajar dengan halal dan haram dan bagi dia…”is that really matter..”
this kind of thing happen also in malaysia…tengok saja perangai bebudak arab di sini…
Written on July 16, 2007 at 3:38 am
3 kaSyah
gila..tak guna punya arab! wei ko igt ko arab macam bagus sangat la. wawa,ko teruskan ngan prinsip ko. bikin aku panas ngan adnan ni. ko dtg mesia jgn hrp nak jejak kaki kat sini. cehh!
dan aku harap ko tak paham bm.
Written on July 16, 2007 at 5:26 am
Hummm satu explanation yang paling mudah. Sebelum tu, ada penerangan cik wawa kurang tepat, bukan salah tetapi kurang tepat. Maaf ya…
Camni cik wawa.
Berdasarkan pengetahuan saya, halal dan haram itu sudah termaktub. Malah ada hadis yang melarang untuk mehalalkan yang haram, dan sebaliknya. Hujah itu sudah kuat untuk menangkis mamat arab tadi.
Keduanya, Islam di Malaysia bukan ekstrimis, tetapi asmilasi budaya. Maksudnya, Islam itu diterapkan secara langsung dan terus ke dalam budaya Melayu. Jika tidak, mengapa budaya Melayu mengangkat Basmallah sebagai adab untuk makan, sedangkan dari segi Islamnya, ia adalah tuntutan agama?
Ketiganya, bila ditanya mengenai soal memahami Islam, dan si Adnan meng’klaim’ mereka lebih mengetahui ini jawapannya. Islam itu bukan semata untuk difahami, tetapi diaplikasikan dalam hidup. Mungkin kita kurang memahami al-Quran, namun dari segi praktikalnya, saya rasa Wawa lebih baik dari Adnan.
Keempatnya, soal darurat. Saya biasa ke Singapura. Walaupun bukan seperti London, saya tetap was was. Ye lah, di sebelah kedai menjual nasi padang, ada babi babi bergayutan. Sanggup makan? Pilihan saya adalah, mencari roti dan air mineral. Biarlah lapar atau tidak puas sedikit, dari makanan haram menjadi darah daging bukan. Oh ya, paling lama saya berada di Singapura adalah 2 minggu.
Keempat, tindakan Cik Wawa dalam mengelakkan pergaduhan adalah jalan terbaik. Tahniah. Kan Rasulullah telah memberi peringatan, diam adalah lebih baik dari bersuara.
Kelimanya, satu kesilapan besar si Adnan, membangga dengan negaranya. Jika Cik wawa panas baran nescaya perbalahan umat akan berlaku. Sebenarnya, bagi saya, si Adnan telah kalah lebih awal. CUma, susah bagi mereka untuk menerima pendapat, orang kecil dan comel seperti kita. Mereka besar bagak.
Apapun, satu hujah yang paling best adalah, walaupun Islam sudah tiba sejak Nabi Allah Adam lagi, bangsa Arab masih lagi bergolak, kawasannya selalu berlaku tumpahan darah. Syukur, kita menerima Islam tanpa banyak soal (nenek moyang)
Syukurlah, kita dilahirkan dalam negara yang Islam diletakkan di dalam budayanya….
Wassalam.
p/s Cik wawa, maaf ya, panjang sangat. Apapun jika ada yang ingin menambah dan memangkah, silakan. Jadilah orang Melayu Islam yang mampu untuk menerima hakikat.
Written on July 16, 2007 at 6:59 am
5 minci
Kalau Adnan memang penduduk tetap kat UK nih, I would understand why he took his stand. I too have a Lebanese friend who eats Big Mac kat MacDonald mcm tkde mende to him.. because of the ‘ahli kitab’ and ‘darurat’ stand. Doktor dari Egypt yang saya pernah jumpa pun mengambil pendirian yang serupa.
Mungkin perselisihan itu berlaku sebab definisi darurat kita berbeza dan memandangkan Islam itu meMUDAHkan umatnya, mereka menganggap tidak salah untuk hidup berdasarkan dalil yang berkenaan. Entahler.. camtuhlah
namun, one thing I have to agree is that .. regardless of the stand Adnan took, they should respect your choice.
*italian restaurant tkder vegetarian option? peliknye.. they should at least have cheese and tomato nyer option
Written on July 16, 2007 at 8:20 am
6 WaWa
sepatutnya.. tapi dalam menu saya tak nampak..
dia juga bukan penduduk tetap. hoho.
Written on July 16, 2007 at 9:28 am
tu dia, komen bro azhar pun panjang habis. apa2pun sabaq la cik wawa no, kita nak berdakwah tak boleh cara kasaq, susah depa nak terima. kena cara haluihhhh camtu….
Written on July 16, 2007 at 11:05 am
8 coops
peh, sakit hati jugak baca entry ni, nasib baik mamat arab ni takde depan mata, kalau tak, maunya kena penampar sebijik. dahla satu hal nak menghalalkan apa yg haram tp jgnla sampai merendah2kan stand orang and hello, u are talking about agama ok!!! sabo je la.
Written on July 16, 2007 at 2:14 pm
9 azrn
hohoho…. Jgn kawan dah dgn adnan!
Written on July 16, 2007 at 4:06 pm
10 sampulnak
sabar wawa,
kenapa la ko ni selalu terlibat dgn perkataan ‘italy’
Written on July 16, 2007 at 4:51 pm
11 Nasz
Hohoho..jgn terkejut..bangsa dan org mcm diorg tu mmg lupa diri..siap ada yg x mau mengaku diorg tu islam..eyyy..geram dan menyampah!!!
Written on July 16, 2007 at 5:32 pm
12 WaWa
tak mengapa panjang. kita berkongsi. tapi part mana yang saya tulis kurang tepat? saya mungkin perlu letak disclaimer (atau edit mana-mana patut). tak semua org akn baca komen. jadi kalo saya tak tulis apa2 disclaimer, boleh jadi ajaran sesat. hoho.
oh ya, part “..praktikalnya, Wawa lebih baik dari Adnan..” tu memang tak perlu dipertikaikan. hahahaa.. saya rasa secara am-nya kita tentu takkan begitu mudah nak give up dengan pendirian tentang isu sebegini ni kan? kalo ada org msia buat begitu, saya akan cakap “gila ke apa??”.
Written on July 16, 2007 at 10:35 pm
13 WaWa
hoh. kalo aku berani, lame dah aku bagi penampar sebijik. cuma.. err.. kita ni bermastautin, jadi perlu bersopan serba sedikit. kalo kat msia, lama dah aku panggil korang2 semua, ajar sikit dia tu. :p
Written on July 16, 2007 at 10:37 pm
14 WaWa
baekkk~ :p
Written on July 16, 2007 at 10:37 pm
15 WaWa
dah cool dah aku ni..
ermm.. ntah la.. aku pon tatau..
weh.. ada masa2 nnt aku cerita pasal si italian guy tu.
Written on July 16, 2007 at 10:39 pm
16 WaWa
betul.. memang terasa susah juga, tapi, selagi masih ada benda lain yang boleh kita makan, aku tak rasa ada sebab kenapa kita perlu give up. kan? kan?
Written on July 16, 2007 at 10:42 pm
17 pakdi
orang arab tidak dimuliakan kerana bangsa mereka Arab.
orang arab menjadi mulia kerana mengamalkan Islam.
orang melayu tidak hina kerana nama dia melayu.
orang melayu menjadi mulia kerana mengamalkan Islam.
patut cakap balik, nabi2 turun ke bangsa arab dan yahudi sebab ini lah 2 bangsa paling keras hati di dunia ![]()
Written on July 17, 2007 at 4:48 am
18 amna
rase nk sepak je adnan tu. dia kata tempat dia ada mekah dan madinah kan? loh, belagak hape, nenek dia punye ke? salu ke dia pegi beribadat kat situ? kalo setakat bangga je, tp x guna.. pg mkn t**k la adnan! kalo aku jadi ko, aku akan tnye.. dah kate dia bahasa arab, bole paham al quran. asal bodo lagi soal agama? kalo tahu, tapi buat2 x tahu, pegi mkn t**k la. huh! (emo plak aku. haha)
Written on July 17, 2007 at 7:49 am
19 Rjuna
Adnan sengaja mahu naikkan darah ko tuh, yup bangsa Arab ialah bangsa paling Degil didunia
persetankan je diorang ni, buat sakit hati je, jom ke restoran lain.
Written on July 17, 2007 at 5:16 pm
20 azrn
a’ah laa… ko emo plak. hahaha….
Written on July 17, 2007 at 6:55 pm
21 WaWa
hehe.. pasti akan cakap begitu, kalau isu sebegini timbul lagi. ![]()
Written on July 18, 2007 at 12:35 am
22 WaWa
yo ho ho.. amna is back! aku sokong segala apa yang ko cakap tu. betol!
Written on July 18, 2007 at 12:36 am
23 mimi
huh..apo jenis org laa adnan ni..Islam itu mudah..tapi kita tidak boleh ambil mudah setiap hukum dalam Islam tu…
Written on July 19, 2007 at 6:36 am
24 afyan
Semoga Allah memelihara kita semua daripada perkara-perkara yang tak senonoh itu!
Written on July 19, 2007 at 7:49 am
25 dhiey
pelikkan… orang nak berdakwah dianggap ekstrimis agama, ape tu ekstrimis? hehe.
Written on July 19, 2007 at 3:26 pm
26 jet
err..sy belum menjadi extremist..tapi, bukankah kita perlu berada dilingkungan extreme dalam Islam..maksod sy, dgn menganggap Allah dan Islam segalanya, hidup ini persinggahan semata, dan syurga target utama..
err..ada point kat situ sebenarnya..mungkin nak kena tenung lama2 siket..~kami yg jahil~
Written on July 21, 2007 at 1:46 am
27 cicak
syabas kpd Wawa sbb bertindak bijak dlm mengawal emosi serta teguh kepada pendirian. two thumbs up!
Written on July 28, 2007 at 6:00 am
28 titan
Ehm, tak apa. Best gak post ko yang ini. Aku rasa ko ada jodoh dengan adnan tu….
Written on July 28, 2007 at 1:53 pm
1 duez
Aku biasa juga menghadapi benda sebegitu.Tapi,alhamdulillah,aku jaga lagi pemakanan aku mengikut macam ko cakap jugak.kadang-kadang pelik mereka-mereka nih..seolah-olah amik mudah je benda macam tuh.Padahal dari makanan tuh kalau tak jaga,buta hati.
Written on July 16, 2007 at 12:41 am