04
Dan, aku jatuh chenta!
Published by WaWa, under Hiburan, Selebriti. 26 Comments.
Oh, sungguh comel sekali senyuman kekasih hatiku, Zizan Nin.
Saya kini sedang melalui fasa demam Kerana Karina. Sebuah drama bersiri baru terbitan GUA, dan yang pertama di Malaysia kerana ia diakses melalui capaian internet. Kerana Karina mula ditayangkan pada 29 Oktober baru-baru ini dan episod baru akan menemui penonton di internet pada setiap hari isnin, rabu dan jumaat.
Kerana Karina dibintangi Marsha AF3 (Karina), Sazzy Falak (Sherina), Zizan Nin (Imran), Chelsia Ng (Jennifer), Roslan Aziz (Dato’ Ross) dan Zally Hussain (Huzir). Oh ya, tidak ketinggalan, my all time favourite actor, Bell Ngasri (Boy). Sejak kecil lagi saya sudah biasa dengan lakonan Bell, Anne dan Darling; mereka sebenarnya pelakon yang bagus. Saya juga suka lakonan Sazzy dalam Gol & Gincu dan my crush, Zizan Nin dalam Cinta Medik.
Ops, keluar topik pula. Masuk balik. Hurm… Menarik Kerana Karina adalah kerana menampilkan Marsha sebagai watak utama dan dibantu oleh pelakon-pelakon yang tengah hangat di pasaran. Saya kira, ini lakonan kedua Marsha selepas filem Misi 1511 tahun lepas. Marsha memegang watak sebagai penyanyi (penyanyi-lah juga!), Sazzy sebagai pengurus Marsha dan Zizan sebagai penerbit yang kacak dan berbakat (oh my heart jatuh tergolek-golek!!). Bell pula membawa watak Boy, seorang pendandan yang err…lembut dan Roslan Aziz sebagai Dato’ Ross adalah pemilik syarikat rakaman. Seperti biasa, watak-watak dalam drama ini agak tipikal. Tak boleh ke Bell jadi pendandan yang err…gagah? Haha. Kena juga ke jadi lembut? Manakala Zally Hussain pula membawakan watak Huzir, seorang lelaki yang mendambakan cinta Karina.
Selepas selesai menonton sehingga episod 3, saya tahu saya akan menyukai Imran (ini sudah tentu), Sherina dan mungkin juga Karina. Kesukaan saya terhadap Karina bergantung dengan bagaimana Marsha membawakan watak ini. Tunggu saja. Tapi, saya juga sudah merasakan saya akan tidak menyukai watak Huzir. Alah, biasalah, nama pun drama. Watak-watak sebok mestilah orang tak suka. Hahaha.
Harapnya masa akan datang, akan lebih banyak drama-drama Malaysia yang boleh diakses secara percuma di internet. Terubat juga rindu orang di perantauan untuk menonton drama-drama Melayu, walaupun setiap episod hanya 5 minit saja.
Oh, dan aku semakin jatuh chenta!

The Dan, aku jatuh chenta! by FaWaRi dot net, unless otherwise expressly stated, is licensed under a Creative Commons Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia License.
26 Comments
2 mimi
Faezrah Wahidah Rizalman?? aku xpelik pon…seingat diri ini rsenye penah je dulu kamu bilang kamu jatuh chenta sama seseorang…tp diri ini lupa siapa gerangannya….siapakah? ahaha
Written on November 4, 2007 at 6:40 pm
3 WaWa
oit.. kutuk2 boifren aku x main aa.. haha.
Written on November 4, 2007 at 8:46 pm
4 WaWa
hah? penah ke aku ckp? aku jatuh chenta? kat sape? hahahaa…
seingat aku la kan mimi, aku kan, susah nak mengaku yg aku ni kononnye yg aku sdg in love. hahahaa.. aku slalu simpan sendiri2.
err.. ko salah dgr kot? ![]()
Written on November 4, 2007 at 8:49 pm
5 dk
oooooo cite melayu jelatang pun aku dh byk miss..
ish bz plak sejak akhir2 ini..
fawari.com pun ko jaga ke..
td tersilap masuk situ..
dia suruh msuk fawari.net
perghhh canggih sungguh…
Written on November 4, 2007 at 9:55 pm
6 rasso
Hahaaha… ako tak layan lagi…
awek ako kat PB dan Heroes tak larat nak layan :p
Written on November 5, 2007 at 12:02 am
7 a.o
pelakon2 cite ni sume muka macam nak kena lempang dengan aku. hahahaha. antara nama2 yg ko sebut tu, ade la 2-3 kerat yang aku kenal. buah hati ko tu pulak.. errr… aku kasi B+ je la, itu pun markah kesian. ngahs
Written on November 5, 2007 at 12:41 am
8 WaWa
hihi. apehal plak nak lempang2 ni. period ke? hahahaa.. adoi..
cop, cop. dlm nama2 yg aku sebut tu, hanya anne dan darling je xde dlm drama ni. tapi aku sebut gak. sbb dorang besh. hihi.
B+? comel cam tu B+ je? taste ko memang la.. aish..
Written on November 5, 2007 at 12:56 am
9 WaWa
haha. PB aku layan season 1 je. dulu2 punye. haha. ntah ape jadik dah skg. dah season brp ek? 3? Heroes plak serius aku x penah tgk. hahahaa..
Written on November 5, 2007 at 12:58 am
10 a.o
menyampah aku tengok muka masing2 lalu mendorong aku untuk rasa nak lempang mereka. HA HA HA.
ntah sape2 tah anne ngn darling tu. adoii. taste kita berlainan nak buat mcm mne. ahaks
weh, PB tu ape? heroes aku taw la.
Written on November 5, 2007 at 4:27 am
11 mimi
pb tu prison break ke?? klu prison break aku laah penonton setia….mggu ni 2hours episode..6n7 season 3…wohoho…walaupon exam blom abes aku sanggup luangkan masa untuk menonton laki aku si wentworth miller yg hensem, kacak lagi bergaya beraksi di kaca tv…wahahah
Written on November 5, 2007 at 5:51 am
12 Aleeya
azizan nin skrg bukan couple ngan rozita che wan ke hehe
Written on November 5, 2007 at 6:29 am
13 WaWa
hoho.Prison Break la.
serius ke x kenal anne & darling? iskh iskh..
musykil plak. diaorg berlakon sejak kecik.. hurm..
xpe la. ko memang. ko tau holiwud je. malaywud xtau. :))
Written on November 5, 2007 at 10:22 am
14 WaWa
hahahaa.. khabarnya begitu la. ![]()
Written on November 5, 2007 at 10:24 am
15 azrn
cop! cop! cop! wentworth tu laki aku, hokeyyy! huh… sibokk je nak kongsi kasih~
Written on November 5, 2007 at 10:38 am
16 ryann
minat zizan! ouwwchhh… minat jugak.
Written on November 5, 2007 at 11:02 am
17 thereds
ha..sian…x dapat tgk drama melayu..
takpe..kalau nak tengok citer atau drama melayu..
tu ha,kat youtube melonggok dah ade org upload..
Written on November 5, 2007 at 11:45 am
18 cicak
haha Zizan ni yg dulu diorang panggil “Abang Ponds” kan?
asal nampak dia ni mesti ingat si Melissa Maureen. ![]()
Written on November 5, 2007 at 11:49 am
![]()
Written on November 6, 2007 at 6:03 am
20 megat
uh minat ker!? :p
Written on November 6, 2007 at 8:21 am
21 kaSyah
gmbar bf ko yg atas skali tu cam gay lak aku tgk…haha
Written on November 10, 2007 at 4:19 am
22 zaki
aku tak sempat tgk lagi la….nak kena check nie….
Written on November 17, 2007 at 6:44 pm
23 zaki
he he….jelatang aku memang syiok layan….apesal ntah…jantan macho macam aku boleh tgk citer camtu….tapi interesting siut
Written on November 17, 2007 at 6:46 pm
24 sari shafiah
zizan - memang dalam spaQ dia bawak watak lembut. and i must say as a film producer, watak dia memang jadi, berkesan. kak sari ada jugak check dgn orang grand brilliance, dia ni rupanya kalau kat set memang gila-gila dan kacau semua orang tapi bila berlakon concentrate habis and memang power. so far orang kata dia memang berdisiplin, which is hard to get from our artistes. bila agaknya nak dapat zizan berlakon untuk drama saya? ![]()
Written on January 5, 2008 at 6:14 am
25 amalina
oooooo………….zizan u are very hencem….but why in Saka you very selekeh????And in Spa Q u why u like pondan pulak???
Written on March 21, 2008 at 12:26 am
26 syarizan
Thank you to all of u, im responding on behalf of Aquila Emas Sdn Bhd, a talent development agency, zizan nin is one of our artiste…to Ms Sari Safiah, should you keen on engaging zizan nin in ur future projects/ productions, pls do not hesitate to contact me (Syarizan Md Isa @ aquilaemas@gmail.com)
Thank you all for the support.
Written on April 26, 2008 at 3:35 am
1 azrn
omg! inikah rupanya Faezrah Rizalman? ahahahhaha… chenta dengan si zizan yang renek tu? owwww!
Written on November 4, 2007 at 6:10 pm