FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Archive for 'Dunia'

Jun
27

Era Gordon Brown

Published by WaWa, under Dunia. 9 Comments.

Tempoh seorang Perdana Menteri di UK untuk memegang tampuk pemerintahan adalah 10 tahun maksimum. Selepas 10 tahun, mahu tidak mahu, Perdana Menteri semasa akan turun dan menyerahkan kepada pengganti yang dipilih sendiri dan dilantik oleh Queen atas nasihat PM.

Tony Blair menjadi Perdana Menteri sejak tahun 1997. Selepas 10 tahun, hari ini secara rasminya, Gordon Brown, yang selama 10 tahun telah bertindak sebagai Chancellor, dilantik oleh Queen Elizabeth II (atas nasihat PM semasa) sebagai Perdana Menteri yang baru. Jika tidak silap saya, esok Mr Brown akan umumkan barisan kabinet baru.

I will try to do my utmost. This is my promise to all of the people of Britain.

Pilihanraya terakhir Britain adalah pada tahun 2005. Ikut kebiasaan, pilihanraya umum diadakan 5 tahun sekali. Tetapi pada era Blair, pilihanraya dijalankan pada 1997, 2001 dan 2005 (iaitu 4 tahun sekali). Tidak mustahil tahun hadapan, Mr Brown akan isytihar pilihanraya umum, untuk menunjukkan yang dia popular. Kata lecturer saya, Mr Brown, jika dibandingkan dengan Blair, lebih bersikap dingin. 3 penggal Labour menang dalam pilihanraya. Kita tengoklah nanti berjaya atau tidak Mr Brown mengekalkan kekuasaan Labour. (Pada teori, Mr Brown boleh kata dia tak mahu buat pilihanraya sebab UK tidak ada perlembagaan bertulis. Tapi ia memang tak praktikallah dan belum pernah lagi terjadi).

Oh ya.. sekadar untuk pengetahuan, Mr Brown itu Scottish. :)

Bacaan lanjut di sini: Brown is UK’s new prime minister

p/s: Di Malaysia, tidak ada konsep 10 tahun maksimum untuk Perdana Menteri. Jika ada.. err.. elok juga. Haha..

p/p/s: Tony Blair? Dah ada kerja lain. :p

Apr
22

Happy Earth Day

Published by WaWa, under Dunia. 3 Comments.

Earth Day 2007

Jan
19

H1428

Published by WaWa, under Dunia, Malaysia. No Comments.

awal tahun.gif

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Salam Maal Hijrah 1428, berdoa untuk perpindahan yang lebih baik untuk kita semua. Amin.