FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Archive for 'Dunia'

Nov
16

Thaksin beli kelab bola sepak Manchester City dengan kos RM554.2 juta. Akhbar tempatan pula mendakwa Thaksin menggunakan medium bola sepak dengan tujuan bermain (dan mencampuri) politik Thailand. Dalam masa yang sama, mereka memuji Thaksin kerana keputusan mengambil tiga pemain tempatan untuk bermain dengan Manchester City.

Nah! Apa yang ditunggu lagi Malaysia? Kita belanja setakat RM95 juta untuk program angkasawan. Kemudian ada perancangan untuk membeli kapsul Soyuz yang membawa angkasawan negara pertama yang dikasihi rakyat Malaysia (terutama sekali gadis-gadis pingitan) ke angkasa. Maka, apa salahnya kita belanja pula RM544.2 juta untuk beli kelab bola sepak Inggeris? Kemudian serapkan beberapa pemain tempatan ke dalam pasukan itu. Nah, dengan mudah kita berjaya mencapai impian sekian lama untuk melihat orang Malaysia beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Kemudian pak menteri boleh usulkan tarikh bersejarah dan anggap sebagai cuti umum kemasukan pemain tempatan ke kelab bola sepak Inggeris.

Harum lagi nama Malaysia. Yay! Malaysia boleh.

Jul
04

Kopi Itali Yang Unik

Published by WaWa, under Dunia. 30 Comments.

When In RomePernah tonton movie Mary-Kate & Ashley, “When In Rome”? Selepas menonton baru saya tahu yang orang-orang Itali sangat mementingkan kopi. Ia macam satu gaya, kata kawan saya. Minum kopi sambil menghembus asap rokok sangat cool kata beliau lagi. Manakala instant coffee adalah sangat tidak diterima di sana, ia adalah sh*t!

Petang tadi, saya berpeluang belajar daripada seorang kawan dari Milan bagaimana cara untuk membuat kopi versi Itali. Pada mulanya saya menyangka untuk membuat kopi Itali adalah sukar, sebagaimana yang ditunjukkan dalam movie “When In Rome”. [Lain kali jangan terpengaruh dengan filem]. Ia sebenarnya tidaklah sesukar mana dan boleh dipraktikkan dimana saja.

Mari, hari ini saya tunjuk cara-cara membuat kopi Itali yang unik.

Moka Coffee PotAnda hanya perlukan sebuah Italian Moka yang comel dan kopi mengikut citarasa anda. Kopi Tenom atau Kopi Kluang dialu-alukan.

Pertama: Tuangkan air sehingga penuh di bawah sekali, iaitu di bahagian A. Suka hatilah, nak letak air masak ke air tak masak ke dalam tu, janji air!

Kedua: pada bahagian B pula, penuhkan ruangan kecil itu dengan serbuk kopi anda. Penuhkan sehingga memenuhi ruang ye. Tutup dan panaskan di atas hot plate.

Ketiga: Tunggu sehingga air mendidih dan naik dari bawah ke atas, iaitu di bahagian C.

Langkah seterusnya apa lagi, ambil gelas dan tuangkan. Hah~ siap dah! Kopi Tenom atau Kopi Kluang anda akan jadi kopi Itali yang sedap! :D Mudahkan? Oh, jangan lupa letak gula secukup rasa selepas kopi siap.Woman & Espresso

Biasanya dengan Italian Moka yang comel ni, hanya cukup untuk satu gelas saja. Tetapi Edoardo kata, tidak mengapa minum sedikit kopi Itali daripada minum segelas instant coffee yang sh*t! Maka petang tadi, saya hanya minum setengah cawan kopi Itali.

Sambil menikmati kopi Itali yang enak dan pekat, kami berdiskusi tentang pelbagai isu. Saya melihat Edoardo sebagai seorang lelaki Itali tipikal, menghirup kopi sambil mencucuh rokok dan menghembus asapnya keluar. “Cool-lah sangat~”. Hoho.

Lewat petang, saya meminta diri untuk kembali ke flat dan bersama saya, saya bawa pulang asap-asap rokok yang melekat di tudung dan baju selain isu-isu perbincangan yang belum selesai.

Oh, kepada anda, sila nikmati kopi Itali anda dengan tertib. ;)

Smoking Ban

Yay! Smoking ban di England bermula hari ini. Maksudnya tak akan ada lagi yang boleh merokok dalam premis yang ada atap dan dinding. Hoho. Pejabat, kompleks membeli-belah, hotel, pub, sekolah-sekolah, universiti, halls of residence, kenderaan awam, namakan apa saja. Hanya merokok di rumah dibenarkan. Tapi, jika anda usahawan internet yang bekerja di rumah, anda perlu jadikan ia kawasan larangan merokok jika anda mempunyai staf dan jika anda turut menerima kunjungan kerap encik posmen.

Jika ada yang menyangka undang-undang ini dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah menggalakkan orang ramai untuk berhenti merokok, tanggapan itu silap. Motif utama ia dilaksanakan sebenarnya adalah untuk mengurangkan kadar kematian mereka yang menyedut asap rokok. Hei, kajian menganggarkan lebih 600 orang yang mati setiap tahun adalah daripada mereka yang tak merokok! Ya lah, kau hisap rokok tapi kau hembus asap rokok keluar. Tengok siapa yang sedut? Orang-orang di sekeliling kau. Dalam tidak sedar, kau dah jadi pembunuh! Tujuan kedua barulah berharap agar perokok tegar berhenti merokok.

Bagaimana pula di Malaysia? Asyik cerita pasal England saja. Saya tak tahu sejauh mana keberkesanan kempen “Tak Nak”, tapi saya sendiri, jika saya sebagai perokok tegar, setakat kempen “katakan tidak kepada rokok” itu tidak akan memberi apa-apa kesan kepada saya. Tambah lagi jika saya sudah merokok selama 20 puluh tahun. Setakat kempen begitu, anggap saja ia macam angin yang berlalu! Penguatkuasaan juga tidak ketat. Err.. contoh terbaik, kalau anda masih ingat tahun lepas timbul isu ahli-ahli parlimen merokok di dalam bangunan parlimen, yang merupakan kawasan larangan merokok. Jangan sekadar berkempen menghabiskan wang untuk pengiklanan, tapi pelaksanaannya tidak segah seperti yang dihebahkan.

Pesanan saya, daripada anda menghabiskan duit untuk membeli rokok untuk membunuh diri dan orang yang tersayang, adalah lebih baik, err.. anda tanam pokok bunga!

Lawatan sambil belajar:
Smokefree England