FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Archive for 'Pendapat'

Aug
02

Minta maaf kepada sesiapa yang tak berasa selesa dengan entri-entri yang agak cenderung membabitkan isu keagamaan sejak kebelakangan ni. Bukannya saya berniat mahu menukar konsep blog kepada perbincangan isu dan permasalahan agama, cumanya semua yang saya tulis tu adalah masalah dan pengalaman yang saya alami sendiri. Kalau ada yang tak selesa, bolehlah tinggalkan blog ini dengan aman kerana saya tak menganggu orang lain pun.

Petang tadi timbul satu persoalan yang menarik di antara saya, Ella (Nigeria), Janet (Hong Kong) dan June (China). Janet dan June tidak mempunyai pegangan agama sedang Ella pula seorang penganut kuat agama Kristian. Perbincangan bermula daripada persoalan gadis-gadis Melayu Islam di Malaysia yang tidak memakai tudung, kenapa saya pakai tudung, adakah satu hari nanti saya akan terfikir untuk membuka tudung, dan semua tu. Saya pun berceritalah sambil mereka mendengar penuh minat. Kemudian beralih pula cerita pasal kahwin la..la..la.., apakah orang bukan Islam mesti memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengan orang Islam, adakah saya akan menukar agama saya jika bertemu dengan lelaki bukan Islam yang saya suka dan kenapa mereka perlu memeluk Islam tapi kita tak akan tukar agama. Ella kata tidak adil sebab hanya mereka saja yang akan sanggup memeluk Islam sedang kita tidak. Wait.. sebelum ada yang mahu membidas blablabla, rileks. Bukan itu yang menjadi hangat. Kemudian saya pula tanya Ella, mahukah dia berkahwin dengan lelaki Islam? Dia kata, mungkin tidak tapi siapa tahu, kan? Kami kemudian beralih tentang isu poligami dalam Islam dan juga poligami di China yang diamal masa dulu.

(more…)

Jul
28

Ouch. Saya baru tahu Yang Amat Berbahagia Pak Lah dan isteri rupanya bercuti di Australia selama 10 hari. Ohoho.. Selamat pulang Pak Lah dan isteri. Bagaimana Melbourne, best? Tapi saya agak musykil sedikit, bolehkah diterima akal jika pesawat khas Perdana Menteri digunakan untuk tujuan peribadi? Tambah lagi, tiada masa lainkah untuk YAB bercuti sehinggakan memilih untuk tidak mengiringi DYMM Tuanku menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-211? (Ketika entri ditulis, Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah selesai). Hurm..

Haa, jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Kerana diejek, dipersenda dan digelar “Saddam” selama 4 tahun, Iqbal Rasheed akhirnya menerima pampasan £42,500! Kepada yang tidak tahu, di UK mereka ada apa yang dinamakan The Race Relations Act 1976. Akta ini membenarkan mana-mana individu yang mengalami direct or indirect racial discrimination untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah atau tribunal. Eii.. kalau perasaan takut dianggap terrorist atau mendapat tanggapan buruk, boleh kira tak? Kalau ya, huyoo.. kaya weh!

Malaysia memang pemurah. Anda setuju? Sungguh! Hanya menetap di negara ini selama 2 tahun dan menyumbang bakti kepada negara, dengan mudah anda diberi status penduduk tetap! Saya taklah menafikan kelayakkan jurulatih import untuk badminton negara itu mendapat status penduduk tetap, tapi kenapa bagi mereka yang sudah berhijrah ke negara ini lebih 20 tahun, sudah mempunyai keluarga dan beranak pinak di sini, tambahan lagi tinggal di Sabah, walaupun sudah memohon taraf warganegara/penduduk lebih 10 tahun tetap masih amat sukar dan tiada jaminan. Makanya, anak-anak mereka yang walaupun ada yang bijak pandai, hanya mampu belajar sehingga STPM tapi sukar mendapat peluang pekerjaan di agensi kerajaan apatah lagi bermimpi mahu melanjutkan pelajaran di IPTA. Fikirlah!

Saya quote: “Each of you is British. You were born here, your families live here, you went to school and university here. You hold British passports. You live under the protection of its laws, which give you freedom of speech and religious observance. Yet each of you was prepared to break its laws”. Itu kata Judge Peter Beaumont, ketika menjatuhkan hukuman kepada 5 remaja Islam British atas tuduhan membuat persediaan menjalani latihan di Pakistan dan kemudian berperang di Afghanistan menentang askar British. Di akhir artikel berkenaan, ada bahagian Have Your Say. Baca komen-komen yang ditinggalkan pembaca The Times dan beritahu saya, apa pendapat anda.

Nampaknya tahun ini musim panas di UK bukan di antara musim panas yang terbaik. Jumaat minggu lepas hujan lebat tidak henti-henti sehingga mengakibatkan beberapa laluan jalan raya dan kereta api ditutup akibat banjir. Hari itu saja mengakibatkan 141 penerbangan di Heathrow terpaksa dibatalkan akibat cuaca buruk. Isnin minggu ini pula, Abingdon di Oxford juga banjir. Hoho. Terima kasih kepada yang prihatin dan bertanya keadaan saya di sini. Ya, city centre tidak apa-apa, tapi hari itu banyak juga kedai yang tutup awal. Ada terlintas di fikiran saya tempoh hari, bagaimana jika banjir sampai ke sini? Err.. ada sesiapa mahu hadiahkan kasut but getah atau err.. pelampung? Yay! Bot pun boleh juga. Hehe.

Dan satu fakta menarik mengenai bumi UK ini. Tahukah anda di Scotland mereka mempunyai 4 jenis not wang kertas termasuk wang kertas yang dikeluarkan oleh Bank of England. Mahu tahu lebih lanjut? Mari, layari blog encik Fajar di Fajar Seluas Angkasa.

Jul
13

Bridget Jones's diarySetiap penulis blog mempunyai sebab dan tujuan sendiri membina blog. Ada yang hanya suka-suka, ada yang mengikut kawan, ada yang mahu kelihatan cool, ada yang menanggap ia satu trend, ada yang mahu mengganti diari dan pelbagai sebab lagi.

Saya pernah melayari pelbagai jenis blog, daripada dahulu sebelum ramai orang mengetahui kewujudan blog sehinggalah blog boleh menjadi medium yang menakutkan sesetengah pihak. Daripada blog yang menulis kisah bermula dia bangun pagi sampailah masuk tidur sehingga ke blog yang mengupas isu-isu di seluruh dunia, semuanya pernah saya layari. Ada blog yang menarik dan ada blog yang sungguh merepek serta tiada asas. Daripada itu pelbagai jenis, stail dan skil penulisan pernah saya jumpa.

Sambutan terhadap sesetengah blog juga pelbagai. Ada blog yang mempunyai ramai peminat dan pembaca (hi there!) dan ada blog yang memang kurang sambutan la..la..la..la.. tapi masih tetap gah dan setia menulis (hi me!). Bukan mahu membangga, tetapi jika saya memblog hanya kerana mahu populariti (Ops, populariti itu tidak salah. Ia satu bonus! :p) mungkin sudah lama blog ini, atau blog dahulu terkubur.

Semua yang saya sebutkan ini, sebenarnya bergantung dengan sebab sebenar dan tujuan asal anda menulis blog. Pernahkah anda terfikir atau bertanya kepada diri sendiri, apakah sebab dan tujuan anda membina sebuah blog? Tolong, beritahulah saya. ;)

..akan bersambung di bahagian #2..