Archive for the ‘Pendapat’ Category
Malaysia dan Indonesia yang SERUMPUN
Sementara saya mencari untuk mendapat mood duduk di depan komputer dan menulis cerita dua tiga hari ini, saya mahu anda baca siri Indonesia vs Malaysia hasil tulisan Zeq. Isu kemarahan orang Indonesia terhadap orang Malaysia yang semakin membuak-membuak rasanya perlu untuk kita ambil peduli.
Indonesia vs Malaysia (Part 1 – Terpisahnya kita)
Indonesia vs Malaysia (Part 2 – Merdeka)
Indonesia vs Malaysia (Part 3 – Culture Clash)
Indonesia vs Malaysia (Part 4 – Semua ini memenatkan)
Indonesia vs Malaysia (Part 5 – Pendatang Tanpa Izin)
Indonesia vs Malaysia (Part 6 – Something really familiar)
Tidak semua orang Indonesia begitu. Dan kita sendiri di Malaysia, saya percaya ada perkara yang kita tidak puas hati terhadap Indonesia. Tetapi kita adalah negara serumpun, perlukah untuk kita sampai bergaduh? Indonesia, sebagai sebuah negara besar, perlu berbangga dengan budaya Indonesia yang banyak diguna pakai, disimpan dan dianggap oleh Malaysia sebagai budaya Malaysia juga. Itu tidak bermaksud KAMI Malaysia, mengklaim bahawa yang itu budaya asal Malaysia. Macam bila saya kata saya suka makan bakso, saya tahu bakso itu makanan orang Jawa. Dan bila kita kata Jawa, kita tahu asal-nya Jawa itu dari Kepulauan Jawa di Indonesia (betulkan saya jika tersilap). Tetapi selepas semua tu pun, tidak perlulah sampai mahu buat satu laman web membenci Malaysia, bukan?
Nah, entri sepatutnya yang pendek saja akhirnya panjang juga. Hoho.
Setinggi angkasa dan kapsul Soyuz
Mengangkasa Tamadun Bangsa.
Sedapkan bunyinya? Yay! Kalau tidak silap saya, persidangan UMNO baru masuk hari kedua (betulkan saya jika tersilap). Tetapi mereka sudah datangkan idea sehebat itu. Agaknya berapa lama masa yang mereka peruntukkan untuk mencetus konsep ‘Mengangkasa Tamadun Bangsa’? Saya tanya kerana saya suka. Suka kerana daripada nama konsep saja saya dapat membayangkan sesuatu yang tinggi, hebat dan di luar imaginasi saya. Kalau ikut bahasa mudah orang kampung – ia luar biasa.