Archive for 'Studi'
22
Yang berlalu biarkan berlalu
Published by WaWa, under Studi. No Comments.
Exam dah habis akhrinya. 2 paper kritikal, Contract semalam dan Tort hari ini benar-benar menyeksa jiwa dan raga. Alhamdulillah untuk Contract, 3 daripada 6 soalan keluar topik tentang Promissory Estopel, Misrepresentation dan Formation of Contract (case study). Erk, sakit otak juga sebenarnya. Kalau tidak kerana kebetulan menumpukan pada Misrep dan Formation, saya langsung tidak boleh gembira. Tentang Promissory itu, terima kasih pada Putri dan Amir yang beri penerangan kepada saya..itupun last minute study. Kalau soalan keluar tentang Consideration, saya memang tiada masalah. Nasib baik saya tanya Putri tentang Promissory beberapa jam sebelum exam.
Saya keluar exam dengan sedikit tersenyum, tidak mahu berlebih-lebih sebab risau paper Contract. Tertekan juga sebenarnya. Ada kisah yang lucu tentang Waney, tapi nanti-nanti je lah saya ceritakan.
Untuk paper Tort hari ini, saya sebenarnya sangat-sangat gemuruh dan gelisah. Tort bukan makanan saya. Trespass, Rylands v Fletcher dan Negligence nampak senang, tapi saya betul-betul tak dapat hubungkan dengan CPU otak saya. Mungkin juga sebab dah di-set-kan betapa Tort ini tidak seronok. Haha.
Jika saya risau tentang Contract, berkali-kali ganda saya risau tentang Tort. Mimik muka saya ketika keluar exam begitu menampakkan kerisauan. Hurm..sekurang-kurangnya itulah yang saya rasa. Classmates lain juga saya fikir begitu. Saya, Waney dan Putri bising-bising selepas habis exam. Amir? Terus hilang sebaik exam berakhir.
Ini betul! Jika result masih tidak memuaskan, saya tidak akan sambung law untuk degree. Haha.
Oh~ selepas exam tadi, saya terus ke OU, menonton movie bersama kawan-kawan. Konon untuk menghilangkan segala penat lelah, dan rasa gusar di hati. Casino Royale - kenapa James Bond tak hensem (dan tua)!?!! ![]()
11
demam exam dah mula…
Published by WaWa, under Studi. 2 Comments.
Beberapa hari sebelum exam tempoh hari, saya ke kolej nak ambil Statement of Entry. Selepas isi semua borang, saya terkejut bila tahu ada penambahan 2 paper Law. Memang terkedulah masa tu, tak tahu nak buat apa sebab paper tu saya dah ambil bulan Jun lepas. Nak report kat Examination Department masa dah suntuk sebab Jumaat (10/11) dah mula exam. Call Waney dan dia kata, dia pun ada masalah macam tu sebelum ni. Untuk betulkan Statement of Entry tu ambil masa sebulan. Saya terdiam tak tahu kata apa. Jadi redha sajalah, ambil paper ELS tu lagi sekali.
Exam habis pada 22hb November. Selepas tu baru boleh ajak saya ke mana-mana. Haha. Akan ku turutkan tanpa merisaukan apa-apa.
19
alahai sekolahku..
Published by WaWa, under Studi. No Comments.
Tadi dapat surat dari sekolah. Surat pasal convocation. Suruh confirm dan bayar sebelum 4hb nih. Tapi yang peningnya sekarang ni, result dapat 7hb. Macammana mau confirm? Buatnya tak pass (nauzubillah), satu hal lagi nak minta refund duit tuh. Sekolah ni memang kemut sikit bab duit nih. Kalau suruh students bayar fees, semua nak cepat, kalau lewat sikit, kena hantar surat lah, kena jumpa lecturer lah. Tapi kalau bab nak refund duit students, ambil masa sebulan. Kalau tengok kat form, sampai 6 tandatangan diperlukan baru complete.
Tengoklah dulu macammana. Huhu.
Tak lama lagi, ada MKM kat sekolah. Minggu Kebudayaan Melayu 2006. Saya dengar banyak problem. Nak membantu, jauh pula disini. Rasa bersalah pun ada. Duit masih tak cukup. Yang saya tak faham, MKM ni event tahunan sekolah. Kenapa macam tak ada full support dari sekolah sendiri? Tau nak grand jek, tapi hulur lah sikit ek. Sekarang ni pun dengar kata diaorang pakai duit sendiri. Kesian dowh~ Saya tak harap MKM ni akan berlangsung dengan penuh ketidaksempurnaan selepas apa yang dah terjadi pada Titian Ilmu, berkubur begitu saja. Takkan nak jadi batch MCS yang paling teruk kan? Dahlah lepas ni MCS entah wujud entah tidak, sebab JPA dah tak hantar pelajar ke sekolah ni lagi.
Tengoklah apa yang boleh dibantu. Balik KL kot minggu depan.
Pening, pening~