Archive for 'Root'
30
Statistik Kata Kunci
Published by WaWa, under Root. 6 Comments.
Selama ini saya selalu nak tahu apakah keywords yang sering digunakan dan popular di enjin pencari untuk sampai di blog FaWaRi ni. Kerana itu saya gunakan ShortStat, dan ia memberi saya jawapan yang agak memeranjatkan.
Screenshot ini menunjukkan kedudukan kata kunci 11 yang teratas untuk blog saya.
Pertama kali lihat statistik ini saya berasa teruja. Jika tidak kerana entri ini, kata kunci yang mendominasi enjin pencari untuk sampai ke blog saya ini tentu adalah pembentukan Malaysia. Blog saya ini tentulah tidak seberapa, tetapi daripada statistik yang ditunjukkan, saya mendapati bahawa sebenarnya ramai dalam masyarakat kita yang meminati benda-benda mistik. Tetapi saya kagum juga melihat kata kunci kedua yang menduduki carta statistik FaWaRi. Sementara ada diantara kita yang gemarkan perkara mistik, ada juga yang berminat mengetahui sejarah penubuhan Malaysia.
Nampaknya saya perlu menulis banyak perkara yang pelik. Haha. Tidaklah. Gurau saja.
21
Dia Penulis Jemputan
Published by WaWa, under Root. No Comments.
Entri hari ini, saat mendebarkan…jeng jeng jeng! ditulis oleh seorang penulis jemputan, dengan menggunakan nama pena white roses. Ini adalah kali pertama beliau menulis entri untuk blog dan berkemungkinan ini adalah juga yang terakhir. Untuk menulis entri itu saja, white roses mengambil masa hampir 40 minit.
Berkenaan entri tu pula, ia adalah sebuah kisah benar yang ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri. Kerana white roses salah seorang yang berada ditempat kejadian, maka saya telah meminta beliau untuk menulisnya bagi pihak saya. Anggap saja ia adalah bayaran kerana mentertawakan saya dengan bersungguh-sungguh. Hoho.
12
Tawaran Hebat!
Published by WaWa, under Root. 4 Comments.
Anda akan menerima:
- 3GB ruang kapasiti
- 1 subdomain pilihan (namaanda.fawari.com)
- 1 alamat email (namaanda@fawari.com)
- 1 MySQL akaun
- 1 FTP akses
Untuk makluman lanjut, sila klik Get Hosted. Cepat, cepat! Masa terhad. Siapa cepat, dia dapat. Hanya 10 orang pertama saja!