Archive for the ‘Foto’ Category
Trip Bukit Merah #3
**Maaflah kerana terlewat untuk up entri ini dari yang dijadualkan disebabkan penulis part 1 menghadapi masalah koneksi tahap cipan. Dan, untuk membaca entri ini, anda perlu terlebih dahulu membaca part #1 tulisan Azreen dan part #2 tulisan Mimi untuk mendapat kesinambungan cerita. Entri ini sangat panjang, sila bancuh secawan teh sebelum memulakan pembacaan.
**
Sementara Mimi check-in di dalam, kami yang kepenatan ini berehat saja di luar. Sudah lumrah Aimi dan Azreen yang memang fotogediks, kalau ada masa terluang sikit, tidak boleh tidak, mesti nak ambil gambar. Azreen pun mintalah bell boy yang sedang bertugas masa tu untuk ambil gambar menggunakan Olympus μ1000 milik aku. Dengan muka selamba, bell boy tu boleh pula request nak ambil gambar dengan Azreen. Tak boleh blah betul! Baru 5 minit sampai, Azreen dah dapat seorang peminat. Tak boleh nak senang duduk kan Azreen? Hehe. Aimi ada cakap kalau nak ambil gambar dengan si Azreen ni pun bukannya dia boleh simpan tapi bell boy tu kata tak kisah. Azreen setuju lah juga dengan muka tak puas hati ala-ala manja dia tu.
Batu yang aneh
Trip satu hari ke Salisbury untuk melihat sendiri stonehenge di sana, walaupun bukanlah trip yang hebat, dan tak semua rancangan menjadi, tapi kemudiannya apa yang kita lalui itu akan menjadi satu pengalaman yang tak akan kita lupa. Barangkali, beberapa tahun akan datang, bila kita duduk dan bercerita semula kenangan-kenangan lama, yang walaupun pahit, ia mungkin akan menjadi satu jenaka yang manis untuk semua akhirnya.
Betul lah orang kata, apabila kita berusaha bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu, dan apabila akhirnya kita berjaya, maka keseronokkan yang kita kecapi adalah sukar untuk digambarkan.
Sedikit tambahan: Angin terlalu kuat di Amesbury dan Stonehenge. Saya hampir-hampir demam kerana itu. Terdedah kepada angin kuat dan berbaring di atas rumput di Stonehenge tu selama hampir sejam juga akhirnya menyebabkan saya pening di sebelah kiri.