Blog FaWaRi dotNET

Archive for the ‘Memori’ Category

Tiga Tahun Yang Berlalu

with 7 comments

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Tarikh ini, tiga tahun yang lepas, arwah Red menghembuskan nafas yang terakhir. Sahabat maya saya ini bukan saja seorang rakan co-founder untuk Relakzs (2003-2004), malah dia juga sahabat maya yang senang diajak berbincang.

Peristiwa itu masih jelas berlegar dalam kotak fikiran saya. Bagaimana perubahan arwah seminggu sebelum pemergiannya, permintaan arwah mahu saya menyambung tulisannya dan bagaimana akhirnya saya dikhabarkan tentang berita itu. Selepas tiga tahun, bukan saja saya gagal untuk menyambung tulisannya, malah sumber rujukan yang diberikan telah hilang tanpa ada salinan. Menyesal juga kerana saya sekurang-kurangnya pun tidak menyimpan salinan rujukan untuk tulisan beliau. Cuma apa yang ada dengan saya sekarang hanyalah, folder laman web arwah yang dahulunya diletakkan di server Relakzs dan sempat diselamatkan sebelum Relakzs berkubur. Sehingga ini, web arwah masih boleh dilayari, melalui subdomain FaWaRi.com.

Bukan mudah apabila kehilangan sahabat rapat kita, walaupun ia telah lama berlalu. Apa yang kita boleh lakukan, adalah dengan menyedekahkan Al-fatihah. Semoga rohnya aman di sana.

Written by WaWa

May 22nd, 2007 at 12:00 pm

Posted in Blog,Memori

Tomyam

with 4 comments

Tomyam

Dulu ketika di KDU, saya selalu ke restoran Naina di Seksyen 4, Kota Damansara. Pergi dengan kawan-kawan untuk dinner. Kalau kawan-kawan saya suka order berlainan jenis menu setiap hari, saya pula akan setia dengan satu menu saja. Apalagi kalau bukan tomyam daging; tak suka seafood sebab bau seafood tu masih terasa. Sebenarnya saya tak suka makan daging, bukan sebab tak boleh makan, tapi sebab ada sejarah. Cuma di Naina ada pengecualian. Tomyam daging Naina sangat sedap OK!

Tukang ambil order Naina tu, yang dah kenal sangat dengan kitaorang pun tahu apa yang saya nak order. Tak cakap lagi dia dah cakap dulu sambil tuding jari kat saya. Hampeh, macam perli pun ada juga. Susah betul nak cari tomyam yang sedap macam Naina. Kalau ada pun mungkin tak melekat di ingatan. Walaupun tak belajar di KDU lagi, kadang-kadang memang rindu nak ke sana, semata-mata sebab nak makan tomyam Naina. Kalau borak-borak pasal makanan dengan kawan-kawan kat KDU dulu, Naina memang tak pernah tercicir dari topik.

Saya syak tukang masak “Ady” tu letak sesuatu dalam tomyam yang dia buat untuk kitaorang. Pasal bukan saya seorang, tapi Aimi, Mimi, Amna, Hani (sekadar menyebut beberapa nama) pun suka tomyam Naina. Iylia pernah tanya “Ady” apa rempah ratus yang digunakan, tapi matilah kan “Ady” tu nak bagitahu. Takut sangatlah orang nak tiru. Tapi memang umph! lah. Sebenarnya nama tukang masak tu bukan Ady, tapi sebab bekas teman serumah saya ada bekas teman lelaki yang saling tak tumpah macam tukang masak tu, dan ditakdirkan nama dia pula Ady, maka kami pun sepakatlah panggil tukang masak tu Ady.

Bilalah ada peluang ke sana lagi??

Written by WaWa

April 27th, 2007 at 5:58 am

Posted in Memori,Santai