Archive for 'Malaysia'
06
Setinggi angkasa dan kapsul Soyuz
Published by WaWa, under Diskusi, Malaysia, Pendapat. 47 Comments.
Mengangkasa Tamadun Bangsa.
Sedapkan bunyinya? Yay! Kalau tidak silap saya, persidangan UMNO baru masuk hari kedua (betulkan saya jika tersilap). Tetapi mereka sudah datangkan idea sehebat itu. Agaknya berapa lama masa yang mereka peruntukkan untuk mencetus konsep ‘Mengangkasa Tamadun Bangsa’? Saya tanya kerana saya suka. Suka kerana daripada nama konsep saja saya dapat membayangkan sesuatu yang tinggi, hebat dan di luar imaginasi saya. Kalau ikut bahasa mudah orang kampung - ia luar biasa.
05
Mahu bertaraf dunia
Published by WaWa, under Malaysia, Pendapat. 25 Comments.
Dulu, UM pernah menduduki 100 universiti terbaik dunia. Itu dulu, dulu. Sekarang ni, mahu cari nama Malaysia dalam 200 universiti terbaik dunia pun tidak ada.
Minggu lepas, Agensi Kelayakan Malaysia, melalui kajian yang dijalankan mendapati tidak ada satu daripada 17 IPTA di Malaysia mencapai taraf dunia, dengan USM mencapai tahap cemerlang diikuti UIA, UiTM, UKM, UM dan UPM.
Hari ini, Datuk Mustapha kata kementerian akan mengenal pasti beberapa universiti untuk dinaik taraf sejajar usaha mencapai matlamat untuk mempunyai universiti bertaraf dunia, melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.
Kata Datuk Mustapha lagi, kementerian juga mahu meminta pensyarah-pensyarah Malaysia yang bertugas di luar negara untuk kembali mengajar di Malaysia selain mahu menambah bilangan pensyarah-pensyarah asing dari Eropah.
Kita memang berminat untuk menambah bilangan pensyarah asing terutama dari Eropah, bagaimanapun masalah kewangan menjadi antara kekangan utama yang dihadapi ketika ini1.
Hi hi. Sampai part tu saya ketawa mengekek-ngekek. Belanja RM95 juta hantar seorang pelancong angkasa (baca: angkasawan negara) ke ISS tidak pula jadi masalah.
Ha ha. Adeh, sakit pula perut aku ketawa.
UPDATE 081107 2158:
Untuk tahun 2006, melalui Times Higher Education Supplement, UKM menduduki tangga ke 185 (289 pada 2005) manakala UM berada di tangga 192 (169 pada 2005).
13
Ramadhan 1428H
Published by WaWa, under Malaysia. 20 Comments.

Ini tahun pertama saya berpuasa di perantauan. Seorang! Amna, Mimi, Hane, Aimi dan kawan-kawan di KDU dulu yang sekarang ‘tercampak’ di merata tempat di NZ masih ada ramai rakan-rakan Melayu untuk berpuasa dan berbuka bersama-sama. Saya di sini, dah lah seorang saja *rakan-rakan Islam antarabangsa tak kira ok*, bazaar Ramadhan pun tak ada. Adoi~
Apapun, sempena bulan mulia penuh berkat ini, saya dengan sukacita ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca FaWaRi.net dan kepada pelajar-pelajar di rantauan, selamat berpuasa di rantau orang.
Semoga Allah memberkati kita semua.