FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Archive for 'Hiburan'

Nov
04

Kerana Karina
Oh, sungguh comel sekali senyuman kekasih hatiku, Zizan Nin.

(more…)

Dec
09

Satu hari

Published by WaWa, under Hiburan, Santai. No Comments.

Satu hari saja lagi saya akan balik. Pre-U students cuti lebih kurang 3 minggu. I can’t wait. Lebih-lebih lagi setelah melalui satu fasa tidak boleh tidur hampir seminggu. Ia menyeksakan. Badan saya lemah tidak bermaya. Kepala pula sakit ganggu konsentrasi. Tapi sabar, sabar. Sampai saja di rumah, di atas katil sendiri saya akan cuba qada’ seberapa banyak masa tidur saya yang terlepas. Badan dan otak perlukan rehat. Kerana masalah ini, ada masa-masa yang saya rasa saya tidak boleh berfikir dengan rasional. Saya sedikit baran.

Malaysia’s Most Beautiful Ep.5
Minggu ini tidak ada gaduh-gaduh besar seperti rancangan lepas-lepas, setakat tidak puas hati itu perkara biasa. Auntie Faridah antara 3 yang terbawah minggu ini. Dia nampaknya tidak suka bekerja sebagai cleaner di SMC. Komen auntie Faridah berlagak seperti ketua tidak putus-putus. Kali ini dia diberi peluang, dan saya rasa itu satu keputusan yang baik. Prestasinya pada episod-episod sebelum ini agak baik. Sebagai wanita 43 tahun, tentu saja pemikiran matang itu menjadi asas kepada apa saja yang dilakukan. Cuma sebagai wanita berkarier, kerja-kerja cleaner itu barangkali sedikit menjatuhkan kedudukannya. Dan Hani masih juga seperti dulu-dulu. Suka ketawa dan agak jujur.

Kata ganti nama harus digunakan berbeza mengikut situasi. Jika sedang menghadiri interview, menggunakan nama sendiri untuk kata ganti nama adalah tidak sesuai. Terutama sekali ketika menghadiri interview di syarikat-syarikat besar atau badan-badan kerajaan. Contoh temuduga di Sunway Medical Centre adalah contoh yang baik. Ia sepatutnya berlaku dalam keadaan yang formal. Tetapi Hani dan Jue tetap membahasakan diri dengan nama ketika menjawab soalan.

Oh ok. Gotta go now. Tiba-tiba mata saya agak berat.

Lagi review tentang Malaysia’s Most Beutiful Ep.5.

Nov
12

Joe Millionaire

Published by WaWa, under Hiburan. 3 Comments.

Ini kali ketiga saya tonton program ni. Best juga. Ala-ala program Mencari Cinta tu. Tapi MC saya tak tengok lah. Bezanya JM ni dikelilingi dengan perempuan-perempuan cantik. Alahai, bertuahlah badan. Untuk episod kali ni, pada saat-saat akhir, tengah berdebar nak tahu siapakah yang terkeluar minggu ni, tiba-tiba je blackout. Hampeh betul lah! Kalau last week Cat menjadi pilihan saya, tapi tidak kali ni. Dia nampak rude bila langsung tidak berborak dengan Anique dan Petra. Tambahan lagi, masa lunch dengan Petra tu. Cat buat muka bodoh jer. Kalau saya jadi Petra, saya pun mesti tension.

Berbanding MC, David dalam JM ni, yang dikelilingi dengan perempuan cantik, adalah lebih bertuah. Selain dijadikan orang kaya, dan bertemujanji dengan peserta-peserta, David ‘boleh’ dilayan lebih dari sepatutnya. Huhu. (you know what i mean). Saya tak tengok program tv ni dari awal tapi dalam episod lepas David mengatakan yang dia tidaklah sekaya yang disangkakan. OK. Diakhir rancangan nanti, agak-agak bagaimana reaksi yang terpilih itu bila mengetahui David hanyalah seorang pemuda miskin?