FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Archive for 'Entri Khas'

Aug
26

Nonsense Poem

Published by WaWa, under Entri Khas. 20 Comments.

To meet my prince charming, i always dream,
You are truly my endless love,
I try to make it sensible as i can,
Don’t be afraid, you really have to try,
Simple but beautiful, thats how it goes,
Night and day, I am in the middle of nowhere,
Like the flow of the river it goes,
A journey that i took, a risk that i have to bear,
That is what i called life,
Happiness was such a beautiful feeling,
To be a good girl i really hope.

The moral of the poem is, even though kita ni busy memikirkan tentang hati dan perasaan kita yang mahu disayangi dan menyayangi, jangan lupa cari kegembiraan dalam hidup, dan dalam hidup ni penuh cabaran dan dugaan yg harus kita tempuhi.

Siti Salwani Hamdan

Alkisah…maka tersebutlah kisah….Pada suatu hari, ada la seorang hamba Allah ini yang begitu “baik hati” meng-offer diri untuk dijadikan bahan ujikaji dalam satu ujikaji yang dibuat di satu negeri yang dirahsiakan namanya.Ujikaji ini dinamakan “Adakah Anda Bosan?”. Saya telah menjadi saksi pada ujikaji itu. Maka nak dijadikan cerita, hamba Allah yang seorang ini telah mencuba keberaniannya untuk mengukur sejauh mana tahap kebosanannya apabila terkurung di dalam kamar mandi seorang diri. Ujikaji ini bermula pada jam 1.30 tghari pada 20hb Mei 2007. Saat yang mendebarkan telah tiba. Hamba Allah ini dengan beraninya telah memasuki kamar mandi yang telah diketahui pintunya telah rosak. Jadi dengan bangganya dia telah melangkah masuk ke kamar mandi itu. Apabila dia cuba untuk mengunci pintu kamar mandi itu, hatinya berdebar-debar kerana berlaku satu kejadian yang tidak diingini berlaku pada awal pagi di kamar mandi yang sama. Tapi dia tidak memperdulikan perasaan resahnya itu. Dengan hati yang berdebar-debar, hamba Allah ini mengunci tombol pintu. apa yang paling ditakuti telah berlaku!Pintu tidak bolah dibuka!Dia mencuba beberapa kali tetapi tidak berjaya. Lantas, dia menjerit!

Saya yang telah menjadi saksi kepada ujikaji ini berdebar apabila mendengar jeritannya. Kelakar pun ada juga(kuang kuang kuang!) Yang kelakarnya, tidak seorang pun yang berjaya membuka pintu kamar mandi itu termasuk saya. Jadi apa lagi yang boleh dibuat selain menunggu bantuan kecemasan tiba. Sementara menunggu bantuan tiba, saksi-saksi dalam ujikaji itu juga cuba untuk menolong ‘mangsa keadaan’ ini tetapi tidak berjaya….hahaha mau kasi ketawa pun ada jua….nak dijadikan cerita, terperangkaplah hamba Allah ini di dalam kamar mandi selama lebih kurang satu jam…Ternyata, terperangkap di dalam kamar mandi boleh meningkatkan tahap kebosanan hingga mencapai tahap dewa dewi kerana mangsa ujikaji ini telah menyanyikan pelbagai genre lagu untuk menghilangkan kebosanannya(suara dia….huhuhuhu boleh la tahan, tapi Roslan Aziz akan kata,”You need miracle, try again next year…”) Cuba anda bayangkan, dalam pada hamba Allah ini cuba untuk mengatasi tahap kebosanannya akibat terperangkap, saksi-saksi ujikaji terpaksa mendengar nyanyian yang mcm Roslan Aziz kata tu selama 1 jam…peh! Walau bagaimanapun, hamba Allah ini tetap tidak berputus asa untuk cuba untuk melepaskan diri tetapi tetap tidak berjaya. Terpaksalah kami menunggu bantuan tiba. Akhirnya, bantuan tiba dan mangsa berjaya diselamatkan. Jadi kesimpulan dari ujikaji ini, terperangkap di dalam kamar mandi(tak kira lah berapa lama pun) boleh mencetuskan perasaan bosan yang melampau-lampau hingga tahap pemikiran yang waras pun boleh menjadi kureng. Jadi pengajaran daripada ujikaji ini, jangan lah terperangkap di dalam kamar mandi dan jangan lah menjadi terlalu berani!

-white roses-