Archive for 'Kawan'
05
Trip Bukit Merah #3
Published by WaWa, under Blog, Foto, Kawan. 33 Comments.
**Maaflah kerana terlewat untuk up entri ini dari yang dijadualkan disebabkan penulis part 1 menghadapi masalah koneksi tahap cipan. Dan, untuk membaca entri ini, anda perlu terlebih dahulu membaca part #1 tulisan Azreen dan part #2 tulisan Mimi untuk mendapat kesinambungan cerita. Entri ini sangat panjang, sila bancuh secawan teh sebelum memulakan pembacaan.
**
Sementara Mimi check-in di dalam, kami yang kepenatan ini berehat saja di luar. Sudah lumrah Aimi dan Azreen yang memang fotogediks, kalau ada masa terluang sikit, tidak boleh tidak, mesti nak ambil gambar. Azreen pun mintalah bell boy yang sedang bertugas masa tu untuk ambil gambar menggunakan Olympus μ1000 milik aku. Dengan muka selamba, bell boy tu boleh pula request nak ambil gambar dengan Azreen. Tak boleh blah betul! Baru 5 minit sampai, Azreen dah dapat seorang peminat. Tak boleh nak senang duduk kan Azreen? Hehe. Aimi ada cakap kalau nak ambil gambar dengan si Azreen ni pun bukannya dia boleh simpan tapi bell boy tu kata tak kisah. Azreen setuju lah juga dengan muka tak puas hati ala-ala manja dia tu.
26
Bosanlah Cerita Lanun ni!
Published by WaWa, under Kawan, Santai. 2 Comments.
Petang semalam saya pergi menonton Pirates of the Caribbean:At World’s End dengan kak Jaja dan kawan-kawannya. Janji sepatutnya dalam pukul 2.30, selepas kak Jaja hadiri temuduga kerja di Wisma Merdeka. Tapi akhirnya kami jumpa pukul 5pm. Itupun kak Jaja called 15 minit sebelum pukul 5pm, suruh datang cepat, kononnya movie pukul 5pm. Nasib baik masa tu memang on the way nak ke CP, konon nak merayau kat CP sambil tunggu panggilan dari kak Jaja. Tercungap-cungap dari parking area tingkat 2 ke Palm Square untuk jumpa juniors sekejap, dan bergegas naik ke tingkat 8. Bajet memang dah lewat masuk, tapi bila dah jumpa kak Jaja, diaorang masih lepak di luar lagi. Rupanya movie tu start 5.20pm, tipu betul.
Sebenarnya saya memang tak tengok Pirates of the Caribbean 1 & 2, tak suka pun tengok filem ni. Filem lain seperti Harry Potter dan Lord of the Rings pun saya tak pernah tengok. Tak ada sebab yang munasabah kenapa saya tak mahu tengok cerita macam ni melainkan sebab saya tak suka tengok cerita yang orang ramai gembur-gemburkan sebagai best dan hebat! Macam filem Cinta dan Heart pun saya tak tengok. Pelikkan?
Jadi bayangkanlah bila movie tu mula pukul 5.20pm, pukul 6pm saya dah betulkan kedudukan duduk beberapa kali, kemudian sesekali kerling pada jam tangan. Ikutkan hati memang nak tidur je, tambah lagi bila tahu cerita ni 3 jam. Nasib baik aje lah kak Jaja yang belanja, kalau tak memang saya dah turutkan kata hati saya. Dalam cinema tu, orang ketawa saya ketawa, orang tak ketawa pun ada part tu saya ketawa juga. Bosan gile dowh~! Lagipun jalan cerita filem ni bagi saya macam lembap sikit. Ye lah kan, dah hati saya tergaru-garu nak cerita ni habis cepat, sebab tu la kot rasa macam tu.
Erm.. kak Jaja pula dapat kerja yang dia ditemuduga tu, patutnya start kerja hari isnin ni, tapi dia kata, alang-alang dah hujung bulan, so dia pun minta lah bos dia untuk kerja 1 Jun. Saya pun kata kat dia, “Percaya juga bos akak tu eh, sebab kalau saya, mesti macam tak percaya orang depan saya ni datang interview. Dah muka macam budak sekolah! Ntah betul entah tidak dia ni engineer. Haha…”.
“Wawa…harris ko ingat kan…Dia passed away nie yestd…. Tlg2 la sedekah kan al-fatihah”
Sheila.KDU ( 11-Jan-07 10:19)
Menurut kata-kata sumber, arwah meninggal dunia dalam keadaan tidur. Kononnya arwah tidur kat rumah kawan, kemudian esoknya bila nak kejut, tak bangun-bangun lagi. Sedih. Walaupun arwah ni kawan atas kawan, tapi kita tetap kenal; sama-sama dalam kelas LAN Islamic Studies. Pernah lagi duduk makan-minum-lepak kat Cafe sama-sama. Kehilangannya terasa juga.
Al-fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.