Archive for 'Kritikan'
30
Kepercayaan Kepada Tuhan
Published by WaWa, under Kritikan. 32 Comments.
*Kadang-kadang, untuk mengetengahkan sesuatu perkara, tak perlu entri yang panjang.*
Pagi tadi, Rashid dari Bahrain mengatakan tidak perlu (atau bolehkah saya gantikan dengan “wajib”?) seseorang untuk memasuki Islam jika mahu berkahwin dengan seorang Muslim. Dakwa beliau, seseorang itu hanya perlu percaya kepada Tuhan; contohnya seperti Kristian. Asal saja dia percaya wujudnya Tuhan, maka tidak perlu meminta mereka untuk masuk Islam, jika sebaliknya, barulah mereka diwajibkan untuk memeluk Islam terlebih dahulu sebelum berkahwin.
Nah. Saya speechless. Saya tahu saya jahil tapi, oh.. aduh.. sungguh.., speechless.
15
(Adakah) Kita Ekstrimis Agama
Published by WaWa, under Kritikan. 28 Comments.
Lebih kurang pukul 7pm tadi aku, Janet dan Adnan ke city centre untuk dinner. Agak awal tapi Janet bagitahu yang Adnan tak makan tengah hari, so aku pun ok aje lah. Adnan bawa aku dan Janet ke ASK, sebuah restoran Itali. Aku memang sebenarnya tawar hati sebab aku tak makan pasta atau spegeti. Ya, aku memang pelik tapi nak buat macam mana kalau aku telan pasta atau adik beradik pasta aje aku boleh muntah. Tak percaya tanya Amna, atau Mimi. Kan, kan??
Janet kata ade je dia tanya Adnan restoran tu halal atau tak sebab dia tahu aku cuma akan makan yang halal saja (eh, mestilah kan!) tapi Adnan dengan gaya “it doesn’t matter” nak juga ke ASK. Tak sensitif langsung! Berbuih aje mulut aku explain konsep “baca Basmallah dan makan” tu tempoh hari. Sampai kat luar restoran, aku dan Janet berdiri kat luar tengok menu ASK tapi Adnan yang memang tak gentleman tu terus masuk tanpa menunggu kami. Dia siap dah duduk tengok menu bila kami masuk.
10
Orang Yang Suka Menyusahkan Orang Lain
Published by WaWa, under Kritikan. 26 Comments.
Malam tadi sebenarnya aku nak tulis pasal satu news yang aku baca melalui Google Reader tapi disebabkan kepala aku agak ting-tong semalam, maka entri ditunda ke hari ini. Ia berkenaan seorang wanita Islam berhijab awal 20-an yang mendapat arahan untuk menjalani apa yang dinamakan jury service. Kebetulan kes yang perlu dihadiri oleh wanita ini adalah sebuah kes pembunuhan berprofil tinggi.
Wanita yang tak diketahui namanya (atas alasan keselamatan) sebenarnya sudah 2 kali cuba menolak untuk menjalankan tugas sebagai juri. Untuk kes ini pun sebenarnya dia cuba menolak dengan memberi alasan tetapi gagal dan tidak diterima. Mahu tak mahu dia terpaksalah jalankan tugas sebagai juri. Kau nak tahu apa dia buat sepanjang perbicaraan? Ya, “bijak” betul wanita itu. Adakah patut dia dengar MP3 player yang disembunyikan disebalik hijab yang dia pakai? Aku macam, “kepala hotak punya bodoh dia ni! Suka hati dia aje~”. Ambil ringan je padahal kerja juri tu berat tahu??
Dan yang membuatkan aku bertambah sakit hati bila melalui commenting system The Times untuk artikel tu aku baca satu komen, yang aku quote:
Yet another reason why such clothing should be banned in UK. It forms no part in the fabric of British society or life. People like this will always use the over lenient attitude of PC Britain to their own advantage …
Ya rittee..! Kot ye pun kau nak marah atau tak puas hati, apa kena mengena nak ban hijab pula? WTH? Atau kalau aku nak marah dalam Bahasa, kepala hotak kau! Patutnya orang macam kau pun masuk jail sekali. Well, setakat ni hanya komen dia seorang lah yang memang bias nak mati tapi boleh tak jangan kerana dia seorang kau nak suggest supaya ban hijab or whatsoever?
Berbalik dengan wanita yang buat hal tu pula, elok sangatlah dia dimasukkan ke dalam jail. Dia memang bersalah menghina mahkamah, mempersendakan perbicaraan dan membawa imej buruk kepada orang Islam. So adalah sangat patut dia masuk jail, biar dapat pengajaran moral sikit. Bagi aku, wanita ni dan terrorist tu sama saja. Orang macam diaorang lah yang buat nama Islam dan komuniti orang-orang Islam di sini busuk! Bodoh gila! Kitaorang yang baik hati duduk amant damai pula yang terdedah kepada apa-apa kesan negatif akibat tindakan mereka ni! Mangkuk hayun betol~
Aku juga bersetuju dengan pandangan yang diberikan melalui commenting stystem itu dan aku quote:
She made made a mockery out of the court and out of the British people in general. We are made out to be against the Muslim religion and how we do not try and understand the religion if we were to ask her to remove the hijab. Yet she uses her religion..the same religion she would protect gainst others…to hide the fact she was listening to her mp3 in court…
Kita mahu orang respect agama dan kepercayaan kita. Tapi kalau kau sendiri gunakan agama kau untuk mempersendakan orang lain, meperlecehkan sistem kehakiman ditempat kau bermastautin, apa yang kau expect mereka beri dengan kau? Hah?? Please lah! Guna otak tu sikit, boleh? Buat malu orang lain je! Tahu?? Eii.. geram betul aku! Bangang dan bodoh sungguh!
Hoh, puas dah hati aku~!
OK! Chow~
Bacaan lengkap: Juror faces jail for listening to MP3 player under hijab.
Bacaan lain: ‘Islamic duty’ to help UK police