Blog FaWaRi dotNET » Kritikan

Gores dan menang, hadiah yang perlu dibayar
Babak 1:

Anda berjalan-jalan di shopping complex, ditarik masuk ke kedai menjual barang-barang elektrik untuk satu peraduan gores dan menang. Janji mereka, anda boleh membawa pulang barang-barang yang dinyatakan dalam kad gores jika anda berjaya tanpa membayar apa-apa. Maka secara lumrahnya anda pun bersetuju sebab bagi anda, anda tidak akan rugi apa pun jika sekadar mencuba.

Babak 2:

Anda masuk ke dalam kedai, diminta mengisi borang yang entah untuk tujuan apa dan kemudian diberi kad gores untuk anda gores. Ada empat goresan. Goresan pertama anda berjaya mendapat ketuhar elektrik, goresan kedua anda kononnya berjaya membawa pulang pengisar makanan, goresan ketiga mendapat alat senaman perut dan goresan keempat anda mendapat set dapur elektrik. Wah, bertuahnya anda hari ini! Kesemua staf yang berada di kedai itu menjadi kecoh, kerana kononnya kejadian ini jarang-jarang berlaku. Mulalah mereka menyatakan kekaguman terhadap tuah anda dan meluahkan rasa tidak percaya. Anda pun berubah menjadi excited, terpengaruh dengan reaksi mereka agaknya. Seorang dari mereka akan kata, kita kena tanya bos dulu sebab tak pasti ini betul atau tidak.

Babak 3:

Mereka akan buat panggilan kepada “bos” dan “bos” itu akan minta untuk bercakap dengan anda. Anda pun akan ditanya, apakah anda mempunyai hubungan dengan salah seorang staf nya. Bertanya itu dan ini hanya sekadar untuk buat anda rasa lebih percaya anda akan membawa pulang keempat-empat hadiah yang baru saja anda menangi tadi. Telefon beralih kepada staf tadi, dan “bos” memberitahu bahawa anda layak untuk menang kesemua hadiah itu. Staf-staf lain akan bawa keluar barang-barang yang anda menang tu untuk tunjuk di hadapan anda.

Babak 4:

Salah seorang dari staf tu akan mula mencucuk jarum. Kata mereka, untuk bawa pulang hadiah-hadiah tersebut, anda perlu membeli satu daripada barangan promosi yang tertera di dalam majalah mereka. Mereka akan syorkan salah satu barangan yang kononnya adalah sepakej dengan salah satu hadiah anda. Dengan voucher yang anda dapat pada awal nya (dengan mengisi borang) anda boleh mendapat harga yang sedikit murah dari harga asal. Dalam contoh ini, voucher anda bernilai RM100. Maka, jika barangan harga yang mereka syorkan itu bernilai RM2799, anda hanya perlu membayar RM2699. Anda pun kata anda tidak ada wang tunai pada masa itu dan hanya mahukan hadiah-hadiah tadi. Voucher yang anda dapat itu juga anda mahu simpan dan akan gunakannya lain kali. Staf tersebut akan terus mendesak anda membeli barang promosi tadi, menggunakan kad kredit. Kata nya, anda juga boleh mendapat bonus jika menggunakan kad kredit.

Babak 5:

Pilihan 1 – Anda bayar RM2699 (samada dengan wang tunai atau kad kredit), bawa pulang kesemua hadiah yang anda menangi tu, menjadi duta mereka dan mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam majalah. Hati anda seronok kerana anda kononnya bertuah dan hati mereka juga senang kerana komisyen telah masuk dalam kocek masing-masing.

Pilihan 2 – Anda menolak kesemua hadiah dan hanya mengambil mug yang memang dah diberikan kepada anda semasa anda mula-mula mengisi borang. Anda pulang dengan rasa sedikit kecewa sebab tidak mendapat hadiah tersebut tapi lega kerana tahu anda tidak tertipu dan mereka pula mula bercakap-cakap sesama mereka betapa mereka gagal untuk mendapat seorang pelanggan hari ini. Oh ya, dan muka mereka begitu kelat sebab tidak mendapat apa-apa komisyen jualan.

Babak terakhir tu korang tentukan sendiri penamatnya. Terpulanglah kepada anda mahu membuat keputusan yang bagaimana. Termasuk hari ini, sudah kali ketiga saya bertemu dengan tiga orang yang hampir-hampir diperdayakan dan orang yang dah diperdayakan. Pertama kali adalah lebih kurang 7 tahun dulu, pakcik Chai, driver saya yang hampir diperdayakan. Kali kedua, diceritakan oleh seorang kawan bagaimana ayahnya membayar untuk hadiah yang dah dimenanginya (tapi tidak lah saya beritahu pada kawan saya tu yang mereka dah ditipu) dan kali ketiga terjadi kepada abah, petang tadi. Bila saya dipanggil masuk ke dalam kedai itu oleh abah dan tengok situasi mereka, saya dan Anwar masuk dengan selamba sambil membuat muka bosan. Orang kat kedai tu rasa pelik agaknya tengok saya tidak ghairah dengan “tuah” abah.

Lepas kami masuk ke kedai, abah beberapa kali cuba berdiri dan mahu keluar untuk hisap rokok. (Dalam kereta abah cakap dia mahu saya yang setel-kan.). Tapi masa tu, saya pula yang cakap kat abah “Abah, duduk.. duduk”. Lepas tu saya ajak Anwar pergi beli tat telur, haha. Lepas beli tat telur kami patah balik ke kedai itu dan lihat abah sudah tiada di sana. Saya tengok muka staf-staf tadi semuanya muram saja sambil berbual tentang sesuatu. Masa itu saya tahu lah yang abah cuma mengambil mug itu saja.

Diaorang tu cuma mahu duit saja. Eii.. bikin panas betul. – Abah

Tahukah kedai mana yang saya maksudkan? Nama kedai tu cuma ada empat huruf, bermula dengan huruf A dan berakhir dengan huruf A juga. Yang saya cuma boleh kasihankan mereka adalah, taktik menarik pelanggan tu memang dah basi. Bayangkan jika situasi ini terjadi dengan driver saya 7 tahun lepas, maka taktik mereka ni dah hampir 1 dekad. Haha. Oi oi, upah perancang strategi baru lah wei! Yang lama tu kau suruh dia bersara. Haha.

Jom beli bola!
Thaksin beli kelab bola sepak Manchester City dengan kos RM554.2 juta. Akhbar tempatan pula mendakwa Thaksin menggunakan medium bola sepak dengan tujuan bermain (dan mencampuri) politik Thailand. Dalam masa yang sama, mereka memuji Thaksin kerana keputusan mengambil tiga pemain tempatan untuk bermain dengan Manchester City.

Nah! Apa yang ditunggu lagi Malaysia? Kita belanja setakat RM95 juta untuk program angkasawan. Kemudian ada perancangan untuk membeli kapsul Soyuz yang membawa angkasawan negara pertama yang dikasihi rakyat Malaysia (terutama sekali gadis-gadis pingitan) ke angkasa. Maka, apa salahnya kita belanja pula RM544.2 juta untuk beli kelab bola sepak Inggeris? Kemudian serapkan beberapa pemain tempatan ke dalam pasukan itu. Nah, dengan mudah kita berjaya mencapai impian sekian lama untuk melihat orang Malaysia beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Kemudian pak menteri boleh usulkan tarikh bersejarah dan anggap sebagai cuti umum kemasukan pemain tempatan ke kelab bola sepak Inggeris.

Harum lagi nama Malaysia. Yay! Malaysia boleh.

Rileklah ‘Tok!
Listening to: Jangan Cepat Marah oleh Aznil Hj Nawawi

Lama tak update. Idea mati-lah. Jalan-jalan di dunia blog baca banyak ulasan tentang perhimpunan sabtu lepas. Ada yang mengirim email meminta saya menulis pendapat saya berkenaan isu ini, terima kasih. Tapi saya cuma boleh jawab “no comment“. Jawapan saya semua off the record. Sensitif. Kontroversi. Tak mahu.

Sedikit saja yang saya nak kongsi. Dalam banyak-banyak video berkenaan perhimpunan ini yang saya tonton di Youtube, video ini berjaya memasuki favourite list saya, siap muat turun lagi. Boleh bikin pengubat lara di kala sedang berduka.   Sila-lah tonton video ini macam tonton Senario. Tapi video ini bukan lawak splastik ok, ini lawak betul-betul thumbs up!

WPvideo 1.10

<object data="http://www.youtube.com/v/A1_GQ-K7P_w" type="application/x-shockwave-flash" width="100%" height="100%"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/A1_GQ-K7P_w"></param></object>

Semoga terhibur~

Oh ya! BERSIH yang disebut ‘ber-sih’ dalam bahasa Melayu, jika disebut dalam English adalah ‘ber-zai’. =))

Kepercayaan Kepada Tuhan
*Kadang-kadang, untuk mengetengahkan sesuatu perkara, tak perlu entri yang panjang.*

Pagi tadi, Rashid dari Bahrain mengatakan tidak perlu (atau bolehkah saya gantikan dengan “wajib”?) seseorang untuk memasuki Islam jika mahu berkahwin dengan seorang Muslim. Dakwa beliau, seseorang itu hanya perlu percaya kepada Tuhan; contohnya seperti Kristian. Asal saja dia percaya wujudnya Tuhan, maka tidak perlu meminta mereka untuk masuk Islam, jika sebaliknya, barulah mereka diwajibkan untuk memeluk Islam terlebih dahulu sebelum berkahwin.

Nah. Saya speechless. Saya tahu saya jahil tapi, oh.. aduh.. sungguh.., speechless.

(Adakah) Kita Ekstrimis Agama
Lebih kurang pukul 7pm tadi aku, Janet dan Adnan ke city centre untuk dinner. Agak awal tapi Janet bagitahu yang Adnan tak makan tengah hari, so aku pun ok aje lah.  Adnan bawa aku dan Janet ke ASK, sebuah restoran Itali. Aku memang sebenarnya tawar hati sebab aku tak makan pasta atau spegeti. Ya, aku memang pelik tapi nak buat macam mana kalau aku telan pasta atau adik beradik pasta aje aku boleh muntah. Tak percaya tanya Amna, atau Mimi. Kan, kan??

Janet kata ade je dia tanya Adnan restoran tu halal atau tak sebab dia tahu aku cuma akan makan yang halal saja (eh, mestilah kan!) tapi Adnan dengan gaya “it doesn’t matter” nak juga ke ASK. Tak sensitif langsung! Berbuih aje mulut aku explain konsep “baca Basmallah dan makan” tu tempoh hari. Sampai kat luar restoran, aku dan Janet berdiri kat luar tengok menu ASK tapi Adnan yang memang tak gentleman tu terus masuk tanpa menunggu kami. Dia siap dah duduk tengok menu bila kami masuk.

Duduk. Aku tengok menu. Iskh.. semualah pasta dan segala macam adik beradik sepupu pasta. Ada piza tapi sahlah aku tak makan juga kan dengan size yang besar untuk aku seorang dan err, tak dijamin ke-halal-an piza tu. Tak silap aku, tak ada piza untuk Vegetarian. Aku mulanya nak ambil risiko order spegeti tapi entahlah, takut tak lalu makan nanti. Hah, mahu tahu akhirnya aku order apa? Garlic bread dan diet coke! Janet order spegeti, Adnan order lasagna.

Sementara tunggu makanan dihidang, Adnan minta maaf sebab bawa ke ASK. Dia kata lain kali dia akan ikut mana tempat yang aku nak pergi. Kepala hotak kau, dah tak ada lain kali dah. Aku tak mahu keluar makan dah dengan kau. Aku macam pelik, apalah masalahnya makan kat restoran Arab ke, India ke. Boleh tahan sedap dan diyakini halal lagi. Dia kata dia tak suka makan kat restoran Arab. Ceh~ mengada! Kemudian dia tanya, apa pasal aku hanya order garlic bread. Aku pun kata, aku akan muntah kalau makan pasta dan definisi halal aku dengan defisini halal kau tu lain. Bermula dari situ, kami berselisih pendapat. Sikit lagi aku hilang sabar, eiii..!!

Hujah dia, takkan kita perlu berpuasa sepanjang masa kalau tiada makanan halal. Kalau konsep “baca Basmallah dan makan” tu tak boleh digunakan? Dia bagi contoh pelajar Saudi di US yang memang susah nak cari makanan halal tu, takkan tak payah makan? Tegas dia lagi, takkan hari-hari dia kena berulang alik ke Cowley Road semata-mata untuk dapatkan makanan halal disitu? Dalam hati aku, “bongok seh mamat nih”. Aku katalah, konsep “baca Basmallah dan makan” tu hanya boleh dipraktikkan kalau kau darurat, memang dah tak ada benda nak makan. Masa itu, bolehlah kau makan apa saja yang ada. Tapi kalau setakat kau tak dapat cari sandwich tuna atau sandwich telur kat student union, ada makanan lain kau boleh beli. Contohnya, tanya dia. Aku pun kata, snacks ke, buah-buahan ke, yang penting bukan chicken sandwich yang tak ada tanda halal. Aku tambah lagi, dan kalau di Cowley Road saja yang ada makanan halal, kau kenalah berusaha ke sana juga walaupun sedikit leceh. Tidak bermakna kerana perlu mengambil bas lain yang bertentangan dengan jalan ke kampus atau hall, kau diberi kelonggaran untuk mengguna konsep “baca Basmallah dan makan”!

Aku memang dah panas oo tadi, rasa macam nak keluar dari situ aje bila dia macam memperlekehkan aku. Janet pula asyik nak mencelah suruh aku beli apa-apa sebelum balik. Duduk diam sudah..! Adnan pula bila bercakap tak tengok muka, asyik main dengan kunci dan pandang meja. Eii.. geram tak terkata! Dia asyik ulang hujah yang sama, dan aku pun asyik ulang pendirian aku sebab dia sungguh tak faham-faham. Kemudian aku menemplek, orang-orang di Malaysia secara umumnya menganggap orang Arab macam kau ni lebih mengetahui dan memahami setiap konsep dan ajaran kerana bahasa Al-Quran adalah bahasa Arab. Ia satu kelebihan, bukan mengambil mudah setiap perkara terutama konsep halal dalam Islam!

Mahu tahu apa dia kata seterusnya? Dia kata sambil senyum dan meminta maaf sebelum melafaz, orang Malaysia ni ekstrimis agama. Cet! Memang darah naik terus ke muka aku, panas! Aku pun boleh rasa kepanasan muka sendiri. Tegas aku, ini bukan masalah ekstrim atau tidak. Ini masalah salah faham konsep. Kau orang Arab selalu memudahkan konsep yang sebenarnya mudah untuk difahami. Janet cuba menyampuk, suruh Adnan memahami budaya orang Islam di Malaysia. Aku kata ini juga sebenarnya bukan sebab budaya. Tapi ini pemahaman terhadap konsep yang asas dalam agama. Takkan isu halal dan haram pun kau sebagai orang Arab susah nak faham?  Adnan tanya samada orang Islam lain di Malaysia akan setuju dengan pendapat dia. Sambil mengingati pendapat-pendapat yang kalian berikan dalam entri sebelum ini aku kata dengan yakin, tentu tidak! Aku meminta maaf sebelum menyambung untuk mengatakan, mereka kata kau orang Arab ni gila! Dan Adnan hanya ketawa. See, dia tak kisah pun!

Dan aku tak ingat lagi apa yang berlaku seterusnya, tapi sebelum kami menamatkan perang, Adnan dengan bangganya kata mereka orang Arab lebih mengetahui dari orang lain kerana bahasa di dalam Al-Quran adalah bahasa mereka, bahasa Arab. Dan yang menyakitkan hati aku lagi bila dia kata, “In Saudi, we have Mecca and Madina. You, what do you have in Malaysia?”, sambil sengih-sengih macam kerang busuk. Bencikan??

Arghh!! Kalau aku tak fikirkan aku sedang berada di negara orang, memang lama dah aku keluar dari restoran tu dan tinggalkan Janet seorang bersama Adnan. Nasib baik aku masih ingat mahu jaga air muka dan ego aku! Hoh! Aku rasa aku emosi dan Adnan bersikap acuh tak acuh, tapi sungguhlah, aku angin betul sebab dia tak ambil berat pasal konsep halal ni. Aku sebenarnya ok je kalau pun nak ke restoran Itali (salah aku sebab tak makan pasta) tapi aku sungguh-sungguh tak faham kenapa diaorang ni boleh ambil mudah tentang konsep halal ni. Susah sangat ke nak faham konsep sebenar? Tak kisahlah dia nak menghalal apa-apa pun, tapi respect pendirian aku, boleh?