Archive for 'Kritikan'
04
Gores dan menang, hadiah yang perlu dibayar
Published by WaWa, under Kritikan. 16 Comments.
Babak 1:
Anda berjalan-jalan di shopping complex, ditarik masuk ke kedai menjual barang-barang elektrik untuk satu peraduan gores dan menang. Janji mereka, anda boleh membawa pulang barang-barang yang dinyatakan dalam kad gores jika anda berjaya tanpa membayar apa-apa. Maka secara lumrahnya anda pun bersetuju sebab bagi anda, anda tidak akan rugi apa pun jika sekadar mencuba.
Babak 2:
Anda masuk ke dalam kedai, diminta mengisi borang yang entah untuk tujuan apa dan kemudian diberi kad gores untuk anda gores. Ada empat goresan. Goresan pertama anda berjaya mendapat ketuhar elektrik, goresan kedua anda kononnya berjaya membawa pulang pengisar makanan, goresan ketiga mendapat alat senaman perut dan goresan keempat anda mendapat set dapur elektrik. Wah, bertuahnya anda hari ini! Kesemua staf yang berada di kedai itu menjadi kecoh, kerana kononnya kejadian ini jarang-jarang berlaku. Mulalah mereka menyatakan kekaguman terhadap tuah anda dan meluahkan rasa tidak percaya. Anda pun berubah menjadi excited, terpengaruh dengan reaksi mereka agaknya. Seorang dari mereka akan kata, kita kena tanya bos dulu sebab tak pasti ini betul atau tidak.
Babak 3:
Mereka akan buat panggilan kepada “bos” dan “bos” itu akan minta untuk bercakap dengan anda. Anda pun akan ditanya, apakah anda mempunyai hubungan dengan salah seorang staf nya. Bertanya itu dan ini hanya sekadar untuk buat anda rasa lebih percaya anda akan membawa pulang keempat-empat hadiah yang baru saja anda menangi tadi. Telefon beralih kepada staf tadi, dan “bos” memberitahu bahawa anda layak untuk menang kesemua hadiah itu. Staf-staf lain akan bawa keluar barang-barang yang anda menang tu untuk tunjuk di hadapan anda.
Babak 4:
Salah seorang dari staf tu akan mula mencucuk jarum. Kata mereka, untuk bawa pulang hadiah-hadiah tersebut, anda perlu membeli satu daripada barangan promosi yang tertera di dalam majalah mereka. Mereka akan syorkan salah satu barangan yang kononnya adalah sepakej dengan salah satu hadiah anda. Dengan voucher yang anda dapat pada awal nya (dengan mengisi borang) anda boleh mendapat harga yang sedikit murah dari harga asal. Dalam contoh ini, voucher anda bernilai RM100. Maka, jika barangan harga yang mereka syorkan itu bernilai RM2799, anda hanya perlu membayar RM2699. Anda pun kata anda tidak ada wang tunai pada masa itu dan hanya mahukan hadiah-hadiah tadi. Voucher yang anda dapat itu juga anda mahu simpan dan akan gunakannya lain kali. Staf tersebut akan terus mendesak anda membeli barang promosi tadi, menggunakan kad kredit. Kata nya, anda juga boleh mendapat bonus jika menggunakan kad kredit.
Babak 5:
Pilihan 1 - Anda bayar RM2699 (samada dengan wang tunai atau kad kredit), bawa pulang kesemua hadiah yang anda menangi tu, menjadi duta mereka dan mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam majalah. Hati anda seronok kerana anda kononnya bertuah dan hati mereka juga senang kerana komisyen telah masuk dalam kocek masing-masing.
Pilihan 2 - Anda menolak kesemua hadiah dan hanya mengambil mug yang memang dah diberikan kepada anda semasa anda mula-mula mengisi borang. Anda pulang dengan rasa sedikit kecewa sebab tidak mendapat hadiah tersebut tapi lega kerana tahu anda tidak tertipu dan mereka pula mula bercakap-cakap sesama mereka betapa mereka gagal untuk mendapat seorang pelanggan hari ini. Oh ya, dan muka mereka begitu kelat sebab tidak mendapat apa-apa komisyen jualan.
Babak terakhir tu korang tentukan sendiri penamatnya. Terpulanglah kepada anda mahu membuat keputusan yang bagaimana. Termasuk hari ini, sudah kali ketiga saya bertemu dengan tiga orang yang hampir-hampir diperdayakan dan orang yang dah diperdayakan. Pertama kali adalah lebih kurang 7 tahun dulu, pakcik Chai, driver saya yang hampir diperdayakan. Kali kedua, diceritakan oleh seorang kawan bagaimana ayahnya membayar untuk hadiah yang dah dimenanginya (tapi tidak lah saya beritahu pada kawan saya tu yang mereka dah ditipu) dan kali ketiga terjadi kepada abah, petang tadi. Bila saya dipanggil masuk ke dalam kedai itu oleh abah dan tengok situasi mereka, saya dan Anwar masuk dengan selamba sambil membuat muka bosan. Orang kat kedai tu rasa pelik agaknya tengok saya tidak ghairah dengan “tuah” abah.
Lepas kami masuk ke kedai, abah beberapa kali cuba berdiri dan mahu keluar untuk hisap rokok. (Dalam kereta abah cakap dia mahu saya yang setel-kan.). Tapi masa tu, saya pula yang cakap kat abah “Abah, duduk.. duduk”. Lepas tu saya ajak Anwar pergi beli tat telur, haha. Lepas beli tat telur kami patah balik ke kedai itu dan lihat abah sudah tiada di sana. Saya tengok muka staf-staf tadi semuanya muram saja sambil berbual tentang sesuatu. Masa itu saya tahu lah yang abah cuma mengambil mug itu saja.
Diaorang tu cuma mahu duit saja. Eii.. bikin panas betul. - Abah
Tahukah kedai mana yang saya maksudkan? Nama kedai tu cuma ada empat huruf, bermula dengan huruf A dan berakhir dengan huruf A juga. Yang saya cuma boleh kasihankan mereka adalah, taktik menarik pelanggan tu memang dah basi. Bayangkan jika situasi ini terjadi dengan driver saya 7 tahun lepas, maka taktik mereka ni dah hampir 1 dekad. Haha. Oi oi, upah perancang strategi baru lah wei! Yang lama tu kau suruh dia bersara. Haha.
16
Jom beli bola!
Published by WaWa, under Dunia, Kritikan, Malaysia. 33 Comments.
Thaksin beli kelab bola sepak Manchester City dengan kos RM554.2 juta. Akhbar tempatan pula mendakwa Thaksin menggunakan medium bola sepak dengan tujuan bermain (dan mencampuri) politik Thailand. Dalam masa yang sama, mereka memuji Thaksin kerana keputusan mengambil tiga pemain tempatan untuk bermain dengan Manchester City.
Nah! Apa yang ditunggu lagi Malaysia? Kita belanja setakat RM95 juta untuk program angkasawan. Kemudian ada perancangan untuk membeli kapsul Soyuz yang membawa angkasawan negara pertama yang dikasihi rakyat Malaysia (terutama sekali gadis-gadis pingitan) ke angkasa. Maka, apa salahnya kita belanja pula RM544.2 juta untuk beli kelab bola sepak Inggeris? Kemudian serapkan beberapa pemain tempatan ke dalam pasukan itu. Nah, dengan mudah kita berjaya mencapai impian sekian lama untuk melihat orang Malaysia beraksi di Liga Perdana Inggeris.
Kemudian pak menteri boleh usulkan tarikh bersejarah dan anggap sebagai cuti umum kemasukan pemain tempatan ke kelab bola sepak Inggeris.
Harum lagi nama Malaysia. Yay! Malaysia boleh.
12
Rileklah ‘Tok!
Published by WaWa, under Kritikan, Malaysia. 32 Comments.
Listening to: Jangan Cepat Marah oleh Aznil Hj Nawawi
Lama tak update. Idea mati-lah. Jalan-jalan di dunia blog baca banyak ulasan tentang perhimpunan sabtu lepas. Ada yang mengirim email meminta saya menulis pendapat saya berkenaan isu ini, terima kasih. Tapi saya cuma boleh jawab “no comment“. Jawapan saya semua off the record. Sensitif. Kontroversi. Tak mahu.
Sedikit saja yang saya nak kongsi. Dalam banyak-banyak video berkenaan perhimpunan ini yang saya tonton di Youtube, video ini berjaya memasuki favourite list saya, siap muat turun lagi. Boleh bikin pengubat lara di kala sedang berduka.
Sila-lah tonton video ini macam tonton Senario. Tapi video ini bukan lawak splastik ok, ini lawak betul-betul thumbs up!
Semoga terhibur~
Oh ya! BERSIH yang disebut ‘ber-sih’ dalam bahasa Melayu, jika disebut dalam English adalah ‘ber-zai’. =))