FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Archive for 'Selebriti'

Aug
17

Sharifah Amani menang Pelakon Wanita Terbaik seawal usia 20 tahun. Kakaknya Sharifah Aleya pun tidak ada pencapaian itu. Sepatutnya sejak dinobat Pelakon Wanita Terbaik FFM19 sabtu lalu, semua media sedang memuji-muji kejayaan Amani itu. Tetapi lain pula jadinya, hanya kerana ucapan beliau ketika itu; “It will sound stupid if I speak Malay… If making this film is mencemar budaya, let’s do it more often”. Dalam masa tidak sampai 20 saat, Amani membuat 2 kesalahan sehinggakan digelar oleh VVIP sebagai “bintang filem perasan”.

Kerana kontroversi ini, ramai yang menganggapnya sebagai lupa diri dan tidak kurang juga yang mempersoalkan kewajaran beliau memenangi anugerah ini. Jika anda mentafsir kata-kata Amani itu sebagai menghina bahasa Melayu, cubalah melihat dari maksud yang lain pula. Mungkin benar niatnya cuma tidak mahu merosakkan majlis jika beliau meneruskan ucapan dalam bahasa Melayu. Bayangkan jika Amani berucap dalam bahasa Melayu ia mungkin mengambil masa lebih 20 saat. Keadaan ini boleh juga mencacatkan majlis dengan ucapan tersekat-sekat, masa yang lama atau kesilapan kata-kata. Kita bersangka baik saja. Ketika saya mendengar ucapan Amani, saya tidak terus melompat seperti orang lain dan marah-marah. Kenapa begitu? Kerana kita cuba memahami maksud yang cuba disampaikan Amani. “…sound stupid if I speak Malay..”, mungkin tidak boleh ditafsir dengan literal meaning. “Stupid” Amani pada pendapat saya yang kurang arif ini bolehlah dijelaskan beliau tidak yakin berbahasa Melayu yang tunggang-langgang dalam ucapannya.

Kata Nisah Haron, bukan semua perkara boleh selesai dengan maaf sahaja. Apatah lagi jika ia dipertontonkan secara siaran langsung ke seluruh negara. Tetapi Amani perlu diberi peluang, dia masih muda dan baru 20 tahun. Menghukum Amani terus-terusan walaupun setelah ungkapan maaf secara terbuka diberikan, tidak akan sampai kemana. Walaupun bagi dirinya tidak punya sekelumit niat untuk menghina bahasa Melayu; desakan, tohmanan dan kritikan pedas diterimanya sebagai satu pengajaran, dan beliau tanpa segan silu telah membuat pengakuan maaf secara terbuka. Maka mengapa kita juga tidak menerima permohonan maaf itu dengan hati yang terbuka? Saya percaya ini merupakan pengajaran terbaik buat Amani dan tentu beliau akan lebih berhati-hati pada masa depan.

Satu yang terlintas difikiran saya. Dalam majlis anugerah yang lain, jika ada pemenangnya yang berucap bercampur aduk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, tidakkah ia digelar juga “bintang filem perasan”? VVIP berkenaan tidak perlu meloncat marah kerana sekilas kita dengar pun sudah tahu maksud yang cuba disampaikan, apatah lagi VVIP yang lebih arif dan berpengetahuan?

Jul
17

Yang rahsia tidak rahsia lagi. Semua pun telah terjawab. Selamat berbahagia Siti Nurhaliza dan Dato’ K. 21 Ogos 2006 hari bahagia.

Berapa jauh rumah puteri,
berteman dan berkereta,
betapa susah melepaskan Siti,
penuh tohmahan dan sengketa…

- Ayah Siti Nurhaliza

Jul
02

untuk mawi

Published by WaWa, under Selebriti. 1 Comment.

Ucapan takziah untuk Mawi dan keluarga diatas peninggalan ayah Mawi, Allahyarham Ani b. Ahmad malam tadi. Berita ini disampaikan secara langsung oleh Aznil ketika Konsert ke-5 AF4 berada di kemuncaknya.

Mawi putus tunang beberapa jam sebelum ayahnya menghembuskan nafas terakhir. Itu kata akhbar. Semasa melayari MawiFC tengah hari tadi, terbaca pesanan dari ahli MawiFC untuk tidak bertanyakan apa-apa tentang Ina jika berkunjung ke pengebumian ayah Mawi.

Itu pesanan yang betul saya kira. Pada masa ini, Mawi tidak harus diganggu atau dirimaskan dengan perkara-perkara lain. Yang penting didahulukan dan saya percaya semua pihak memahaminya.

Al-fatihah.