Archive for 'Selebriti'
04
Dan, aku jatuh chenta!
Published by WaWa, under Hiburan, Selebriti. 27 Comments.
Oh, sungguh comel sekali senyuman kekasih hatiku, Zizan Nin.
17
Tangisan membuang masa
Published by WaWa, under Selebriti. 4 Comments.
Lama tak update, tiba-tiba rasa nak tulis pasal AF5. Ni pasal diari semalam.
Saya hairan lah dengan budak-budak AF ni. Tak kisahlah batch mana pun, semuanya sama je. Pelik bin ajaib. Setiap kali tak boleh bawa lagu dengan baik, atau kena tegur dengan tenaga pengajar, ada saja yang akan menangislah, sedihlah. Dah buat silap dan ditegur, betulkanlah. Tak payah nak buang masa menangis, dipujuk lagi, aduh.. Tak bermanfaat pun kan. Konon nak buat yang terbaik, so betulkanlah apa yang salah! Menangis macam tu, tak ada gunanya. Bukan saja buang masa diri sendiri, lagi masa orang lain yang memujuk pun terbuang macam tu saja.
Bukannya apa, saya penatlah tengok setiap musim pun bila ada yang ditegur sikit, mulalah menjerit itu ini. Susah payah lagi kawan-kawan dan tenaga pengajar nak memujuk. Kemudian bila ditanya kenapa menangis, mereka akan kata: “saya risau tak boleh buat” “saya tau saya boleh tapi…” dan sewaktu dengannya. Apa kes?? Orang lain kat luar, yang bertungkus lumus study siang malam, tak ada pula yang menangis hu-ha-hu-ha. Buat assignment, nangis. Tengah study, nangis. Pensyarah tegur, nangis. Ada ke? Tak ada kan?? Konsepnya mudah. Jika buat silap, baiki kesilapan. Jadi macam tak ada point lah untuk budak-budak AF tu menangis bila ditegur sebab pitching tak sampai, key tak betul atau step tarian salah.
Saya cakap macam ni, bukan untuk budak-budak AF tu saja. Dalam semua hal pun, kalau buat kerja tak betul, lepas tu ditegur secara baik, maka perbetulkanlah kesilapan. Bukan dengan cara menangis. Buang masa, buang tenaga.
Sehingga bertemu di lain kali.
19
berikan Siti kehidupannya
Published by WaWa, under Selebriti. No Comments.
Esok hari bersejarah Siti Nurhaliza. Selepas ijabkabul, sahlah penyanyi Siti Nurhaliza menjadi isteri kepada ahli korporat, Datuk K. Kemudian apa saja kata-kata yang terhambur daripada mulut orang ramai atau peminat sekalipun, cukuplah dan hentikan. Doakan Siti berbahagia hingga keakhirnya, dan berikan Siti kehidupan yang sepatutnya menjadi miliknya.
Pada masa yang sama, bekas isteri Datuk K bersama ketiga-tiga anaknya berlepas ke Melbourne. Sebagaimana dilaporkan media, beliau pergi untuk bercuti dan mencari ketenangan. Saya kasihan melihat wanita ini. Penceraian berlaku kerana tidak lagi ada persefahaman. Tetapi sebagai suami isteri yang sudah tinggal bersama selama 20 tahun dan mempunyai 4 orang anak lelaki yang sudah besar sudah tentu telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan hidup berumahtangga. Jika selama 20 tahun, mereka boleh bersama-sama menempuh segala dugaan kenapa tidak dicari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan apa jua masalah yang timbul diantara mereka. Umum mengetahui penceraian adalah jalan paling akhir dan amat tidak digalakkan dalam islam. Mengapa kali ini dengan mudah cerai merupakan jalan yang dipilih.
Tetapi kita ini orang luar. Jika ini sebuah drama, kita adalah penontonnya. Bezanya drama yang ditonton ini bagaikan tidak ada skrip tetap. Ia berlaku mengikut emosi, perasaan, kemahuan dan keinginan pelakon-pelakon yang terbabit. Tidak suka sekalipun jalan ceritanya, kita tidak berhak mengubah kerana yang memainkan watak adalah pelakon-pelakon. Maka sebagai penonton, kita tonton sajalah. Anda boleh membuat kritikan terhadap drama, tetapi untuk mengubah jalan ceritanya adalah mustahil sama sekali.
Perkahwinan esok pula adalah yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama. Teka-teki siapakah pasangan hidup seorang Siti Nurhaliza telahpun terjawab. Apasaja reaksi anda mengenai pilihan Siti Nurhaliza sejak beliau mengumumkan secara rasmi lelaki pilihannya Julai lalu, seperti yang saya katakan tadi, berdoalah untuk kebahagiaannya. Hormati pilihan beliau.
Tidak perlu iri hati, dengki mendengki atau menyimpan dendam. Maka apa saja rancangan samada untuk membaling telur atau apa saja pada hari perkahwinan Siti nanti adalah perbuatan yang sungguh-sungguh tidak masuk akal. Berikan Siti kehidupannya.
Selain ribuan peminat Siti, perarakan melalui Taman KLCC ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dijadualkan 28 Ogos ini, juga dikhuatiri dihadiri golongan yang kurang senang dengan perkahwinan berkenaan.
Malah, sumber memberitahu Berita Minggu, ada segelintir pihak memang menunggu masa untuk mensabotaj perarakan berkenaan termasuk membaling telur busuk bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkahwinan itu.