Archive for the ‘Buku’ Category
Klip kertas yang berwarna merah
Hampir seharian saya lepak di Kinokuniya KLCC. Hantar mesej kepada Azreen dan kak Dhiey mengajak mereka untuk sama-sama membaca buku di Kinokuniya tapi masing-masing pula ada hal. Kononnya bajet salah seorang mesti free, hoho. Selepas membelanja RM529.41 untuk buku-buku pelbagai genre, saya naik ke tingkat 2 Kinokuniya, duduk di Coffee Club Express, menghirup secawan Earl Grey tea (err, dua cawan sebenarnya) sambil membaca One Red Paperclip tulisan Kyle Macdonald.
Hanya dengan sekeping klip kertas, Kyle Macdonald berjaya mengubah hidup between jobs beliau dan hanya bergantung harap dengan kekasih hati kepada satu cerita perjalanan kehidupan yang menarik dan tak terlampau saya katakan: sehingga menjadi terkenal (sekurang-kurangnya di Canada dan North America).
Ini bukan cerita tipikal bagaimana orang biasa berjaya mengubah nasib menjadi kaya raya atau bagaimana orang biasa boleh menjana banyak duit atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Saya belum habis baca buku ni, tapi setakat yang saya tahu, tidak ada langsung perdagangan melibatkan modal wang dalam cerita Kyle Macdonald. Saya kena berterus terang, saya baru sampai muka surat 179, angka yang jarang-jarang saya boleh capai apabila membaca buku berbahasa Inggeris dalam masa tiga jam. Ini kerana saya agak kurang membaca buku-buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris selain buku-buku pelajaran yang maha tebal (semuanya!). Khusyuk juga saya membaca sampai tak sedar masa, sedang pelanggan-pelanggan di Coffee Club Express tu bertukar ganti. Jika ada yang fikir buku ini akan mengajar anda untuk membuat banyak duit dengan membaca buku ini, sila hentikan tanggapan anda itu.
Projek One Red Paperclip seperti diiktiraf Daily Telegraph adalah “a brizarre and brilliant idea“. Kyle mengguna-pakai konsep permainan Bigger and Better, menukarkan sekeping klip kertas untuk mendapatkan sebuah rumah dengan mengiklankan di Craigslist kepada sesiapa yang berminat (dan mempunyai sesuatu yang menarik sebagai tukaran) untuk urusniaga tersebut. Kyle telah menetapkan sasaran satu tahun untuk mencapai idea gila tersebut. Samada Kyle berjaya atau tidak anda kenalah beli buku ini dan baca! Saya sarankan anda jangan google ‘Kyle Macdonald’ atau ‘One Red Paperclip’ untuk unsur-unsur saspen membaca buku ini.
Happy reading and let me know what you think!
Surat-surat yang membuang masa

Pertama sekali, yahooOoo!! Bangun saja pagi tadi, yang terlintas di fikiran saya adalah “Haha, esok balik!”. Tak ada pun fikir, “alamak, exam!“. Seawal 11am saya sudah gelisah, mahu masa berlalu pantas supaya rasa berat di kepala ni cepat-cepat hilang. Masa itu saya fikir, selagi exam ni tak dilalui, kemahuan untuk ber-yahoo-balik-Malaysia tu seakan terpaksa ditahan-tahan.
Siap saja saya menulis dua esei dalam satu jam setengah yang diperuntukkan, saya sudah senyum sendiri-sendiri, dihadapan dinding batu yang tak faham apa-apa. Kan bagus kalau saya dapat meja berhadapan dengan tingkap, boleh tengok pemandangan hijau di luar. Keluar saja dari CRB3, saya langsung tidak bersapa dengan kosmet-kosmet lain tetapi terus saja melangkah pulang. Ya! Bagi mereka saya ini weird barangkali. Haha. Abaikanlah kerana saya kurang boleh get along dengan mereka. Maka idea untuk bermesra-mesra-an selepas exam tu saya pass je lah.
OK, lupakan itu.
Surat-surat yang membuang masa atau dalam bahasa Dusun disebut “The Timewaster Letters” yang saya beli second hand di eBay selamat diterima hari ini. Beli hari ahad, dipos hari isnin, sampai hari selasa. Bagus! Karya Robin Cooper ini saya tahu dari blog Zeq.
First, he will try to sell his idea and it looks very promising. Then, most of the ‘victims’ will reply to his letters and asking him to send them extract, rough work, plans, drawings or pictures. Then he will reply to them with his horrible ideas.
Honestly, I enjoyed the book. Especially companies who seem to be very polite and interested at the beginning turned into some cold and we-are-too-good-to-associate-with-people-like-you type.
Membaca rebiu Zeq membuat saya mahu membelinya. Kebetulan mahu pulang esok kan, boleh lah gunakan masa dalam perut belon untuk baca buku ini. Saya ada membelek (baca: membaca) 2-3 mukasurat dan ternyata, memang sumpah! kelakar. Haha. =)) Surat-surat dengan format surat rasmi tetapi isinya ditulis macam surat kepada kawan-kawan main guli sama-sama semasa kecil. Haha. Agaknya kalau aku guna idea sama dan hantar surat (dan permohonan) ke Home Office, kau rasa diaorang akan bagi aku status “indefinite leave to remain” tak?
Mungkin tidak. Silap-silap dicampaknya aku balik Malaysia, ye tak? Heh. OK. Saya nak lipat kain baju sekarang ni. Esok adalah hari yang ditunggu-tunggu.