Archive for 'Blog'
10
Dua jam setengah menjadi tujuh jam setengah
Published by WaWa, under Blog. 16 Comments.
Saya baru balik dari Leeds semalam. Menghadiri majlis graduasi abang saya di Uni of Leeds. Rancangan asal saya tak nak pun, sebab saya ada appointments semalam.
Majlis bermula pukul 9.45am, habis dalam 10.40am. Lepas dah habis gambar-gambar, ambil gambar potrait, dalam 11.30am macam tu saya terus pecut balik Bucks. Family pula pergi Manchester, saja melawat kawan-kawan yang masih di sana. Tak ramai lagi kot yang masih kat sana, ramai dah balik, dah 3 tahun. Kalau ada pun, yang memang dah settled down kat UK.
Leeds ke Bucks 2 jam 30 minit je sebenarnya. So sepatutnya sampai Bucks dalam pukul 2pm (kira-kira 2.30pm lah sebab berhenti isi minyak lagi kat Derby). Nak dijadikan cerita, tepat 1pm trafik tak gerak langsung. Gerak sikit-sikit, tekan minyak sikit, stop. Tension betul. Dalam 3.30pm macam tu baru clear sikit, saya cari alternative route. Sat nav tu pun mula-mula bengong juga. Adakah patut dia bawa masuk M1 South juga. Dah lah jalan tu ditutup atas sebab-sebab yang tak diketahui. Nasib baik jumpa cara macammana nak avoid dari guna M1 South. Sat nav bawa masuk town, trafik perlahan lah, sebab ramai nak avoid M1 South. Sejam lepas tu, jammed lagi. Bila dapat masuk A42 Birmingham, baru trafik lancar. Baru boleh rasa tekan minyak. Haha.
Dan akhirnya, pukul 7 baru sampai rumah. PENAT GILA! Dah lah balik seorang je, radio pula bunyi bising pasal tak tau frekuensi, malas nak cari. Terpaksalah dengar 5 cd yang sama berkali2. Bosan. Satu badan ni sakit-sakit.
30
Dua puluh satu
Published by WaWa, under Blog. 26 Comments.
Dua puluh satu, genap hari ini.
Selamat hari lahir, WaWa.
p/s: time-time macam ni lah tiba-tiba nak makan kek kat Secret Recipe. haha. mengada.
04
Mooting assessment
Published by WaWa, under Blog. 41 Comments.
*Sila klik pada gambar untuk tumbesaran dan memahami jalan cerita*
Apapun, sekadar ringkasan, rabu depan saya ada mooting assessment. Kena berpakaian formal persis seorang eksekutif di syarikat tersohor dan menggunakan lenggok gaya bahasa seorang profesional (baca: bahasa mahkamah). Moot ni berkenaan sebuah criminal case di Court of Appeal, iaitu R v Samantha. Rakan saya (seperti yang tertulis dalam email tu) sebagai Senior Counsel dan saya sebagai Junior Counsel, akan bertindak sebagai respondent, sementara pihak satu lagi sebagai appellant merangkap pihak yang mewakili Samantha.
Seperti negotiation assessment tempoh hari, moot ini akan mempengaruhi 25% untuk module ILS2. Doakan saya pass ye, nego hari tu dah alhamdulillah. Jangan tak pasal-pasal, next term saya kena repeat moot ni saja. Ada juga students yang dah ambil module ni last term, terpaksa repeat hanya untuk moot saja.
Ada soalan?
Note:
Entri tentang nego dan moot ni boleh dikategorikan entri khas kerana di-upload ketika saya sepatutnya bercuti rehat dari dunia blogging. InsyaAllah, lepas ni saya akan kembali sepenuh masa untuk bercuti. Yay!