FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Archive for 'Blog'

Jul
21

Tayar pancit daa…

Published by WaWa, under Blog. 8 Comments.

Sepatutnya hari ni menjadi hari paling tak seronok sekali bila tayar kereta saya pancit. Ni salah sendiri juga sebab masuk jalan sempit dan kena penghadang jalan kerana ada kereta dari arah bertentangan. (Pancit masa nak naik atas bukit pula tu. Nasib baik boleh naik, dan berhenti betul-betul depan gereja).

Saya called abang Saiful dulu, tanya apa nak buat. Ingatkan kena call AA. Haha. Then dia bagitau ada tayar simpanan kat bawah but kereta dan tools sekali. Still lah, mana saya tau macammana nak tukar tayar. (OK, tipikal perempuan kan, kan?). Dulu saya ambil lesen, mana hadir bengkel praktikal tu. Orang kat Yusry LP tu yang suruh balik, kan Mimi kan?

Kebetulan, dekat tempat saya parked kereta tu, ada seorang bapa dan dua orang anak dia sedang mengangkat barang masuk ke dalam rumah. Sementara tengok diaorang tengah sibuk angkat barang, saya pun pindahkan beberapa barang dalam but tu ke tempat duduk belakang. Sebaik je saya tengok bapa (orang putih) tu tengok saya, terus saya minta tolong. Haa, nasib baik dia nice. Senyum je. Hoho. Kemudian (ni part best ni), datang anak lelaki dia yang remaja. Sungguh kacak ok! Dia datang nak tolong, jadi bapa dia serahkanlah kerja menukar tayar tu kepada dia.

Seperti perempuan-perempuan tipikal yang lain, bila melihat lelaki menukar tayar, mestilah tak tau nak buat apa kan. Lagi-lagi stranger. Maka, saya berdiri lah konon melihat si kacak itu menukar tayar. Tapi saya berdiri tak lama, sebab nanti dia ingatkan saya stare kat a*se dia pula. Tambah lagi memang terang-terang boleh nampak, (siapa lah suruh dia pakai seluar macam tu kan).

Untuk tidak menjadi seperti tipikal minah saleh (macam dalam movies yang selalu saya tonton), maka saya pun duduk lah kat penghadang jalan, tepi dia. Setiap kali dia berubah posisi dan menampakkan belakang dia, maka saya pun memandang ke arah lain. Oh, innocent-nya. Haha.

Sambil-sambil menukar tayar, dan kerana saya duduk di tepi dia, kami berborak-borak sebentar. Aih.. kenapalah dia tak study kat uni yang sama. Hurm…

Sekian. Pengajaran hari ni, kepada wanita-wanita, kalau nak tayar pancit, sila pancit pada waktu yang sesuai, dan diketika anda yakin ada lelaki kacak di persekitaran. :D

Jul
13

Berpindah…

Published by WaWa, under Blog. 6 Comments.

Hari ni hari memindahkan barang-barang ke rumah sewa baru. Tapi malam esok baru tidur kat rumah tu. So nampak gayanya, insyaAllah lebih seminggu jugalah akan terputus hubungan dengan dunia global. Nak kena call BT bagitahu untuk pindah rumah supaya nombor rumah sekarang boleh dipindahkan ke alamat baru, lepas tu baru boleh call O2 untuk memindahkan broadband pula.

Tahun lepas, waktu masuk rumah sewa yang saya duduk sekarang ni letting agent yang contact AnglianWater dan E.ON memberitahu rumah ni dah occupied dan siapa penyewanya. Tapi rumah baru ni, letting agent yang lain. Cara diaorang lain. Saya sendiri yang kena call AnglianWater dan E.ON. Nasib baiklah suppliers yang sama. Sekurang-kurangnya dah ada account dengan mereka.

Leceh sebenarnya pindah randah ni. Kalau banyak duit, dah lama beli rumah. Tak payah bersusah payah untuk pindah randah lagi. Haha. Tapi kan, kalau ada duit pun, bukannya layak. Hoho. Perasan je lebih.

Saya baru balik dari Leeds semalam. Menghadiri majlis graduasi abang saya di Uni of Leeds. Rancangan asal saya tak nak pun, sebab saya ada appointments semalam.

Majlis bermula pukul 9.45am, habis dalam 10.40am. Lepas dah habis gambar-gambar, ambil gambar potrait, dalam 11.30am macam tu saya terus pecut balik Bucks. Family pula pergi Manchester, saja melawat kawan-kawan yang masih di sana. Tak ramai lagi kot yang masih kat sana, ramai dah balik, dah 3 tahun. Kalau ada pun, yang memang dah settled down kat UK.

Leeds ke Bucks 2 jam 30 minit je sebenarnya. So sepatutnya sampai Bucks dalam pukul 2pm (kira-kira 2.30pm lah sebab berhenti isi minyak lagi kat Derby). Nak dijadikan cerita, tepat 1pm trafik tak gerak langsung. Gerak sikit-sikit, tekan minyak sikit, stop. Tension betul. Dalam 3.30pm macam tu baru clear sikit, saya cari alternative route. Sat nav tu pun mula-mula bengong juga. Adakah patut dia bawa masuk M1 South juga. Dah lah jalan tu ditutup atas sebab-sebab yang tak diketahui. Nasib baik jumpa cara macammana nak avoid dari guna M1 South. Sat nav bawa masuk town, trafik perlahan lah, sebab ramai nak avoid M1 South. Sejam lepas tu, jammed lagi. Bila dapat masuk A42 Birmingham, baru trafik lancar. Baru boleh rasa tekan minyak. Haha.

Dan akhirnya, pukul 7 baru sampai rumah. PENAT GILA! Dah lah balik seorang je, radio pula bunyi bising pasal tak tau frekuensi, malas nak cari. Terpaksalah dengar 5 cd yang sama berkali2. Bosan. Satu badan ni sakit-sakit.