FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Jun
03

Syakila dan Drama

Published by WaWa, under Buku. 2 Comments.

Saya baru saja selesai membaca Memeluk Gerhana dan Bila Tuhan Berbicara. Saya hanya memerlukan 2 hari membaca Memeluk Gerhana setebal 469 mukasurat manakala hampir 5 hari untuk Bila Tuhan Berbicara sedangkan BTB hanyalah setebal 367 mukasurat. Ada perbezaanya ketika membaca kedua-dua buah buku ini.

Di akhir pembacaan karya Isa Kamari ini, saya berangan-angan untuk menjadi Syakila. Cantik, manis, mempesonakan dan erm.. romantik dalam caranya sendiri. Persoalannya, Syakila kepada siapakah? Haha. Yang itu ceritanya belum bermula lagi. :) Jika saya ditanya apakah Memeluk Gerhana sebuah novel cinta, sudah tentu saya menjawab tidak. Saya percaya ia bukan tuntutan utama Isa Kamari semasa menulis Memeluk Gerhana, cuma apabila ia diselit dengan perasaan resah gelisah Ilham memilih gadis yang sesuai untuknya, dan ketika munculnya Syakila, saya percaya, Syakila adalah gadis yang ditetapkan Isa Kamari untuk Ilham. Cuma saya tak sangka ending cerita akhirnya begitu. Aih…

Sedang novel drama Bila Tuhan Berbicara, karya terbaru Faisal Tehrani pula lebih memberatkan. Ia sarat dengan pelbagai ilmu agama, falsafah, sains, geografi dan err.. anda baca dan anda akan tahu apalagi yang terkandung didalamnya (baca: ada sesetengah istilahnya saya kurang pasti). Kadang-kadang saya merasakan pengisiannya (atau penerangannya barangkali) tentang sains, geografi, falsafah dan agama tu meleret-leret, mengisi sehingga 2 atau 3 mukasurat. Saya terbayangkan jika ia dipentaskan, atau didramakan, bukankah ia boleh menjadikan penonton bosan dengan dialog/skrip yang terlalu panjang bagi satu-satu watak? Ending BTB pula membuatkan saya terus tertanya-tanya apakah nasib Sahlan, Razlan dan Mazlan seterusnya.

Membaca 3 buah novel dalam 2 minggu, untuk rekod peribadi terbaru saya, ia mengkagumkan. Kerana kali terakhir saya menjadi ulat gila buku, jika tidak silap, 3 tahun yang lalu.

2 Comments

1  mohdismail

patut’lah ko lama nak baca BTB tu.. :)
* 4 tahun dulu bila family ko mula2 ke UK… then family ko balik semula.. :)

Written on June 4, 2007 at 8:56 pm

2  WaWa

erkk.. sorry, silap kira timeline. 2004. maksudnya 3 tahun yg lepas. hehe..

erm.. 4 thn lps tu 2003, blk sini 2005. tp aku dh tgl sorang sejak 2001, mase tu family aku kat KL.
aku je setia di negeri di bawah bayu ni..

p/s: pergh.. pening lak psl timeline ni.. :p

Written on June 4, 2007 at 10:46 pm

Leave a Comment