11
Surat-surat yang membuang masa
Published by WaWa, under Buku. 18 Comments.

Pertama sekali, yahooOoo!! Bangun saja pagi tadi, yang terlintas di fikiran saya adalah “Haha, esok balik!”. Tak ada pun fikir, “alamak, exam!“. Seawal 11am saya sudah gelisah, mahu masa berlalu pantas supaya rasa berat di kepala ni cepat-cepat hilang. Masa itu saya fikir, selagi exam ni tak dilalui, kemahuan untuk ber-yahoo-balik-Malaysia tu seakan terpaksa ditahan-tahan.
Siap saja saya menulis dua esei dalam satu jam setengah yang diperuntukkan, saya sudah senyum sendiri-sendiri, dihadapan dinding batu yang tak faham apa-apa. Kan bagus kalau saya dapat meja berhadapan dengan tingkap, boleh tengok pemandangan hijau di luar. Keluar saja dari CRB3, saya langsung tidak bersapa dengan kosmet-kosmet lain tetapi terus saja melangkah pulang. Ya! Bagi mereka saya ini weird barangkali. Haha. Abaikanlah kerana saya kurang boleh get along dengan mereka. Maka idea untuk bermesra-mesra-an selepas exam tu saya pass je lah.
OK, lupakan itu.
Surat-surat yang membuang masa atau dalam bahasa Dusun disebut “The Timewaster Letters” yang saya beli second hand di eBay selamat diterima hari ini. Beli hari ahad, dipos hari isnin, sampai hari selasa. Bagus! Karya Robin Cooper ini saya tahu dari blog Zeq.
First, he will try to sell his idea and it looks very promising. Then, most of the ‘victims’ will reply to his letters and asking him to send them extract, rough work, plans, drawings or pictures. Then he will reply to them with his horrible ideas.
Honestly, I enjoyed the book. Especially companies who seem to be very polite and interested at the beginning turned into some cold and we-are-too-good-to-associate-with-people-like-you type.
Membaca rebiu Zeq membuat saya mahu membelinya. Kebetulan mahu pulang esok kan, boleh lah gunakan masa dalam perut belon untuk baca buku ini. Saya ada membelek (baca: membaca) 2-3 mukasurat dan ternyata, memang sumpah! kelakar. Haha. =)) Surat-surat dengan format surat rasmi tetapi isinya ditulis macam surat kepada kawan-kawan main guli sama-sama semasa kecil. Haha. Agaknya kalau aku guna idea sama dan hantar surat (dan permohonan) ke Home Office, kau rasa diaorang akan bagi aku status “indefinite leave to remain” tak?
Mungkin tidak. Silap-silap dicampaknya aku balik Malaysia, ye tak? Heh. OK. Saya nak lipat kain baju sekarang ni. Esok adalah hari yang ditunggu-tunggu.

The Surat-surat yang membuang masa by FaWaRi dot net, unless otherwise expressly stated, is licensed under a Creative Commons Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia License.
18 Comments
2 Bat
Haha, mesti seronok dah nak balik kampung, ^_^
Written on December 12, 2007 at 1:50 am
3 megat
teringat masa belajar dulu. peduli apa orang nak kata… aku tetap utamakan keluarga (mak ayah aku). so selalu balik menjenguk mereka di kampung (taman perumahan ekceli eheh).
selamat pulang wawa!
Written on December 12, 2007 at 2:11 am
oits oits
lupa mau tanya flight ko jam berapa
(padahal saja jak mau tambah komen sini untuk menjayakan misi aku)
Written on December 12, 2007 at 3:59 am
5 mimi
wawa..cam best je buku tuh…buku yg ko promote slalunye mmg best..cm jiwa kacau dgn wilayah kutu tuh…weih..nnt kasik aku pinjam buku “surat buang masa’ tu leh? hihi
Written on December 12, 2007 at 6:58 am
6 Yattie
selamat pulag ke malaysia wawa!
Written on December 12, 2007 at 7:51 am
Ha3. Selamat pulang ke malaysia. Jangan lupa bawak balik survenior untuk aku. Nanti aku bagi alamat suruh kau poskan. Request hari rabu, pos hari khamis, sampai hari jumaat. Wah…tak sabar menunggu. Hu3.
Written on December 12, 2007 at 8:45 am
8 WaWa
eii.. mestila seronok! haha.
Written on December 12, 2007 at 10:10 am
9 WaWa
ko memang bersungguh-sungguh! haha. aku tengah berfikir mo sediakan hadiah apa. haha. flight pukul 10pm.
mahu hantar aku?
Written on December 12, 2007 at 10:11 am
10 WaWa
pinjam? hurm.. aku beli mahal tau. £1.99. haa.. mahal kan? mana boleh pinjam percuma. ko kena lah bagi something in return. kuikuikui.. hehe.
Written on December 12, 2007 at 10:12 am
11 WaWa
megat: balik kampung oOo balik kampung. hihi.
Yattie: lama tak nampak ko kat sini. selamat, selamat. hehe.
CyhperHackz: survenior untuk ko? jap aku fikir? hoho. tengok lah kalau aku seluk poket ada £1, aku beli la something. haha. aku nak pos hari khamis macammana kalau aku dalam perut belon. cet!
p/s: kepada yang tak balik tu, jangan bersedihhh lagiiii..
yang pergi Itali tu, cari-carikan lah sorang mamat Itali yang KACAK untuk aku.
Written on December 12, 2007 at 10:15 am
12 azrn
ermm….balik sini jgn bawak skali “ujan” dari sana. banjir kat sini menjadi2 dah oii.. hahahaha..
Written on December 12, 2007 at 3:46 pm
13 mrozaidi
nak jugak…
Written on December 13, 2007 at 5:15 am
14 ryann
selamat balik, selamat sampai
Written on December 13, 2007 at 6:19 am
15 mimi
eleh..setakat 14hingget pon nak bekire keh? hohoho
Written on December 20, 2007 at 8:13 am
16 WaWa
ye la. tak berkira la. haha. tapi sebab aku nak cepat punya pasal, lupa pula bawa buku tuh. haha
Written on December 21, 2007 at 7:19 am
17 mimi
alaa…ko xbawak ke? hhuhu
Written on December 22, 2007 at 2:58 pm
18 WaWa
aku pinjamkan ko buku one red paperclip lah! mahu?
Written on December 22, 2007 at 3:49 pm
1 sampulnak
hohoohoh……
aku tgh jeles yang amat2 ni… mau balik juga
Written on December 12, 2007 at 1:04 am