Klip kertas yang berwarna merah
Hampir seharian saya lepak di Kinokuniya KLCC. Hantar mesej kepada Azreen dan kak Dhiey mengajak mereka untuk sama-sama membaca buku di Kinokuniya tapi masing-masing pula ada hal. Kononnya bajet salah seorang mesti free, hoho. Selepas membelanja RM529.41 untuk buku-buku pelbagai genre, saya naik ke tingkat 2 Kinokuniya, duduk di Coffee Club Express, menghirup secawan Earl Grey tea (err, dua cawan sebenarnya) sambil membaca One Red Paperclip tulisan Kyle Macdonald.
Hanya dengan sekeping klip kertas, Kyle Macdonald berjaya mengubah hidup between jobs beliau dan hanya bergantung harap dengan kekasih hati kepada satu cerita perjalanan kehidupan yang menarik dan tak terlampau saya katakan: sehingga menjadi terkenal (sekurang-kurangnya di Canada dan North America).
Ini bukan cerita tipikal bagaimana orang biasa berjaya mengubah nasib menjadi kaya raya atau bagaimana orang biasa boleh menjana banyak duit atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Saya belum habis baca buku ni, tapi setakat yang saya tahu, tidak ada langsung perdagangan melibatkan modal wang dalam cerita Kyle Macdonald. Saya kena berterus terang, saya baru sampai muka surat 179, angka yang jarang-jarang saya boleh capai apabila membaca buku berbahasa Inggeris dalam masa tiga jam. Ini kerana saya agak kurang membaca buku-buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris selain buku-buku pelajaran yang maha tebal (semuanya!). Khusyuk juga saya membaca sampai tak sedar masa, sedang pelanggan-pelanggan di Coffee Club Express tu bertukar ganti. Jika ada yang fikir buku ini akan mengajar anda untuk membuat banyak duit dengan membaca buku ini, sila hentikan tanggapan anda itu.
Projek One Red Paperclip seperti diiktiraf Daily Telegraph adalah “a brizarre and brilliant idea“. Kyle mengguna-pakai konsep permainan Bigger and Better, menukarkan sekeping klip kertas untuk mendapatkan sebuah rumah dengan mengiklankan di Craigslist kepada sesiapa yang berminat (dan mempunyai sesuatu yang menarik sebagai tukaran) untuk urusniaga tersebut. Kyle telah menetapkan sasaran satu tahun untuk mencapai idea gila tersebut. Samada Kyle berjaya atau tidak anda kenalah beli buku ini dan baca! Saya sarankan anda jangan google ‘Kyle Macdonald’ atau ‘One Red Paperclip’ untuk unsur-unsur saspen membaca buku ini.
Happy reading and let me know what you think!