Blog FaWaRi dotNET

W810i

with 4 comments

Sejak semalam WiFi ada problem. Ada-ada saja lah diaorang nak ubah. Sekejap macam ni, sekejap macam tu, ntah apa-apa. Sekarang ni setiap kali nak online, kena login dengan username (student id) dan password (physical address). Leceh betul lah. Habis saja baca binding precedent, tergerak hati nak on laptop dan cuba connect. Dapat pula! Lepas 12 jam tak dapat online, diaorang dah pasang system nak detect siapa pakai P2P. Haha. Ramai gila budak-budak sini pakai P2P. Macam-macam ada. LimeWire, Shaereza, katakan apa saja~

Cun kan? Haha. Orang sekarang ramai yang mahu beralih dengan Nokia N Series, tapi saya tengah addicted dengan Sony Ericsson. Model-model baru Sony Ericsson memang cun-cun tahap cipan peringkat kelapan. Yang ni model W810i. Ada banyak lagi model lain yang best (W800i, W900i, W550i), tapi ada kawan yang dah ada. Huh, mana boleh sama. Cantik, menarik, kau memang da boom~!!

Mulanya nak cari yang ada 3G. Tapi since DiGi tak dapat 3G lisence, dan tak semua tempat pun dapat 3G, so abaikan je lah. Mungkin in future kalau 3G dah betul-betul kukuh, handphone 3G pun dah semakin meluas, tidak mustahil lebih baik dari Nokia N70 barulah cari handphone 3G kan?

Kan best kalau ada orang nak hadiahkan handphone ni, anggap sajalah sebagai hadiah birthday~

Written by WaWa

April 29th, 2006 at 3:14 pm

Posted in Blog,Teknologi