05
Trip Bukit Merah #3
Published by WaWa, under Blog, Foto, Kawan. 33 Comments.
**Maaflah kerana terlewat untuk up entri ini dari yang dijadualkan disebabkan penulis part 1 menghadapi masalah koneksi tahap cipan. Dan, untuk membaca entri ini, anda perlu terlebih dahulu membaca part #1 tulisan Azreen dan part #2 tulisan Mimi untuk mendapat kesinambungan cerita. Entri ini sangat panjang, sila bancuh secawan teh sebelum memulakan pembacaan.
**
Sementara Mimi check-in di dalam, kami yang kepenatan ini berehat saja di luar. Sudah lumrah Aimi dan Azreen yang memang fotogediks, kalau ada masa terluang sikit, tidak boleh tidak, mesti nak ambil gambar. Azreen pun mintalah bell boy yang sedang bertugas masa tu untuk ambil gambar menggunakan Olympus μ1000 milik aku. Dengan muka selamba, bell boy tu boleh pula request nak ambil gambar dengan Azreen. Tak boleh blah betul! Baru 5 minit sampai, Azreen dah dapat seorang peminat. Tak boleh nak senang duduk kan Azreen? Hehe. Aimi ada cakap kalau nak ambil gambar dengan si Azreen ni pun bukannya dia boleh simpan tapi bell boy tu kata tak kisah. Azreen setuju lah juga dengan muka tak puas hati ala-ala manja dia tu.
Paling tak tahan tu, masa tengah lepak-lepak kat bilik tunggu turn nak mandi, telefon bilik berbunyi. Aku yang rajin ni pun angkat lah telefon tu.
Aku: Hello??
Lelaki: Hello, ini dari Reception, saya dapat aduan dari bilik sebelah yang kata bilik awak ni bising lah.
Aku: Eh, mana ada. Kitaorang baru je sampai.
Lelaki: Oh ye ke?
Aku: A’ah.
Lelaki: Eh, yang baju merah tadi tu siapa eh?
Aku: Dah agak dah, selamat malaaam.
Aku cepat-cepat letak dengan sopan. Masa tu, gadis baju merah yang dicari tu tengah mandi. Bila aku bagitahu peminat dia tu ada called, dia boleh pula tak percaya. Siap cakap, “aku tak dengar pun telefon bunyi”. Macammana lah nak dengar kalau dia dalam bathroom, kata tengah guna shower. Tapi kan, masa kitaorang sibuk nak angkat beg masuk bilik, boleh pula bell boy tu siap tanya kitaorang masuk bilik mana. Dia adalah tunjuk direction untuk ke bilik, tapi lepas tu blah macam tu je. Bukan nak tolong. Hampeh betul! Sengaja lah tu nak tahu nombor bilik. Baru setengah jam, dah call nak kacau budak baju merah. Haha. Terlebih friendly, bak kata Azreen.
Bilik yang kitaorang dapat tu boleh tahan lah, 1 queen bed dan 2 single bed yang boleh tarik tolak tu. Aku dan Aimi dan cop katil queen, maka terpaksa lah Mimi dan Azreen ambil katil yang low class sikit. Kesian juga, aku cadang untuk tukar bilik tapi Aimi dan Azreen bantah, konon malas nak pindah randah. Kata dah tengah malam pula kan. Lagipun, semua bilik kat Laketown Hotel tu memang sepesen je semua. Kat Kampung Air pun untuk malam tu memang dah fully booked. Hotel dan apartment pula adalah di bawah kompeni lain, bukan milik MK Land. So, kalau nak upgrade pun, memang pilihan ke Kampung Air je lah.
Malam tu, aku dan Aimi tidur dengan rasa panas, tak selesa. Adakah patut Mimi kurangkan suhu kesejukan penghawa dingin tu. Serius panas, aku macam berpeluh pula sepanjang malam. Nak naikkan suhu sejuk, aku pula liat gila nak bangun. So, pagi tu masa tengah siap-siap nak pergi sarapan Aimi komplen. Aku pun turut mengomplen juga. Mimi dan Azreen pula cakap sebab aircond tu menghala ke arah diaorang, maka diaorang rasa sejuk lah. Itu yang Mimi turunkan suhu sejuk aircond tu.
Lepas breakfast, Mimi selaku organizer pun naikkan semula cadangan aku untuk upgrade bilik. Mungkin dia rasa tak puas hati kot. Aku pun on je lah. Yang lagi dua orang tu ikut je kan, tak banyak cakap. Kami pergi reception, tanya pasal bilik kosong apa semua. Konon nak masuk Kampung Air lah. Nasib baik juga, pagi tu Kampung Air ada kosong. Tapi agak mahal sikit lah. Macam setengah kali ganda kos penginapan asal. Lepas kami berempat berbincang, semua pun akhirnya setuju untuk masuk Kampung Air. Lagipun bila tengok dalam poster kat ruang legar tu, bilik Kampung Air tu macam cun. Rasa teruja pula. Tapi yang aku panas, Sazreen si receptionist tu, muka memang tak boleh blah. Macam nak telan orang pun ada juga. Masam je, senyum pun tak. Dua orang trainee tu pula yang macam baik dan lembut je nak melayan guest muda remaja seperti aku dan Mimi. Aku ni dah lah memang pantang sikit tengok service bikin panas ni, terasa pula macam ada double standard. Mentang-mentanglah kami ni masih muda remaja, layan pun macam nak tak nak je ek. Hampeh!
Foto kat atas ni adalah foto kitaorang menaiki badi ke Kampung Air untuk check-in kali kedua. Nak masuk Kampung Air tak boleh pakai kereta. Semua tetamu yang menginap di Kampung Air diberikan tempat letak kereta betul-betul depan lobi Laketown Hotel, memang dah reserved untuk Kampung Air je. Staf pakai baju oren sebelah kiri tu nama dia Aizudin (hensem juga lah! rugi tak ada foto dia) dan sebelah kanan tu Irwan. Irwan ni macam lembut sikit tapi baik lah orangnya. Azreen minat gila dengan Aizudin, haha. Syuihh… Jangan cakap kat Azreen aku dah bocorkan rahsia dia. Diam-diam je.
Tuala warna putih yang aku pegang tu adalah tuala sejuk yang diberi kepada setiap seorang sebagai tanda selamat datang ke Kampung Air. Pergh, memang kitaorang terkejut lah dengan layanan diaorang ni. Sebab masuk je dalam rumah Kampung Air tu, kami semua pergi beranda tau. Sebab pemandangan dari sana memang cantik. Masa tu aku ada dengar suara lelaki bercakap-cakap dalam ruang tamu tu, memang rasa pelik sebab ingatkan Irwan dan Aizudin ni akan balik lepas hantar kitaorang. Masuk je ke dalam ruang tamu, Irwan ucap selamat datang dan hidangkan air soya sambil Aizudin hulurkan tuala sejuk kepada semua. Mantap.
Dah habis kekaguman dengan tempat baru ni, kami pergi main SkyCycle. SkyCycle ni pelik sikit tau. Biasanya kita kayuh dengan kaki kan, ni kayuh dengan tangan. Penat lah juga. Bergilir-gilir dengan Aimi nak mengayuh tu. Mimi dan Azreen yang berada depan kitaorang memang lembap sikit mengayuh. Biasa lah tangan kecik. Hoho. Aku minta staf yang bagi kami wristband tu estimate berapa lama masa diambil untuk buat pusingan tu kan. Dia kata 20 minit kalau cepat, tapi sebenarnya tak adalah sampai 20 minit pun. 10-15 minit je kot. Ke kurang lagi dari 10 minit, tak pasti. Yang penting tak mengambil masa yang lama untuk nak menghabiskan satu pusingan tu.
Dari SkyCycle tu kami terus ke jeti untuk ke pulau Orang Utan. Mulanya nak pergi EcoPark tapi masa mengayuh tu kitaorang tengok tak adalah banyak sangat pun haiwan dalam EcoPark tu, atau mungkin bahagian tu memang tak ada sangat. Patutnya dalam 12.30pm tu ada show ke apa ntah, tapi sebab nak cepat maka kami pun skip lah EcoPark tu. Agak busuk juga lah, kata pun mini zoo. Feri ke pulau adalah setiap 30 minit, selepas habis ber-posing kat ruang legar EcoPark, kami menapak pantas ke jeti takut terlepas feri pukul 12.00pm sebab aku kena turun ke Taiping dalam 1.30pm.
Tiba di jeti, memang dah ada feri yang dah nak berlepas. Nasib baik kami sempat sampai. Tak jauh pun pulau Orang Utan ni, adalah dalam 6-7 minit. Rasa seronok sebab angin kuat, nyaman je. Rasa panas masa mengayuh SkyCycle dan berjalan kaki ke jeti terasa hilang begitu saja.
Foto Orang Utan yang berpipi besar tu adalah Mike, ketua Orang Utan di sana. Mike ni dah 25 tahun. Lagi tua dari aku. Haha. Jangka hayat seekor orang Utan adalah dalam lingkungan 50-60 tahun. Kata Ranjer, pipi besar hanya akan tumbuh kepada ketua saja. Orang Utan biasa memang tak adalah pipi macam Mike. Kiranya macam kalau komuniti Orang Utan ni buat pemilihan ketua, Orang Utan yang menang akan tumbuh pipi besar sebegitu. Tapi bekas ketua tidaklah hilang pula pipi besar tu, akan tinggal macam tu sajalah. Foto ketiga tu adalah Deepa, yang masih dalam ICU tu baru saja lahir kebetulan pada hari Deepavali. Di pulau Orang Utan ni, orang-orang Utan ni ada sekolah juga. Foto keempat adalah orang Utan bernama Elyas, dia dah masuk sekolah rendah. Kawasan dia nak berlatih memanjat dan bergayut tu agak luas sikit, kat hutan betul. DK, say ‘hi’ lah kepada kawan-kawan baik kau tu.
Dah berapa tahun tak jumpa? Haha.
Lebih kurang sejam juga kami kat pulau Orang Utan tu. Naik feri balik ke resort dalam pukul 1pm, aku dan Aimi balik sekejap ke Kampung Air. Azreen dan Mimi pula tunggu dekat lobi, siap pesan lagi suruh staf (lebih spesifik, Aizudin) kutip kitaorang kat Kampung Air. Sebabnya kalau nak berjalan kaki dari Kampung Air ke lobi memang agak jauh. Dalam 1.40pm kami turun ke Taiping untuk tukar kereta dengan encik Razak.
Masa aku dan Azreen dari KL ke Penang, aku guna Perdana V6 yang tidak ku tahu kepunyaan siapa, sebab encik Razak tu bagi aku pakai, aku pun belasah je lah. Kemudian malam yang kitaorang dah sampai kat Bukit Merah tu, encik Razak called dan bagitahu yang abah suruh tukar kereta. Dan konon kebetulan dia nak balik kampung, maka dia suruh lah aku turun ke Ipoh. Lepas berdiskusi dengan semua, aku bagitahu encik Razak untuk jumpa di Taiping saja. Ye lah, untuk aku turun ke Ipoh memang lah agak jauh. Dah lah macam buang masa pula nak kena tukar kereta ni. Boleh pula tu bila dah masuk town Taiping, encik Razak called dan kata nak jumpa pula kat tol Cangkat Jering. Satu hal pula nak cari jalan ke Cangkat Jering. Azreen dan Mimi pun dah tak tahu nak bagi direction macam mana. Nasib baik naluri kewanitaan aku ni boleh tahan juga, gamble pun boleh juga jumpa jalan ke tol Cangkat Jering. Tukar kereta dengan encik Razak, dia guna Perdana V6 dan aku pula guna kereta abah, Perdana Executive. Dah lah kereta tu panjang dan lebar, syok lah Aimi dan Mimi yang duduk belakang. Haha. Tak boleh blah betul bila co-pilot aku siap request (siap buat muka cun dia tu okeh!) untuk duduk belakang masa nak balik keesokkan harinya. Hampeh betul!
Singgah Tesco untuk beli pencuci muka Aimi dan Mimi dan kemudian makan kat food court, dalam lebih kurang 4.30 petang tu kami pecut balik ke Bukit Merah. Sampai resort dalam 5 petang, hujan pun baru berhenti. Irwan cadangkan agar kami ke Waterpark esok hari, tetapi walaupun masa dah suntuk untuk ke Waterpark kami tetap nak pergi juga petang itu. Sebab kami takut tak sempat kalau pergi esoknya, apatah lagi Waterpark hanya dibuka pada pukul 10 pagi.
Nak baca cerita lagi? Nak? Ok, untuk part seterusnya, kena lah pergi ke blog Aimi pula. Harap-harap dia dah update lah. Dia tu malas sikit bab nak update blog ni.
Sekian dari saya melaporkan ekspidisi ke Bukit Merah 2007, yang mewujudkan rasa iri hati kepada beberapa pihak. Lalala… Sebagai pengakhiran di pihak saya, harapnya percutian hujung tahun yang akan datang ni jadi lah ek. Yeeza! TAPI kena cukup korum lah kali ni. Kalau tak, nanti ada yang jealous lagi. Kalau dulu korum mesti ada 5 orang, sekarang ni dah tambah seorang. Yang seorang tu, anda tahu siapa kan?
p/s: Koleksi foto-foto Bukit Merah akan di muat naik apabila saya mendapat koneksi broadband O2 ya! Tak lama lagi, kot.

The Trip Bukit Merah #3 by FaWaRi dot net, unless otherwise expressly stated, is licensed under a Creative Commons Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia License.
33 Comments
Lelaki: Eh, yang baju merah tadi tu siapa eh?
cantek2 belaka adhik2 nan jelita iteww..
hati2 dijlnraya.. enjoy!
Written on January 6, 2008 at 1:32 am
3 WaWa
panjang kan? ahahahaa.. aku banyak merepek. tu pasal la agak panjang dan banyak gambar gak. tapi bagi aku, entri korang yang pendek weh.
nak wrestling dgn aku? ahahahhaaa.. tak pe, tak pe. simpan aje niat ko.
Written on January 6, 2008 at 2:22 am
4 azrn
WAWA!!!!! arrgghhh….apsal bubuh gamba tu? menci! menci! hahahahhaa..
takde laa…hehehe…ko mmg ek!
anyway, tangan kecik faktor kayuh lambat ke? hahaha..kitorg menikmati pemandangan ok..
ermm…aku takde la minat gile kat Aizudin tu. saje je layan2 gitu. dah dia baek :p hehehehe..
Written on January 6, 2008 at 2:45 am
5 dk
adakah kwn aku tu say “hi” sepam gak kat aku? hahaha..
walaupun nmpk pelik percutian ni..
tp aku rasa cmtu aa percutian girls…
Written on January 6, 2008 at 3:44 am
6 azrn
ape yg pelik? hhurmm…
wesss… penat kitorg snap gamba kwn2 ko tu…hahahaha..
posing baek khas utk ko.
baek ko gi lawat dia nanti balik sini.
Written on January 6, 2008 at 5:17 am
7 mimi
hahaha…wawa mmg…dari awal2 lagi dia dh cakap…part ble smp bukit merah die yg nak cerita…tajuk utama nak cerita pasal ko…haha
Written on January 6, 2008 at 6:31 am
8 haneza cunss
x leh blah muka abg yg minat azreen…hahah~
adoiii sumpah panas..
dah la NZ tgh panas gilak nie…
ces2…
benci benci~
pastikan trip pasa nie ade ak~
ak nak menagis nie~
arghhhhh…da la panjang n membara taw cik wawa oi~
nghes~
Written on January 6, 2008 at 6:56 am
9 azrn
itu la.
kalo hensem takpe gak..ni hmph…*tak baeknye*
hahahhahaha…
relek la haneja… hehehe..nanti kita oliday together2 ok?
Written on January 6, 2008 at 7:11 am
10 dk
elelelele..
kwn aku konon….
sedara mara ko gak…
tu budak bellboy tu..
x minta email?
send pic?
hahahhaa :p
aku gi nnti..
kalo jumpa dia..
aku ckp ko kim slm k..
Written on January 6, 2008 at 7:57 am
11 WaWa
alamak hane.. jangan la nangis.. sob sob.
aku pon nak nangis gak la.. hahahaa.. x leh blah.
cool la hane. percutian lepas ni ko join tau.
hehehe.. aku sengaja tulis panjang2 dgn detail (dan membara) untuk hangatkan ko. ahahaha..
Written on January 6, 2008 at 1:45 pm
12 WaWa
hah! ape yang pelik?
x pelik pon. biase je.
ko la pelik.
Written on January 6, 2008 at 1:47 pm
13 dk
aku gak kena balik yg peliks..
entah.. rasa je cmtu.
tp dlm tiga2 entry…
aku rasa entry ni paling best..
n nmpk bersungguh..haha..
Written on January 6, 2008 at 3:53 pm
14 mazudi
Salam Cik Wawa,
Anda telah ditag oleh Mazudi. Sila ke SINI
Written on January 6, 2008 at 4:58 pm
15 siti
hmm naluri kewanitaan tu penting kan pada saat2 getir mcm tu…alah…kita kan pernah mengikut naluri kewanitaan dengan jayanya kan…hehehehe anyway tempat tu mcm best ja kan…di kampung air tu sangat cantik ooo…mari ba kita buat trip…hehehehe kali ni g pantai dalit bila awak pulang bercuti…bleh…pas g pantai dalit, mari kita g tasik kenyir…lagi adventure…klu x pun, g taman negara…hehehehe cadangan jak…
Written on January 7, 2008 at 6:12 am
16 syia
aiyok.. syia lak jeles ni.. walaupun dok dekat taiping tp malas gile nk enjoy holiday kat lake town tu.. tp mase dulu awal2 bukak nah gi.. siap jmp katak mati lagi hehe
Written on January 7, 2008 at 7:16 am
17 haneza cunss
x leh bla wawa..
nampak sgt sengaja~
pasal mike jeh pon da hampir 1000 patah perkataan..
adoiii~
nasib baik amnah x de connection tenet..
kalu x mst dia pon panas~
ak ngan amna igt nak uat cuti2 NZ…
pas 2 post gak gamba2…
biar ade beberapa makhluk jeles~
nnt waktu ak g kutip amna dr ladang kami akn memusing south…
hurey~
nntkan ek
(angan2 je n belom tentu jadik~)
hahah…ak da la bawak keta secara haram kat NZ nie…
lesen mati la katakan~
ari 2 waktu datang NZ lupe nak renew..
adoiii nasib baik muke ak matang n xde org rase nak tahan ak~
hahah~
harap2 berpanjangan nasib baik ak nie~hahah~
Written on January 7, 2008 at 8:32 am
18 Azhar Ahmad
Tergeliat leher baca mimi oiiiii…..
Hehehheheheh, apsal korang banyak baju dan tudung itam eh….. Black metal ke haper? Ahahhahaha
Written on January 7, 2008 at 9:08 am
19 WaWa
ahahahaa.. pantai dalit? punya dekat tu mau buat trip juga? haha. boleh jak ba kalo kak siti. no hal tuh. kita tinggal la dekat resort tu 1 malam. tapi jangan curi batu2 lagi. nanti sakit perut sampai masuk hospital. haha.
Written on January 7, 2008 at 10:44 am
20 WaWa
jeles juga? hoho. haha. kan duduk taiping. pergi la bukit merah. boleh kirim salam dengan aizudin.
eh, resort tu dah berapa lama buka?
Written on January 7, 2008 at 10:45 am
21 WaWa
alah.. aku cuma nak berkongsi info tentang orang utan je. sama2 tambah pengetahuan. hoho. ko & amna nak buat cuti2 NZ? saje je la tu kan nak jeleskan beberapa orang kat sini? hoho. seronok ke pegi kalo berdua je? mesti x kan? mesti kene ramai org yg join baru seronok. bertambah seronok kalo ade aku, aimi, mimi dan azrn. hehe.
*tepuk dahi* ko bawak keta secara haram? woi woi. taubat la. aku ni balik je dr uk disember lepas terus g buat PMA. buruk weh permit dia. hohoho. muka matang? hurm.. hurm.. musykil. hahahaaa..
Written on January 7, 2008 at 10:47 am
22 WaWa
erkkk. itu style. hitam itu menawan. pergh! hahaa..
Written on January 7, 2008 at 10:49 am
23 azrn
muka matang? erkkk…. *muntah ijau*
Written on January 7, 2008 at 12:00 pm
24 mimi
betul betul betul…hitam lambang keunggulan!
Written on January 7, 2008 at 12:10 pm
25 aimi
maaf kerana masih belum update blog.. maklumlahhhhhh…..hahahahah… dan aku nak ucapkan terima kasih kt ko, sebab awal2 lagi ko da ckap, aku nih malas nak update blog! muahahahaha…dan aku rasa, tiada yg menunggu lah..hahahhahaa
Written on January 7, 2008 at 12:15 pm
26 mimi
hane…bercuti 2 org xseronok! kne pegi bercuti ramai2 baru mahsyuk! haha..tapi klu bercuti ramai2 dgn org yg xbest xseronok jugak…kne bercuti dgn org best cm ktorg nih…baru percutian kau membawa seribu kenangan…bukan setakat seribu..sejuta pon boleh..hik3
kt nz selamat je drive tanpe lesen…asalkan ko drive leklok n kontrol cun depan abg polis..hak3
haneza mmg muka matang lah…die kan dah 21…knape korg semua mempertikaikannya? aku sokong ko hane! hihi
Written on January 7, 2008 at 12:15 pm
27 WaWa
aku menunggu! hoi hoi. ko hutang dgn kitaorang. mana boleh. tulis tulis!
Written on January 7, 2008 at 12:23 pm
28 haneza cunss
ak ade lesen tapi da mati la katakan…nasib baik abg polis x terase nak tahan ak..bukan mcm sesengah orang~
muahahhaha~
n btw tq mimi atas sokongan ko yg muka ak matang~
welll~
azreen n wawa mmg x matang sbb daowg x pandai menilai org matang~
ngehs~
Written on January 7, 2008 at 11:23 pm
29 WaWa
weh, pegi la renew lesen ko. suh la sesapa tlg renew-kan. masduke kat uk ckp, x baik dowh x de lesen nak drive. abg polis tu bersangka baik je. hehe, kalo tetibe die tahan ko dan mintak lesen, haaa.. camne?
alaa.. ko & mimi mmg same je. muka x matang. sbb tu dia sokong ko.
azrn pon muka budak kecik. aku je matang dan cool. ahahaha.
Written on January 8, 2008 at 1:19 am
30 WaWa
cik aimi dah apdet. sila ke http://miarazlan.blogspot.com/2008/01/trip-bukit-merah-4.html. entri dia best juga. hehe.
Written on January 8, 2008 at 1:20 am
31 mrozaidi
Hai..Dah Lama Dah Tak Gi Sana..Apa Yang Terbaru Dekat Sana..Masih Sama Ke..Kecuali Rumah Mewah Berdekatan La..
Written on January 8, 2008 at 8:12 am
32 mimi
ceh! pasan je wawa nih….muke aku muka matang lah! ahaha…dan aku juga bersikap matang…hahah
Written on January 10, 2008 at 1:09 pm
33 SamsooL
hmm.. berjalan sakan nampaknya ko ni aa.. hehe.. tapi kan.. kenapa macam.. gambar-gambar dalam post ni, macam menunjukkan transformasi rupa?? heee
Written on January 17, 2008 at 8:17 am
1 mimi
huiih..pjg gile…letih aku bace..hoho…oit…ktorg kayuh skycycle tuh laju laaa…cume ktorg byk brenti sbb nk amek gambar..walaupun tgn kecik tp kuat tau! meh arm wrestling dgn aku…hoho
Written on January 5, 2008 at 11:45 pm