The Jeremy Kyle Show
Saya terbayang jika saya berada di Malaysia, barangkali jika saya buka tv pada awal pagi hari-hari bekerja, yang mungkin boleh menarik minat saya adalah MHI TV3. Tetapi di sini, sejak punya tv sendiri dan kerana saya tidak ada kuliah pagi saya pasti akan buka channel ITV untuk menonton The Jeremy Kyle Show.
Unik mengenai talk-show ini, ia bukan membincangkan tentang isu-isu menarik semasa seperti Angkasawan Negara pertama Malaysia akan berlepas ke ISS, atau isu kemungkinan harga petrol akan dinaikkan tahun depan dan sebagainya. Tetapi talk-show ini adalah untuk menyelesaikan masalah hubungan keluarga atau pasangan. Bukan, ini bukan talk-show motivasi. Ini talk-show yang memberi peluang kepada sesiapa saja untuk mendapat ‘kebenaran’ di national tv. Contoh, kau syak suami kau ada affair dengan wanita lain tapi dia tak mengaku dan kau mahu ujian lie detector dijalankan. Atau kau mahu buktikan dengan ujian DNA kononnya anak kau adalah sebenar-benarnya darah daging kau. Apa saja masalah yang mahu kau selesaikan, kau boleh lakukan di talk-show ini.
Yang saya enjoy dengan talk-show ni ialah apabila menonton adegan jerit-menjerit, bergaduh di national tv. Haha. Ia memberi keceriaan kepada saya pada waktu pagi. Bagi saya, sungguh, kadang-kadang perkara yang dibawa ke tv macam terlalu privasi. Tapi mereka seronok pula jadikan ia sebagai medium untuk selesaikan masalah. Jadinya, apa yang tertutup akan terbongkar dan boleh pula bergaduh sambil menyumpah kata-kata seranah. Saya selalu terfikir, hoi! Tak malu ke? Macamlah tak boleh selesaikan secara baik. Nak juga masuk tv. Jeremy Kyle pula bertindak sebagai mediator, tapi selalunya pun dia akan ikut turut sama menjerit. Trademark dia, “YOU’RE A LIAR!” atau “YES OR NO?“.
Ini sedutan dari Jeremy Kyle show:
Nak part B, silalah cari di Youtube.