Blog FaWaRi dotNET

Tayar pancit daa…

with 16 comments

Sepatutnya hari ni menjadi hari paling tak seronok sekali bila tayar kereta saya pancit. Ni salah sendiri juga sebab masuk jalan sempit dan kena penghadang jalan kerana ada kereta dari arah bertentangan. (Pancit masa nak naik atas bukit pula tu. Nasib baik boleh naik, dan berhenti betul-betul depan gereja).

Saya called abang Saiful dulu, tanya apa nak buat. Ingatkan kena call AA. Haha. Then dia bagitau ada tayar simpanan kat bawah but kereta dan tools sekali. Still lah, mana saya tau macammana nak tukar tayar. (OK, tipikal perempuan kan, kan?). Dulu saya ambil lesen, mana hadir bengkel praktikal tu. Orang kat Yusry LP tu yang suruh balik, kan Mimi kan?

Kebetulan, dekat tempat saya parked kereta tu, ada seorang bapa dan dua orang anak dia sedang mengangkat barang masuk ke dalam rumah. Sementara tengok diaorang tengah sibuk angkat barang, saya pun pindahkan beberapa barang dalam but tu ke tempat duduk belakang. Sebaik je saya tengok bapa (orang putih) tu tengok saya, terus saya minta tolong. Haa, nasib baik dia nice. Senyum je. Hoho. Kemudian (ni part best ni), datang anak lelaki dia yang remaja. Sungguh kacak ok! Dia datang nak tolong, jadi bapa dia serahkanlah kerja menukar tayar tu kepada dia.

Seperti perempuan-perempuan tipikal yang lain, bila melihat lelaki menukar tayar, mestilah tak tau nak buat apa kan. Lagi-lagi stranger. Maka, saya berdiri lah konon melihat si kacak itu menukar tayar. Tapi saya berdiri tak lama, sebab nanti dia ingatkan saya stare kat a*se dia pula. Tambah lagi memang terang-terang boleh nampak, (siapa lah suruh dia pakai seluar macam tu kan).

Untuk tidak menjadi seperti tipikal minah saleh (macam dalam movies yang selalu saya tonton), maka saya pun duduk lah kat penghadang jalan, tepi dia. Setiap kali dia berubah posisi dan menampakkan belakang dia, maka saya pun memandang ke arah lain. Oh, innocent-nya. Haha.

Sambil-sambil menukar tayar, dan kerana saya duduk di tepi dia, kami berborak-borak sebentar. Aih.. kenapalah dia tak study kat uni yang sama. Hurm…

Sekian. Pengajaran hari ni, kepada wanita-wanita, kalau nak tayar pancit, sila pancit pada waktu yang sesuai, dan diketika anda yakin ada lelaki kacak di persekitaran. :D

Written by WaWa

July 21st, 2008 at 12:52 pm

Posted in Blog