Blog FaWaRi dotNET

Tak rock, tapi kool!

with 34 comments

Takkan duduk rumah je, tak rock lah orang bujang ni…

Begitulah kata kak Siti kepada saya semalam, lebih kurang 7 petang waktu tempatan ketika berborak dengan beliau di Google Talk, apabila saya mengatakan tidak ada apa-apa rancangan malam minggu.

Lerr.. nak pergi mana lagi? Kan dah malam. Iskh, iskh.

Hehe. Mana lah tahu. Zaman muda-muda dulu, ok je keluar malam.

Pergh! Tembak baik punya. Penafian di sini. Saya masih lagi muda remaja, harap maklum.

Teringat kenangan di KDU dulu. Bila saja saya graduasi dari Sekolah Memandu SKEM, dan selepas mendapat green light untuk menggunakan sebuah kereta pacuan empat roda untuk kegunaan harian, pergerakan saya (dan kawan-kawan, semestinya) tidak lagi terbatas. Dengan kemudahan kereta yang ada, gerai Cecawi dan Seroja a.k.a Apox tidak lagi menjadi pilihan utama. Masa tu semua orang dah demand tinggi, mana nak makan gerai depan KDU Hall lagi. Haha. Tidak tahu apa tarikan restoran Naina di seksyen 4, tapi hampir setiap malam saya dan kawan-kawan ke Naina untuk makan malam. Sampaikan pelayan restoran pun dah kenal. Adoi.

Kadang-kadang tu, boleh pula melencong ke KL hanya untuk mencari kelainan. Haa lah kan, kalau asyik hari-hari Naina, muak juga. Tapi selalunya idea gila ni datangnya dari Mimi. Seingat saya, Amna tak pernah pula bagi idea gila pergi makan malam kat Kg Baru. Ini kerana idea Amna agak pelik sikit, yang selalunya tak disangka-sangka. Hane dan Aimi pula selalunya layaaan je. Oh, dan selalunya ekspidisi ke KL yang tujuan asal hanya nak makan malam kemudian akan meleret-leret. Tambah lagi kalau masing-masing tiada kelas pagi. Tak ada lah buat apa pun, hanya pusing-pusing KL melihat spesis aneh-aneh KL pada waktu malam. Spesis aneh ni selalunya tidak akan kelihatan di siang hari, hanya malam saja.

Begitupun, apabila kini jauh dari tanahair dan negara sendiri, selalunya orang akan kata, kita lagi bertambah bebas. Memang tak nafikan akan ada orang yang lebih bebas membuat apa saja kerana di tempat orang tiada siapa pun yang kenal. Bebas sebebas-bebasnya. Tak perlu risau terserempak dengan kenalan keluarga atau kalau kita ini selebriti, tiada paparazi luar yang mengenali kita. Hoh!

Tapi sebaliknya bagi saya di sini, ketika menulis entri ini (1706 waktu tempatan) hari dah gelap, dan aktiviti luar akan tamat pada waktu-waktu begini. Ye lah, apa yang anda mahukan pada waktu sebegini? Kedai semua dah tutup, kecuali restoran berhawa dingin dan restoran take away. Perlu diingat, di sini tidak ada restoran dengan kipas angin yang boleh anda duduk untuk menonton perlawanan bola atau konsert Akademi Fantasia sambil minum teh tarik. Kalau mahukan kemeriahan menonton bola, sila-lah ke pub sambil minum beer. Bagi yang tak minum alkohol, boleh lah minum coke, kan encik Sul?

Itulah bezanya Malaysia tanahairku dengan tempat orang. Kat Malaysia kita boleh ronggeng malam-malam, banyak tempat lepak. Maplee berlambak! Sini maplee mana ada, pubee (disebut pub-bæ) adalah! Dan gadis comel molek seperti saya, sudah tentu lah kurang manis untuk menjejak kaki di sana. 

Oh! Walaupun tak keras duduk di rumah, tapi sejuk! ;)

Written by WaWa

October 28th, 2007 at 6:20 pm

Posted in Blog