Semua Jadi Satu #3
Haa.. Jumaat lepas selesailah berlangsungnya Law Ball 2007 untuk universiti di pekan kecil ini. Seminggu sebelum Law Ball, mereka yang saya kenal (kerana kebanyakan kelas saya sama dengan mereka) mengajak dengan paksa untuk ke Law Ball. Amboi, bukan main semangat lagi diaorang mengajak. Saya mulanya agak berbelah bagi. Satu minit rasa nak pergi, satu minit rasa macam tak nak pergi, satu minit rasa nak pergi tapi malas pula.
Respon paling mudah adalah dengan tidak mengendahkan Law Ball itu. Jujur lah, selain dari dinner untuk TESL Cohort 2 Maktab Perguruan Gaya (sekarang Institut), saya tak pernah pergi mana-mana dinner yang gilang gemilang. Semalam, saya pun pasang-pasanglah telinga dengar cerita-cerita diaorang pasal Ball. Beberapa orang yang saya kenal hanya pergi After Party, minum dan bersuka ria dan berdansa sampai pukul 4 pagi (dalam email tulis sampai 4am). Ada dua-tiga orang lagi (dalam konteks yang saya kenal) langsung tak pergi. Mereka kata, “something came up at the last minute”.
Cuba bayangkan kalau saya terselit di celah-celah mereka ini? 2 gadis di sebelah kiri tu tidak lah saya kenali. Sama-sama dalam kelas EU Law, tapi tak pernah pun tergerak untuk bercakap dengan mereka. Lagi 5 orang tu, selain kelas EU Law, kalau tak sama seminar, mesti sama grup tutorial atau case class. Sekali lagi, bayangkan saya berada di celah-celah mereka, memakai mask seperti mereka juga, mesti kiut kan?
Video di atas adalah video dirakam pada ahad baru-baru ni, di Oxford city centre. Grup Bound by Time ni boleh tahan juga. Ini sudah lagu ketiga mereka yang saya tonton bila saya baru berkeputusan untuk rakam persembahan mereka. Sebabnya saya tertarik dengan drummer Katherine, kecil lagi tapi kool je main drum. Selepas dengar tiga lagu, dan merakam pula persembahan mereka saya pun bagi-lah £2 kerana menghiburkan saya. Hoho.
Oh ya! Sila-lah lawati Myspace mereka ye. Promosi ini adalah percuma.
Dan~ saya dah ada broadband kat rumah. Saya ni macam pelanggan setia tau. Di Malaysia, saya gunakan DiGi sejak 2003. Semasa di KDU, bila kawan-kawan yang menggunakan Celcom bertukar arah kepada Maxis (bajet lah promosi Maxis kat KDU macammana kan), saya masih setia dengan DiGi, walau macam mana pun promosi Maxis. Di sini, saya gunakan O2 untuk mobile dan juga menunggu dengan setia sehingga O2 melancarkan broadband mereka minggu lalu dan kemudian melanggannya. Tapi sebenarnya tak adalah menunggu sangat pun. Kebetulan selepas dapat BT phone line dan mengambil keputusan tak mahu pakai Sky 3 in 1 (sebab kena pasang piring satelit lagi), dan pada masa hampir-hampir mahu melanggan BT broadband yang agak mahal tapi pakej tak best, O2 broadband menyelamatkan keadaan.
Baik! Selepas ini bolehlah saya memblog kembali. Kita jumpa lagi, soon.
*Kredit foto kepada Ophelia Chan. Diambil tanpa kebenaran dari Facebook beliau.