FaWaRi dot net

Thinking with type

Would you like to Login or Register ?

Aug
15

Semua Jadi Satu #2

Published by WaWa, under Blog. 18 Comments.

Now you see, now you don'tCak~! Haa… lama juga ye tak dapat update blog ni. Sorry lah, busy sikit 2-3 menjak ni. Beberapa hari ni saya selalu je terima komplen dari beberapa orang rakan yang berkenaan, kononnya saya sekarang sunyi sepi. Adoi lah, apa nak buat kan. Sibuk dowh, banyak kerja. Dah lah tu pula, tak ada benda pun untuk diselit sebagai hiburan sehingga kotak buletin di Friendster tu menjadi mainan survey saya. Agaknya mereka yang berada dalam friends list saya tu dah bosan dengan bermacam jenis survey yang saya buat. Maaflah ye. Sampaikan ada lah mereka yang bertanggungjawab tu menjadikan saya sebagai subjek survey mereka pula. Hah! Ada orang terasa tak? Hahaha..

Tadi pun selepas beberapa hari, baru lah saya angkat telefon bilik yang asyik berdering je. Cakap hello je, terus disembur oleh Ella. Pergh~ Bukan main hiperbola lagi. Kononnya dia dah cuba cari saya selama 10 hari. Banyak lah cantik muka dia, rasanya baru je 5-6 hari lepas jumpa dia. Poyo betul~ Si Anwar pun satu hal lagi. Dah tau orang sibuk, sanalah juga dia suruh beli itu ini kemudian pos kat dia. Bertuah punya adik. Siap minta game Xbox X-Men Legends II : Rise of the Apocolypse lagi. Sabar okeh, sabar. Tak beli karang, haa.. padan muka.

Apa yang menarik hari ini? Seorang polis bertaraf inspektor dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan criminal misconduct selepas didapati telah menemui seorang wanita untuk tujuan se*s ketika bertugas. Dakwa beliau, kalau pada masa itu beliau dihubungi oleh rakan sejawat jika terdapat kecemasan, beliau akan bergegas menuju ke tempat berlaku kecemasan. Ye lah tuh, kalau tengah bertugas pun boleh melencong ke lain, mana lah boleh percaya apa yang dia cakap tu.

Daily Mail, sebuah akhbar tabloid pula melaporkan seorang remaja perempuan 17 tahun dikejarkan ke hospital kerana mengambil 14 cawan espresso. Gila betul~ macam nak bunuh diri je. Kot ye pun letih dan mengantuk, tak perlulah nak minum sampai 14 cawan. Miss Willis kata, selepas minum secawan espresso dia rasa segar sangat, dan saya quote: “I felt great - as if I could take on the world“. Tapi kan sebenarnya, cawan espresso tu kecil je tau. Kalau ikut standard moka yang saya beli tu, ia cukup untuk 6 cawan kecil espresso. Jadi kalau guna gelas biasa, cukup 1 gelas ngam-ngam je. Hah, maknanya tak lah banyak sangatkan? Err.. lainlah kalau dia pakai gelas biasa, yang tu power lah kot. :p

Pihak universiti di UK komplen kebanyakkan pelajar-pelajar A-Level yang akan masuk universiti bulan depan tak pandai tulis essay. Haha. Ada yang menyalahkan sekolah kerana hanya lebih menumpukan teknik untuk lulus peperiksaan saja. Kesannya, sesetengah universiti terpaksa mengadakan kelas penulisan esei untuk pelajar-pelajar ni. Kelas ni bukan saja untuk English tapi juga untuk semua jenis kursus yang ditawarkan. Woah, kita bajetlah yang bermasalah tu semua budak-budak orang putih, jadi students di Malaysia ni pula, macammana? Tak perlu English lah, karangan bahasa Melayu pun, masih ada pelajar yang tak tahu mengarang. Kalau dalam exam, asyik-asyik ambil soalan surat rasmi lah, surat tak rasmi lah. Bosan~ Sementara di Malaysia, kata Rais Yatim, ada ahli-ahli Parlimen yang gagal kuasai bahasa Melayu dengan baik. Lagi teruk apabila ada yang mengeluarkan kata-kata kesat. Aih.. apalah nak jadi. Macammana nak jadi contoh nih?

Kredit gambar: DevianART

18 Comments

1  ady

woooohoooo, secawan ice blended mocha pun mampu membuat saya tumbang sepanjang hari. owh bahasa melayu…tak yah politicians. atlit negara yg bertaraf dunia mcm renang or skuash pun tak reti cakap melayu. so masih lagik dengan Malaysia Boleh kah? kalau ikut filem atau drama omputih, polis boleh makan donut ketika bertugas atau meronda, ehehehehe.
Xbox X-Men Legends II : Rise of the Apocolypse :: saya tak mau ini tapi saya mau xbox 360 boleh? Awk belanja?? alhamdulillah :p

Written on August 15, 2007 at 4:57 am

2  Azhar Ahmad

1. Hahahhahah, kamu berkhalwat di dlam bilik ya… Hehehhehe

2. Hahahhaha, saya gelak lagi. Macam apa yang terjadi kat Masai tempohari. Pusat pelacuran bertopengkan kedai makan. Kamu tahu wawa, hanya 100 meter dari balai polis. Sangka baik, polis semua alim-alim. Mana ada yang pegi kannnn

3. Hummm saya tak leh nak kata apa… Saya penagih kafein yang tegar… Mocha, Espresso, White Cofeee… Semua saya telan…

4. Hummmm, betul juga…. Maybe sistem pembelajaran derang berbeza. Kita, 12 tahun, belajar bahasa melayu dan Inggeris… *sigh*

Written on August 15, 2007 at 8:38 am

3  fajar

saya x suka ekspresso. tp suka sgt dgn hot choc. nyum nyum… alangkah nikmatnya minum bila di waktu sejuk2… iskkkk

Written on August 15, 2007 at 3:37 pm

4  WaWa

suka la ada point2 mcm ni, bagi komen satu-satu. best, best~

1. haa.. berkhalwat dalam bilik utk siapkan semua kerja. biasala, konon tak mau gangguan
2. pergh.. 100 meter je? hoho. gila ah! takkan diaorg tak perasan kot? err.. ye la, bersangka baik.
3. saya suka espresso. tapi tak akan la nak minom sampai 14 kali dalam sehari.
4. dulu saya amik a-level gak.. tak tau la budak sains kan. tapi mcm saya yang ambik semuaaaa membaca ni, err.. ntah.. susah nak cakap. kitaorang belaajar je, sampai exam, jawab. camtu je la. :p

Written on August 15, 2007 at 4:25 pm

5  WaWa

espresso sedap la en fajar. try la~ sedap oo.

Written on August 15, 2007 at 4:25 pm

6  sampulnak

aku suka capuccino (betul ka eja ni). kalau kerja di kitchen mesti dapat segelas capucinno, heaven~~~

terasa plak bab x pandai tulis esay tu :) susah jugak, sebab mmg kebanyakan subjek sains, x banyak yg mau diessaykan. macam math? x dapat bayangkan camana mau essaykan…. uhuuhuh…. boleh juga, tapi akan jadi x difahami dan boring melampau-lampau.

Written on August 15, 2007 at 7:41 pm

7  azrn

hahaha… ha’ah wawa.. kat Masai kecoh berita pusat pelacur tu dkt dgn polis. ishk..ishk..ishk..

btw - aku just menghangatkan lagi kamar bulletin di friendster. ahaks…

Written on August 16, 2007 at 1:56 am

8  palie

rasa cam baca berita lak entry kali ni.. hehehe….

Written on August 16, 2007 at 4:14 am

9  Azhar Ahmad

Tok, tok!! Pintu diketuk,
Pasalla tak ada benda nak dikutuk,
Paling kurang pun, entri yang mengantuk,
Meleleh air liur, tersengguk-sengguk,
Wehhhh, takkan nak kena hempuk,
Barulah keyboard diketuk-ketuk….

Hapdet hapdet!!!

Written on August 16, 2007 at 6:34 am

10  amna

=D ialah sengih

Written on August 16, 2007 at 8:06 am

11  Wizurai

kalo ikutkan istilah coffee ni, espresso ni yg paling asas… sikit aje tapi sangat pekat dan takde gula…
aku pernah test dulu masa kerja di kafe… pergh…
jd tak dpt bayangkan camne dia boleh telan 14 cawan espresso…

Written on August 16, 2007 at 5:57 pm

12  WaWa

haa kan? sikit je, tapi mmg pekat ah. weh, aku minom espresso aku letak gula coklat tu. hoho.

Written on August 16, 2007 at 9:22 pm

13  WaWa

err.. math kalo ko nak essay-kan mati lah weh. haha. gila terus lecturers ko.

Written on August 16, 2007 at 9:22 pm

14  WaWa

mak aih.. mengamuk ka encik azhar oii? :p.. hehe.. nak hapdet ape ek? hurm.. pikir jap.

Written on August 16, 2007 at 9:23 pm

15  amna

kenapa ye aku sengih?

Written on August 17, 2007 at 4:18 am

16  mimi

1. =D sengih jugak..hihi
2. bahasa melayu? yeah..xpaham aku bile melayu xsuke ckp melayu…bangga sgt dgn bahasa penjajah..diorg rase diorg sejuk kot ckp english…tu kt malaysia tuh…klu duk obersi bolehlaa maafkan sket..eii…menyampah aku…
3. aku penagih caffein tegar skg ni..smlm dh mnom lebih 3cawan minuman bercafein + sebiji pil vitB complex..ade nicotinamide dlm pil tu…dadah…patutlaa aku xleh nk tido…xtido lebih 37jam…uhuhu…mggu depan exam…ni laa akibat xstadi awal2…isk~

Written on August 17, 2007 at 8:16 pm

17  akirasuri

woah!
bz teramat ek.
hahak.
dah lama dah tak rasa kebizian.
hahak.
la ni bersenang lenang jek :D

oh oh!
selamat berkhalwat dengan kesibukan :D

Written on August 19, 2007 at 4:45 pm

18  cicak

wkakakakak.. lucu pula minum kopi sampai oberdos, siap masuk paper!

saya suka sngt dgn mocha dan nescafe “ping”. tp minum banyak2, x pun overdos. ???? mgkn org tu telan serbuk kot?

pasal bahasa x pass, rasa2nya ramai Malaysian mcm tu. x apa dr segi pertuturan, sbb tu variety ekekke..tp kalau dah tahap masuk tibi tu, try le cakap Bahasa Kebangsaan yg standard. semua blh fhm. smua respek.

Written on August 24, 2007 at 2:04 pm

Leave a Comment