Salam Aidilfitri 1428H
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca FaWaRi.net dan rakan-rakan bloggers. Semoga lebaran kali ini disambut lebih meriah dan bermakna.
Kemaskini 13/10/07:
30 Ramadan 1428H
9.03 am – N95 berdering. Lagu “Di Balik Awan” kedengaran. Saya buka mata sebelah, malas-malas. (Iskh, private number mana lagi ni?). Tekan punat silence, sambung tidur.
9.30 am – Bangun la-la-la-la. Pasang TV, tekan punat AV. Ambil cd SingStar PopWorld, nyanyi-nyanyi.
9.50 am – Keluarkan cd SingStar, masukkan pula dvd Mission: Impossible III ke dalam PS2.
9.59 am – N95 berdering lagi. Nombor tak dikenali terpapar. 07942******.
Hello??.
Assalammualaikum.
Waalaikumsalam wbt.
Zaquan ni.
(Iskh, Zaquan mana lagi ni?, ayu pulak tu suara. Haha.)
Wawa, Bath raya hari ni.
Hah?
Bath dengan London raya hari ni. Oxford raya esok. Tempat ko raya bila?
Dan perbualan diteruskan untuk 3 minit.
Saya konfius. Mulanya, saya memang dah nak capai dah air mineral atas meja. Ye lah, kata pun tengah puasa pula. Nak kepastian bila Bucks raya, tak ada pula koneksi internet. Telefon Amna, suruh tengok kat internet kalau-kalau ada news samada Bucks raya jumaat atau sabtu. Tak jumpa juga. Akhirnya, saya call seorang pemandu teksi yang saya jumpa beberapa minggu lepas. Menurutnya, Aylesbury raya Sabtu. Maka, saya teruskan berpuasa. Haru juga kalau raya hari jumaat, tapi saya tak tahu. Serius macam tak ada feel langsung.
Tapi di Aylesbury sendiri, ada sesetengah umat Islam yang sambut raya hari Jumaat, dan ada yang meraikan bermula hari ni. Saya? Saya buat ‘mazhab’ sendiri. Raya hari sabtu. Oxford juga sama (menurut seorang akak yang buat PhD di Oxford Uni), ada yang raya semalam dan ada yang raya hari ini.
1 Syawal 1428H
Sudah bersiap-siap untuk ke Bath. Rancangan asal adalah beraya dengan Sampulnak a.k.a Zaquan (woit, kalau ejaan nama salah, bagitau). Bucks tidak ada stesen keretapi. Stesen terdekat adalah di Milton Keynes, 20 minit dari sini. Makanya, saya perlu memanggil teksi.
10.15 am – Dail nombor R & R Taxis. Lama deringan tak diangkat. Cuba pula nombor kedua. Tak ada jawapan juga. Dail pula nombor A.K Taxis. Juga tiada jawapan. Cuba berulang-ulang hingga pasti tiada orang yang akan mengangkat sebarang panggilan.
10. 23 am – Duduk berfikir. Buntu memikirkan alternatif yang ada.
10.27 am – Keluar rumah, berdiri di tepi jalan. Mengharap akan ada teksi yang lalu lalang. Tiada.
10. 36 am – Jalan kaki menuju ke library di Hunter St. Sedar beberapa pasang mata memandang. (Tau lah aku cun, huhu). Buat-buat kool, selamba je meneruskan perjalananan ke library.
10.42 am – Tutup. Masih belum di buka. Sabtu dan ahad library di buka pada pukul 11am.
10.45 am – Di hadapan pintu masuk ADR building. Swipe uCard, dan menuju ke comp room.
10.50 am – Beraya depan pc. Destinasi: Meebo.com. ‘Bersalam-salaman’ dengan Samsul di Warwick, Coventry.
Amacam, menarik tak sambutan hari raya saya?
Salam Aidilfitri ![]()
