Blog FaWaRi dotNET

Ringkasan Ogos 2007

with 14 comments

Hai!

Dua belas entri dari tiga puluh satu hari untuk bulan Ogos bukanlah satu pencapaian memuaskan untuk saya. Saya mungkin boleh menulis sekurang-kurangnya dua puluh entri (sasaran saya untuk setiap bulan sebenarnya) tetapi disebabkan kekangan masa yang tidak mengizinkan, maka untuk bulan ini, hanya dua belas entri ini sajalah yang dapat saya terbitkan untuk bacaan kawan-kawan semua. Begitu pun, ini juga bukan pencapaian yang paling teruk. Februari 2007 membuktikan bila saya hanya berjaya menerbitkan satu entri saja, itu pun entri salin dan tampal.


Seperti bulan sebelumnya, entri tatapan hari ini adalah imbasan semula entri-entri menarik (hehe, menarik ke??) sepanjang Ogos.

  1. Hidup mesti ada arah tuju
    Saya menulis tentang kehidupan rakan-rakan saya di sini yang lebih selesa tidak mempunyai apa-apa pegangan agama. Bagaimana mereka berpendapat mereka hidup hanya untuk diri mereka, jatuh bangun, susah senang dan sasaran pencapaian dalam hidup adalah ditentukan mereka, tanpa perlu berpegang dengan kepercayaan kewujudan Tuhan.

    hmm..waras akal aku sekadar berfikir begini… mereka yang tiada agama, hidup mereka akan berakhir saat nafas terhentii(mati).. “lepas mati apa jadi pada aku ya?”…. haa, cuba tanya pada mereka, apa mereka mahu buat lepas mati? main carrom ke, poker ke, atau sekadar mahu jadi santapan ulat sambil carbon dalam badan semakin berkurang? oh, mereka boleh hidup cara mereka sendiri.. mungkin mati pun cara mereka sendiri. nah, rekalah dunia hantu kaw! – Amna

  2. Jauh di suatu sudut strategik
    Entri dengan komen terbanyak setakat ini. Dengan sekeping foto, saya berkongsi dengan anda semua yang saya sayang (chewah~) port yang menjadi kegemaran saya di library. Sampai sekarang saya pelik, komen-komen yang saya baca rata-rata mengatakan mereka seronok tidur di library. Kenapa eh? Adakah disebabkan alat penghawa dingin yang sejuk sehingga menikam kalbu? //adoi, metafora lah pula//.

    di library uni bath, semua facilities tu di tingkat satu. kawasan yang ada komputer super laju ialah kawasan boleh bising. (di semua tingkat). aku rasa istimewanya library kami sebab semua ialah kawasan boleh bising. hahaha. kawasan senyap ada di hujung2, besanya teda org pon di sana kecuali minggu exam. spot kegemaran aku ialah di tingkat satu, di kawasan dekat dengan vending machine. ada minuman panas. ada coke. ada coklat. ada chips dan sandwich. hehhehe…. kalau lapar boleh terus makan – Sampulnak

  3. Gila!
    Saya menulis dengan penuh emosi dalam entri ini. Hei, ye lah. Masalah yang saya alami betul-betul mengganggu privasi. Rasa tidak selesa. Tengah-tengah malam buta pun buat bising, siapa yang tak marah! Biasanya, entri emosi saya tidak ada proof-reading. Tulis terus terbit! Jadi, semua orang boleh rasa kot emosi saya. Haha.

    aku cadangkan ko blaja ckp tamil.. at least blaja camne nak ckp “aku tau ape korang borakkan”..
    pastu ko cakap kuat2 time diorg bising.. kalau nasib baik, diorg senyap sbb takut.. kalau nasib x baik, diorg ketuk rumah ko ajak juin diorg borak.. hahak.. amcm? – Sood

  4. Semua jadi satu #2
    Ulasan ringkas mengenai empat berita terkini berlainan sumber yang saya rasa menarik dan ingin kongsi. Tapi ramai yang kata entri ini dan juga entri sebelumnya macam ulasan berita. Ye lah tu, apa yang saya tulis hanyalah pendapat saya mengenai berita yang saya ulas, bukan nak ringkaskan berita. Haha.
  5. Sejuk sangatkah cakap bahasa penjajah?
    Entri ini sedikit kontroversi. Niat saya hanyalah untuk berkongsi pandangan, dan saya memang ada mengaku di akhir entri bahawa saya sedikit berat sebelah. Pun begitu, saya masih sudi membaca pandangan balas anda semua, dengan anggapan bahawa entri ini boleh membawa satu perbincangan sihat. Namun masih ada diantara kita yang cuba menundukkan pendapat saya dengan isi-isi yang baik tetapi disampaikan dengan cara yang agak kasar.

    “…Proses pengluahan idea,kretiviti dan intelektual amat mudah dan tuntas apabila menggunakan bahasa ibunda”" – Yus

  6. Ada apa dengan Malaysia?
    “Saya bangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana…” adalah tag dari Rjuna. Saya cuma mengharapkan agar Malaysia akan menjadi sebuah negara multiculturalism yang tidak ada perselisihan antara kaum yang tidak menguntungkan negara.

Nah, ini adalah antara entri yang menarik bulan Ogos. Dinilai bukan berdasarkan jumlah komen tetapi isi entri dan juga respon balas daripada anda semua. Teruskan bersama FaWaRi.net dan insyaAllah, entri-entri mendatang akan lebih menarik lagi. Tetapi, ia perlulah diseimbangkan dengan sokongan anda, anda dan anda semuaaa…! Tanpa anda, siapalah FaWaRi.

Untuk bulan Ogos juga, saya dengan sukacita mengumumkan cik Mimi sebagai komentar paling aktif dan cik Amna dengan komen paling sempoi sekali1. Saya tak pernah beritahu, tetapi sebagai hadiahnya adalah mereka masing-masing akan menerima salah satu tiket pergi balik ke Zurich dan tiket pergi balik ke Amsterdam dari UK. Tapi TIKET sahaja lah, kos perbelanjaan dan penginapan tidak ditanggung.

Untuk bulan ini, saya mempunyai kesukaran untuk online kerana baru saja menghalau diri sendiri keluar dari hall, itu pun sebenarnya kerana pihak pengurusan memang mahu hall dikosongkan. Maka, sehingga nanti, saya ucapkan, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.

*Ini entri otomatik*

Footnotes:
  1. Untuk entri “Hidup mesti ada arah tuju” []

Written by WaWa

September 1st, 2007 at 1:00 pm

Posted in Blog